tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Bicara Sara Ali : Adakah dikategorikan kolot bila berbaju kurung?


Setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan akal fikiran. Sama ada kita menggunakan dengan sebaik-baik mungkin ataupun tidak. Melalui pemikiran tercetusnya pendapat. Tidak kira sama ada pendapat itu logik ataupun tidak. Tidak semua perkara yang logik itu logik dan tidak semua perkara yang tidak logik itu tidak logik. Ah' terpulang la.

Aku cuma nak ajukan satu soalan sahaja.

Malukah anda bila keluar/ternampak berjalan-berjalan bersama seorang gadis yang berbaju kurung pada zaman yang semakin maju ini?

Cukup mudah bukan soalan ini. 
Pada aku, mula-mula aku keluar berbaju kurung dengan rakan2 memang cukup segan. Yang aku maksudkan bukan time raya tau.A ku sendiri pun tak tahu kenapa. Apa yang aku segankan. Mungkin aku fikir ia cukup terbatas. Terbatas dari segi apa pun aku sendiri kurang pasti.

Aku bukan apa, masa aku tengah tunggu train untuk pergi kerja. Dalam kebosanan, mulalah aku menjadi pemerhati yang tegar. Hilang sedikit kebosanan di hati ini.  Memang banyak kerenah. Dengan suara gelak tawa kanak-kanak yang lari kesana sini. Suara garau sekumpulan remaja lelaki di belakang tangga dan secara tidak langsung aku terlihat sekumpulan gemaja perempuan di hujung sana. Sekali pandang memang cukup ayu berbaju kurung dan berjubah.

Selang beberapa minit, aku lihat mereka sudah bertukar wajah. Kemana hilang agaknya baju mereka? Bukan kah lebih ayu mereka sebelum ini. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Tiada kata-kata dan sedikit kurang mengerti di situ. 

Kawan : Kau kenapa?
Dia: Apanya?
Kawan : Diri kau.
Dia : Aku rimas.
Kawan : Turunkan sikit lagi nampak elok.
Dia: Dah ok ni.

 Aku: Sanggup berlapis2. Tak Panas ke?
(dalam hati sahaja)

Cukup manis bila Cik Heliza berbaju kurung.
Apa-apa yang di pakai tetap cantik.
Alhamdulillah.

Saya cukup suka dengan penampilan Cik Heliza.
Sopan sepanjang masa.
Aku bila lagi?

Wednesday, April 20, 2011

Jadi 'perakk' seketika bila Ahmad Idham depan mata.


"Peraakk" yang aku cakapkan tu bukan aku mention about Negeri Perak Darul Ridhuan tau. Korang jangan salah faham pula, tak ada nyer aku nak kutuk atau mempermainkan negeri kelahiran aku sendiri.

Tapi "peraakk" yang aku nak mention kat sini ada lah Jakun. Korang tahu tak apa itu jakun? Ala spesis macam orang tak pernah jumpa artis. Teruja lebih. Ala, suka hati korang la, korang nak translate kan perakk tu spesis apa. Janji korang dapat gambaran k.

Dengan action nyer aku nak cakap yang aku tadi join talk yang dianjurkan oleh DPP aku sendiri. Tak lain tak bukan DPP EON la.  Siap dua talk tu dalam sehari. Yang paling aku suka talk by pengarah terkenal kita sekarang ni, iaitu Encik Ahmad Idham. Memang sempoi aku cakap sama lu. Sporting habis. Talk dia pun sempoi and cool. 

Aku tak nak cakap banyak. Korang tak percaya kan? Ini lah gambar Ahmad Idham yang aku tangkap sendiri. huhuu


Berbalik pada Ahmad Idham punya cerita. Dengan sedia maklumnya, aku dah tahu latar belakang Encik Ahmad Idham dan serba sedikit kerjaya bila kita cuba untuk menceburi bidang glamor ini. Cara dia handle permasalahan dan macam mana dia cuba untuk create something new in his film dan banyak lagi.



Muka penuh bangga. Rasa macam nak bagi penampar laju-laju je. haha. Tu baru jumpa Ahmad Idham. Dah muka macam itu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Ish2.



oke, ini lah member2 ku yang join talk tue. