tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Sunday, April 24, 2011

Luahan :Sudah berputus asa kah diriku ini?


Hari ini semua benda yang saya buat serba tak kena. Kepala pening. Hilang fokus. Assignment bertimbun. Memang betul-betul terasa down. 

Bertambah-tambah tak tentu arah bila folder assignment saya hilang. Terduduk terus saya. Memang semuanya hilang. Nak menangis pun tak mampu. Kepala asyik memikirkan assignment yang perlu dihantar. Dalam tempoh masa yang singkat. Mampukah saya melaluinya dalam keadaan sekarang?

Sedangkan saya dah ambil masa hampir seminggu untuk menyiapkanya. Dan sekarang saya hanya perlu menyiapkan dalam tempoh tak sampai 2 hari. 

" Ya Allah,ku terima dugaan mu dengan hati terbuka dan engkau permudahkan segala urusanku serta engkau kuatkan hati ku ini dengan dugaan mu. Amin ya rabbal alamin. "

p/s :

Aku hanya manusia biasa,
Hanya pada mu tempat ku mengadu,
Pahit yang kini menyeksa ku,
Aku percaya tiada yang sia-sia
semuakan ada hikmahnya.
Aku perlu melangkah satu demi satu,
Akan ku temui jua,
Insya Allah.

Friday, April 22, 2011

Kempen Derma Darah

Bila sebut sahaja kempen derma darah. Aku adalah orang yang pertama cabut lari. Serius, aku bukan sombong. Malah aku bukan kedekut. Sebab ia bukan kuih keria tapi ia darah. 

Darah dengan kuih keria adalah satu benda yang berbeza tau. Apa kaitan dengan kuih keria? Nak tahu klik SINI



Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku dari dulu sampai sekarang memang tak boleh tengok darah dalam kuantiti yang banyak. Mula rasa nak pitam. Kepala dah mula rasa pening. Mata rasa nak tutup. Kaki mengeletar semacam. Hilang semua tenaga. Ia menjadi salah satu sebab kenapa aku tak jadi doktor.

Oleh  sebab itu, bila aku nampak sahaja darah. Aku cepat-cepat bla. Tapi darah yang real tau dan aku tengok secara live. Kalau tengok dekat TV, aku boleh terasa cikit. Tapi hanya tahan dalam beberapa minit sahaja. Lepas tu aku cepat-cepat duduk sebab takut pengsan.

Ye, aku boleh pengsan. Tapi bukan pengsan tipu-tipu ok. Seingat aku dulu, masa aku sekolah rendah dan menengah. Aku kerap pengsan. Sedar-sedar aku di papah ataupun sedang baring dekat katil.

Haha. Kesian kepada  mereka yang terpaksa angkat aku yang berat ini. Apa-apa pun jasa kamu semua, aku kenang dan terima kasih  sebab tidak biarkan aku tersadai tanpa arah. hehe.


Motif N3:

Terdapat kempen menderma darah di kolej aku. Kepada sesiapa yang berminat boleh la datang ke :

DEWAN CENDERAWASIH, DPP EON, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH.


Aku tak dilayan

Haha. . . rasa geli hati pula.

Orang tak famous. Mestilah tak ada orang yang layan.

Ko nak post banyak mana pun, belum tentu 2 or 3 orang akan Like post ko tu.

Kalau comment lagi lah jauh menyimpang.


Korang jangan terasa pula, aku cakap kat diri aku k. Buat malu muka sendiri je. Sebenarnya aku ada post something kat wall. Ala kira 1  komuniti bloggers juga. Saje nak hilangkan ngantok, tambah-tambah lagi aku hari ini tak gelak. Stress dua hari 1 malam aku tak tido. Menghadap assignment!

So , dengan post kat wall tu. Aku berharap boleh la gelak dengan cerita dorang  sambil buat BW. Tapi aku gagal rupanya sebab post aku tak ada orang layan. Dua kali post pon tak ada orang kasi link. haha.

Lawak tambah malu tambah sedih sebab malam ini aku memang tak dapat nk BW. Kepala aku dah start pening. Mata nak terpejam je. Penat satu badan. So aku nak ganti balik 2 hari satu malam yang aku tak tido tu.

Aku harap sape2 yang datang blog aku ini. 

Tinggalkan lah jejak. 

Aku pasti terjah balik n kacau bilaukan blog kowang.


Gud nite semua n As salam.


Thursday, April 21, 2011

Sapa kata aku tak jeles?

Siapa sudi bawa saya jumpa  DOLPHIN? 

Memang aku kaki cemburu. Tahap cemburu aku setinggi gunung everest. Percaya tak? Mesti tak percaya kan?

Dan aku yakin, orang memang susah nak  tahu bila masa aku cemburu. haha.Boleh percaya ker? Fikir sendirilah.

Nak kata aku ni plastik, tak. Aku bukan plastik sebab aku yakin 100% yang aku ni manusia tulen. No plastic2 k. Tak main la. Muda lagi kot. Dah tua pon aku tak ingin la. haha.

Tapi kan korang, aku selalu juga sebut perkataan 'jeles' nie kat sesetengah orang. Maka dengan 100% aku yakin yang aku memang tengah jeles kat orang tu. So masa tu, korang tak payah nak tambah2kan kejelesan aku kat  korang. Buwek sakit hati aku je.

Apa yang aku merepek ni? 

Untuk pengetahuan korang . Motif n3 kali ini ialah :

 " aku nak cakap yang aku sedang jeles kat member2 lama aku. Dorang dapat berkumpul satu sama lain. Yang aku ni, duduk je satu negara. Tapi nak jumpa member2 lama. Haram. Payah bebenor. Ada sahaja yang menghalang aku. Lepas SPM sampai la ni, xpernah jumpa secara rasmi. Yang tak rasmi pun ada 2 3 orang. Tu pun jumpa, tak sampai 5 minit dah kena bla... "

Serius aku cakap yang aku rindukan masa aku high school dulu.

Wahhh,,, nak sekotak tisu!!!

Wednesday, April 20, 2011

Kerana kuih keria aku jadi seorang yang kedekut.


Nak dibuatkan cerita, sebenarnya aku baru balik dari kelas, aku singgah cafe sekejap. Niat dihati nak jengguk2 je. Tapi si angah tiba2 cakap " sara, kuih kesukaan kamu ada ni ". Siap tunjuk-tunjuk lagi tu.

Aku apa lagi, terus rasa malu. 

Dalam malu2 tu, dalam hati siap berbisik tu " ala, si mamat nie sibuk je. Aku nak beli kuih ni, dia pon nak beli. Dah la tinggal berapa je. Kang aku tak dapat beli pula" .

Elok je dia letak penyepit tu, cepat2 aku ambil. Devil gila aku.

= = = = = = = = = = = = =

Fuhh !!!..

Kira selamat angah tak tahu. Sebab aku hanya bermonolog dalam diri.Sure dia tak dapat baca apa yang aku fikirkan.

Tiba2 teringat masa aku sem 1 atau sem dua. Aku tak berapa ingat la, masa tu kak zah ada buat kuih keria. Seringgit 4. So aku tibai dua ringgit la. Jadi aku ada 8 ketul kuih keria. Rasa puas bukan kepalang aku. Angah pula beli kuih apa ntah, aku pun lupa.

Lepas dah beli-beli, aku lepak kat cafe. Tiba-tiba member angah datang. Sedang kitaorang menikmati juadah petang gitu. Dengan serta merta angah pelawa dowang makan. Siap dengan kuih2 aku pun dia pelawa. Apa lagi cepat betul tangan dowang ambil kuih aku. Satu demi satu. Agak berapi juga la sebab "itu kuih kesukaan aku la".



 Akhirnya licin. Elok je aku banggun. 

 " angah, kenapa angah pelawa kuih sara tu? itu kuih kesukaan sara. Berapi je sara tengok dowang ambil kuih tu. Sara tak puas la. Lagi pun dah lama sara cari kuih tu "dengan muka masam mengalahkan cuka.

"laa, angah ingat kamu ok je sebab tu angah pelawa dowang. sorry la. Tak tahu pula kamu tak bagi " muka angah ketika itu agak terkejut dengan statement aku.

"kalau kuih lain tak apa la, tapi itu kuih keria! "

Nampak, kejam gila tambah kedekut tahap melampau. Sehingga sekarang kisah itu menjadi bahan setiap kali ternampak kuih keria. Ia menjadi kisah antara aku, angah dan kuih keria. Legend betul. haha 

p/s: 

Mesti korang tak baca kan?
Sebab N3 panjang berjelar2.

ish, jangan begitu dong...

Jadi 'perakk' seketika bila Ahmad Idham depan mata.


"Peraakk" yang aku cakapkan tu bukan aku mention about Negeri Perak Darul Ridhuan tau. Korang jangan salah faham pula, tak ada nyer aku nak kutuk atau mempermainkan negeri kelahiran aku sendiri.

Tapi "peraakk" yang aku nak mention kat sini ada lah Jakun. Korang tahu tak apa itu jakun? Ala spesis macam orang tak pernah jumpa artis. Teruja lebih. Ala, suka hati korang la, korang nak translate kan perakk tu spesis apa. Janji korang dapat gambaran k.

Dengan action nyer aku nak cakap yang aku tadi join talk yang dianjurkan oleh DPP aku sendiri. Tak lain tak bukan DPP EON la.  Siap dua talk tu dalam sehari. Yang paling aku suka talk by pengarah terkenal kita sekarang ni, iaitu Encik Ahmad Idham. Memang sempoi aku cakap sama lu. Sporting habis. Talk dia pun sempoi and cool. 

Aku tak nak cakap banyak. Korang tak percaya kan? Ini lah gambar Ahmad Idham yang aku tangkap sendiri. huhuu


Berbalik pada Ahmad Idham punya cerita. Dengan sedia maklumnya, aku dah tahu latar belakang Encik Ahmad Idham dan serba sedikit kerjaya bila kita cuba untuk menceburi bidang glamor ini. Cara dia handle permasalahan dan macam mana dia cuba untuk create something new in his film dan banyak lagi.



Muka penuh bangga. Rasa macam nak bagi penampar laju-laju je. haha. Tu baru jumpa Ahmad Idham. Dah muka macam itu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Ish2.



oke, ini lah member2 ku yang join talk tue. Semoga apa yang dicerotakan oleh Encik Ahmad Idham menjadi guard line kepada kita.

Setiap kejayaan yang kita inginkan, tidak semestinya kita perlu terus berada di atas. Mungin kita perlu melalui beberapa peringkat.Tapi Jangan lah kita berfikir yang kita perlu berada di comfort zone selama-lamanya tanpa ada perubahan. Sekali melangkah teruslah melangkah tanpa henti. Perlulah kita ingat, janganlah kita jadi seperti carrot and eggs tapi biarkan diri kita seperti coffee bean. Itu yang TERRBAIK.


Wsalam.

Tuesday, April 19, 2011

2 minggu yang bermakna.

Syukur Alhamdulillah,

Akhirnya saya secara rasmi semalam (16/42011) "dapat makan durian". hahaha. Ketawa dengan se'maximum' nya. Walaupun saya tak dapat makan macam korang makan. Berbakul-bakul gitu. Tapi saya puas . Menjilat jari habis la.

Jadi dengan segala hormatnya 

i really like this pic. Seriously he look very cute and baik ciki la. haha. Kalau tak " lu langsi, lu mati ''. xfaham eden.

"saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada En. Kamisyfa Hamdi sebab sudi belanja saya makan durian. Sedap gitu. Hilang kempunan saya"

"terima kasih juga sebab awak sudi turun dari KL-Kedah untuk jumpa saya dan bawa saya pergi jalan-jalan minggu lepas (9/4/2011) dan juga untuk minggu ini (16/4/2011)."

"dan satu lagi, dah tahu saya punya hostel kat mana, jangan lupa singgah pula kalau datang kedah. Penat tau saya dok explain kat awak, mana padang golf , tampat go-kart and macam-macam lagi la dalam kampus saya.hahaha. Kalau datang jangan bawak tangan kosong, bawak la durian lagi ker? Laksa ker? janji makanan. =) "


Wsalam..

p/s:

Sebenarnya aku karang benda nie 17/4/2011.
Tapi rupanya2 x ter'post' la pula,
bila bukak je blog.
Last post aku, masa aku gotong royong.
Ache men...ish2...hahaha..

Friday, April 15, 2011

Tulang retak 1000 gara-gara mengemas.



Berat rasa mata untuk melihat suasana pagi. Boleh tak tak nak banggun? Nak tidor sampai ke petang. Penat lah. Sakit satu badan.

Tapi nak buat macam mana. Pagi-pagi lagi massage masuk bertalu-talu. Ringtone dah lah tak boleh bla. Lagu "yunk" pula tu. Geli la pula rasanya. Maka aku gagahkan jua mata ini demi mu 'business'. Bak kata Encik Bf aku tu.
Kemalasan aku hari ini semua gara-gara program pada pukul 3.00 petang nanti. Program "Indahnya Kolejku". So kalau dah ada perkataan 'indahnya', kami warga blok perlu bergotong - royong satu blok. Dan aku ditugaskan di bilik tv. Seronok bukan kepalang. Al maklumlah, dari sem 1sampai sem 4, asyik cuci toilet je. Tak kiralah, toilet baru atau toilet lama. Dah kena cop 'muka tandas'.

Tapi itu semua indah dari khabar sahaja. Kemas bilik tv bukan senang yang aku sangkakan. Tapi keja2 ku menjadi mudah disebabkan rakan seangkatan kaki bilik tv. Haha, tq so much la korang. Korang memang sporting habis la. Siap ada yang jatuh tu. Nasib baik lah tak ada apa2. 

ok, kat sini aku nak gedik bagi perjalanan aku sampai "tulang retak seribu".
8.00 pg  - 3.30 petang   " aku ada kelas "
3.30 ptg - 4.30 petang  " kumpul tenaga" [ tidor ]
5.00 ptg - 8.30 malam  " aku kerja part time "
- angin gila aku sebab aku kena selongkar barang, macam orang sebelum aku tak buat kerja je. Sedangkan aku tengok dok bersembang jer. Kotor gila kedai. Aku bila bab2 kotor nie memang menyampah habis
9.00 malam - 10.30 malam   " gotong royong blok "
10.30 malam - 11.30 malam " rotong - royong bilik "
11.30 malam - 12.00 t/mlm  " berurusan dengan MT "
12.00 malam                           " basuh kain & mandi "
1.00 pagi                                 " lepak tengok tv cerita hantu "
2.30 pagi                                 " Buat assignment "
3.30 pagi                               " tidor "



p/s :

First time guna post blockquote

ok tak? ok tak?.

riak gila. haha.



Wednesday, April 13, 2011

Tak reti duduk diam, gatal sangat tangan tu. Ambik ko!!!


Ayam makan tuan. 

grr.. tak kisah lah. Ada kaitan ke ataupun tidak. Janji aku dah tekan. Padan muka aku. Dah tahu gatal sangat tangan tu, yang tak reti-reti nak siapkan assignment tu kenapa? nie nak kodek juga benda alah tu. Haa, sekarang ayam makan tuan. Padan muka engkau.

uwahhh.... salah aku juga. Tak simpan gambar elok-elok.Tengok apa dah jadi. Kalau aku simpan gambar elok-elok sure aku boleh belek-belek. Aku tahu part mana yang kena tolak tambah. Tapi sekarang aku dah tak tolak. Asyik tambah je. 

Bukan takat tu je. Muka pun dah macam apa ntah. Ada je kesan bintik-bintik hitam. Aku nak kulit aku seperti dulu. Tapi bukan yang dulu-dulu tau. Dalam dua tahun yang lepas. Masa tu aku rasa kulit aku yang paling cun. Haha, perasan gila. 

Dengan itu, secara rasminya aku nak cakap yang aku....aku......aku...... akuuuu akan tepek muka aku dengan bedak sejuk setebal 100 inci. Aku kasi up cikit. Sebelum ni aku pakai 1 inci sekarang aku nak pakai 100 inci.   Makanan pula, aku akan kurangkan dari 10 pinggan kepada 1/2 pinggan. Apa macam hebat tak? Korang rasa aku berjaya ker?

Ini semua gara-gara aku kodek gamabr kat myspace. Zaman aku muda-muda dulu. haha. Memang jauh dari langit. urm...jauh dari langit??? arrr..lantak lah. Layan...



Ramai yang tanya aku. Ini pic aku ker? Asal nampak lain sangat. dush!!! kena penumbuk sebijik.



Yang nie pun sama. Pandai dowang tipu aku. Tak pun saje je nak ambik hati aku. 


Sebab sekarang ini lah aku. Cuba nak buat mulut muncung untuk kasi impact kurus di pipi kat situ. Damm. haha. 

Sebenarnya pic ni,  aku nak join contest Cik Epal. Tapi tiba2 Cik epal dah wat N3 Top 25 pic Black n White. Sah la aku x leh join dah. Padan muka aku. Lambat sangat. hahaha

p/s:

Operasi seterusnya. Kena cari sebotol bedak sejuk sebab aku dah lama tak pakai bedak sejuk. Dari tahun lepas kot. Ingat, setebal 100 inci tau. target!!!!

Kalau diberi pilihan, korang akan pilih siapa? Sahabat korang atau pakwe/makwe korang?



Dah berkerut dahi aku memikirkan tajuk yang sesuai untuk n3 ni. Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan.


Kalau korang berada di situasi ini kan? Apa yang korang nak buat? Korang akan pilih pakwe/makwe korang atau sahabat korang. Tak kisah la dalam situasi yang macam mana. Korang faham tak apa yang aku cakapkan ni?


haipp.. Macam payah je nak faham. ok lah. meh sini aku bagi satu situasi.


Disuatu hari yang hening lagi nyaman. Dah tak ada keja aku ni. Ok , macam ni. Satu hari ,tiba-tiba korang dapat dua panggilan. Satu panggilan tu dari pakwe/makwe korang. Dia ajak keluar dan pada masa yang sama sahabat korang ajak korang main futsal/shopping. So macam mana? Korang nak pilih siapa? pakwe/makwe or sahabat korang? 



Kalau korang pilih sahabat, pakwe/makwe korang macam mana pulak? Kalau korang pilih pakwe/makwe , sahabat korang macam mana pula?



Aku yakin korang akan cakap. Siapa yang buat temu janji dulu itulah yang aku pulih. Tak payah nak pening-pening kepala. Betul tak?


Tapi aku lain cikit. Aku selalu cakap kat pakwe aku.

 " awak, tadi kan member saya ajak sy g sini...g sini...saya nk g la, urm, boleh tak kita cancelkan plan kita, plss awak "


Kalau tak dapat juga apa yang saya nak, saya selalu guna ayat nie.


" awak, saya kenal dia sebelum saya kenal awak. Saya harap awak faham, insya Allah plan kita tak kemana."

Kalau korang macam mana pula?


p/s:

Bersyukur kerana si dia memahami dirku. Cuma aku sahaja yang kurang memahami dirinya.


Tuesday, April 12, 2011

Hati hancur berkecai kerana mu.

6.30 pagi

terettt... terettt.. turuutttt.. lalalala~

Bunyi dah la tak sedap. Memekak pulak pagi-pagi buta ni. Kacau betul aku tengah tidur. Tapi macam pernah aku dengar je bunyi tu. Rupa-rupanya bunyi alarm fon aku. Cepat-cepat aku cari handfon. Aku raba-raba bawah bantal. Masih tak jumpa. Kat hujung kaki. Still tak ada juga. Kat hujung katil. Tak ada juga. Bunyi makin lama makin kuat pula.  Cepat-cepat aku berdiri atas katil. Takut menganggu roomate aku. 

Laaa,,,kat atas meja study rupanya. Apa lagi. Sepantas kilat aku capai dalam kegelapan. tab..tab...tab....senyap juga akhirnya ko.

5 miscall. 4 message. 

Pelik? sapa pula yang rajin call aku time aku tidur ni. Nasib badan la. Semalam aku tidor awal. Kol 12 mlm aku dah tidor. haha, kesian kat korang kan. Korang lambat 30 minit je. hehe.

Jahat gila aku.


6.59 pagi

Calling calling buah hati. Al maklumlah nak pujuk buah hati konon. Dah buat salah pandai2 tanggung la. Tak kan asyik dia je yang pujuk aku. 



[ muncung huduh]

Dengan muka yang tebal dan suara macho aku, aku mula operasi pujuk memujuk. haha

Wekk, geli pula tekak aku bila cakap macam tu. Sebenarnya aku tipu. Tak ada acara pujuk memujuk pun. Cakap macam biasa je. Macam orang normal.


10.00 pagi

Aku : Fiqa, petang nie kita g main go-kart erk? 

Aku tak tahu kenapa, dalam kepala aku asyik g0-kart je. Tiba-tiba pula tu. Macam la aku ni reti main g0-kart. Alhamdulillah, lepas berkompromi dengan rakan sendiri. Dia setuju. Kira deal la. 

Masa      : 5.30 petang
Tempat   : g0-kart UUM
Pakaian  : Sukan

Yeye. dapat main g0-kart. Selang berapa jam. Aku baru teringat yang kasut sukan aku dah hancur berkecai. Tidakkkk.... sedihnya terpaksa cancel plan untuk main g0-kart petang nie. sedih. sedih. sedih.


Kenapa la ko rosak masa ni? Kenapa tak nak rosak lepas aku habis belajar? Tengok dah berkecai hati aku ko buat. Malam nanti mesti termimpi-mimpi naik g0-kart. Kalau korang nak tahu, kasut ni rosak masa aku join game DPP aku sendiri. Seronok habis. Sebab dah terlampau seronok, ini lah jadinya. hahaha.




3.00 petang

Sedang berusaha untuk mencari kasut.
Urm, ada sapa2 yang baik hati tak nak bagi saya pinjam kasut dia? lalala~

Rasa nak bagi Fly kiss jer kat dowang ni semua.

Assalamulaikum...

Angin ... Angin ... Angin ...



Nie gambar anak buah aku. Kalau korang nak tahu .Dia suka sangat bertekak dengan aku. Sedangkan sebelum dia bergambar dengan durian tu. Dia baru jer bertekak dengan aku melalui fon. ish... nyampah. hahaha



Yang nie pulak abang aku satu-satunya. Dia punca segalanya aku cepat terliur. Dia beli time aku tak ada kat rumah. wahhhhhh......


Haa,,, korang nampak tak apa yang aku nampak? Nampak kan?


Dua-dua mahkluk Allah nie suka sangat bagi saya jeles. Dah la memamg sejak azali lagi, aku ni memang cemburunya kuat mengalahkan gam uhu. Nie nak tambah lagi tahap kecemburuan aku. 

Angin satu badan. Siap send gambar lagi tu. family aku suka sangat sakat aku. Tapi tak apa, walaupun aku lambat dapat makan. Tapi sekurang-kurangnya aku akan dapat merasa juga. Cuma aku kena tahan air liur aku dari meleleh.


Yang nie lagi tak tahan.






Itu baru durian. Yang itu lagi la aku tak tahan.Turun naik je aku tahan nafsu tengok udang besar-besar ni. Ya Allah, sedapnye. Bila la aku dapat makan. Kalau korang nak tahu, aku sorang je yang tak makan kt sini lagi. Adik beradik aku dah berapa kali dah datang sini makan benda alah nie. Ya ampun jeles nyer. Sabar2. 

Oleh kerana aku tak tahan tengok makanan macam tu. Jadinya orang kat bawah nie yang akan menjadi  mangsa aku. lalala~


" tq awak, jangan lupa tau janji awak dekat saya" 

haha. ayat tak leh bla.

Cau dulu. Daa.

Monday, April 11, 2011

Renungan bersama: Persiapkan diri mu

Assalamualaikum...

Berat rasanya, tapi secara rasminya. Mulai hari ini dan saat ini, blog Sara Ali hanya untuk Sara Ali. Tiada kisah lain selain Sara Ali. Dan Sara Ali juga tidak terikat dengan mana-mana perjanjian secara langsung ataupun secara tidak langsung. Full stop!!!

ok, 

Mungkin ia satu kesilapan. Dan satu pengajaran kepada aku. Perkara yang lepas, biar ia pergi. Apa yang bakal aku lalui, aku perlu bersedia. Aku tidak mahu sama sekali berulang kembali. Biarlah ia menjadi sejarah dalam kehidupan aku masa lalu. Cukuplah setakat ini.

Malu?

Sumpah aku katakan, aku malu. Aku malu pada diri aku sendiri. Malu pada keluarga. Malu pada rakan-rakan. Malu pada masyarakat. Dan yang paling aku malu, pada yang Maha pencipta. Begitu jauh aku dengan-Nya. 




Sekadar renungan bersama. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dari masa ke semasa. Amin.

Wsalam.

Tuesday, April 5, 2011

Lisa Surihani cerita soal hati.

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak cerita pasal hati. Bukan hati ayam, bukan hati kambing, ataupun  hati haiwan lain. Tapi hati manusia. Tapi korang kena tengok gambar cik Lisa kita nie betul-betul.


Siapa setuju dengan saya, Lisa Surihani ni seorang yang  cantik ? Sila angkat tangan. Saya dah angkat 20 jari dah. Menunjukkan saya setuju sangat-sangat . Haa, yang ni pula, jangan risau. Gambar cik Lisa juga. Cantikkan?


Cantik juga kan? Saya tengok orang yang comment gambar cik Lisa nie. Majoritinya lelaki. Perempuan pun ada juga lah. Tapi di sebabkan nak cakap pasal hati, jadi saya nak fokuskan mengenai lelaki. Siap ada yang cakap " Kalau dapat Lisa, sumpah tak cari lain dah ". Wah, beruntung seh.


Yang nie commentnya lain cikit. Ayu nyer Lisa. Perempuan melayu terakhirla dan macam -macam lagi la. Dalam hati saya katakan "beruntungnya Lisa. Seorang yang pandai, cantik, berbakat dan macam-macam lagi la. Memang Lisa kena bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh pencipta."

* * * * * * * * * * * * * * 

Agak-agak korang kan? hati lisa pernah dilukai tak oleh seseorang ? Tak salah saya, saya pernah terbaca. Lisa single sampai sekarang disebabkan dulu hatinya pernah dilukai. 

What? Lisa pernah dilukai?

Orang secantik lisa pon pernah dilukai kan? Habis tu kalau hati saya ni dilukai "tidak heran la" sebab saya tak secantik lisa. 

Saya tak faham, apa yang kaum lelaki ni nak sebenarnya ?

'Artis' tumpang popularity blogger

Assalamualaikum...

Tajuk entry yang memang killer. Sampai saya pun terkejut. Tak hilang lagi ni rasa terkejut tu. Tapi nak buat macam mana, dah memang betul pun apa blogger nie taip. 


Haa.. Itu lah di katakan 'artis' tumpang popularity blogger. Teringin nak jadi artis katakan. Tapi tak kesampaian. Kecian betul. Ok, kalau korang nak tahu cerita selanjutnya silalah ke blog ERTI KEHIDUPAN atau pun blog cik YUYU kita ni.


Rasa nya ini bukan blogger yang pertama kena macam ni. Dah ramai dah. Antaranya Encik Ben kita tu. Ala blogger yang terhebat. 

Mungkin bagi sesetengah orang dah lali benda -benda macam ni. Bukan takat blogger terhebat je. Orang-orang biasa tapi yang cun melecun pun ada orang copy gambar and create the new account untuk menyamar. Kadang-kadang terfikir juga.Apa mitof dorang nie kan? Tapi dalam kepala saya cuma satu. Niat nak memburukkan orang la tu. Betul tak? Itu lah manusia zaman sekarang.

Jadi saya nak nasihatkan kepada anda semua. Kalau anda rasa gambar anda mampu dicopy. Maksud saya kebarangkalian untuk di hidupkan satu lagi akaun oleh orang yang suka sangat 'tolong' menambahkan popularity orang lain.  Janganlah  letak gambar korang tu banyak sangat. Cikit2 sudah. Tak pon wat je private. So korang akan selamat. 

Sekarang zaman dah maju. takut orang guna gambar kita, dia edit jadi bentuk lucah. Dah jadi satu hal. So peringat dulu sebelum terkena. 

p/s:

- Kepada cik Yuyu, sabar nye. 
- And kepada yang lain2 tu, wat report cepat. Semakin menjadi2 benda ni.
- Kepada orang yang suka 'tolong' menambahkan popularity orang tu. Sedar2 la. Sampai bila nak jadi penipu.ish2....

Saturday, April 2, 2011

Award paling comel!!!

Assaamualaikum ^ -^ 

Entry yg ke-dua untuk hari ni. Suka2. Dalam duka ada kegembiraan. Alhamdulillah. 

Untuk pertama kali blog ini dapat award dari seseorang. Saya sukakanya. Award yang Cik Lina buat sangat-sangat lah comel. Cute. dan macam-macam lagi la. Terima kasih tak terhingga buat Cik Lina sebab sudi bagi award dekat saya. 




Betul kan apa yan saya cakapkan tadi. Comelkan award dia. Saya ada buat perubahan cikit, saya letak URL blog Cik Lina dekat award tu. Nampak special cikit bukan. Kalau u all nak kenal-kenal dengan Cik Lina pun boleh juga. Saya rasa Cik Lina pun tak kisah.Malah lagi suka kot. 

Ok, untuk memudahkan u all tekan je link ini k .LINALINA

Senang bukan. Jangan lupa singgah k.

U all pasti suka.

p/s:

Dengan muka tak malunya, kalau ada sesiapa yang nak bagi saya award pon boleh. Saya alu2 kan. hehe. Dan ucapan Terima Kasih buat anda tidak saya lupakan.

Comel kan...Comel kan....!!!


As salam kak sara, kitawang otw g Terengganu. Jangan jeles kena tinggal.daaa =)


wacaaaaa!!!! 

Rasa macam nak baling je fon nie. Tak aci. Saya kena tinggal lagi. Terengganu tu beb. Saya tak pernah pergi ke sana lagi.


Nak ikuttt!!!

Tapi dah terlambat. Saya dapat msg, dowang otw pergi sana. Asyik-asyik saya je kena tinggal. Tu la belajar jauh sangat. Kalau tahu macam nie, saya belajar dekat KL je. Geram...Saya geram. Tak pun beli tiket balik KL malam semalam. Semua dah terlambat. terlambat. terlambat.

tut...tut...tut.  

Bunyi msg, kuno habis fon saya. ala kantoi la pulak, dalam kepala tengah dok mengumpat sebenarnya. Mesti adek saya yang send. Nak jeles kan orang lagi la tu. damm betul !!!

Eh sape pula ni? comel nya, 



Comel kan? comel kan? kan? kan?.....Sape cakap tak comel ! nak kena babap ni. =)

haa,,inilah anak buah saya yang baru. Nama dia Hafiz. Nama penuh, saya tak tahu lagi. Family saya pergi Terengganu sebab nak tengok Hafiz la. Cucu ketiga Family Mohd Ali dan Saniyah. Anak Muhd Fadzullah dan Nurhafizah. 

p/s:

Taniah kepada abang saya,dah jadi ayah pun. Macam tak percaya je. Dulu main tutup botol sama2. Panjat pokok sama2. Kena marah ngan mak sama2. Cuma nak dapat anak sekali je x dapat. haha. ~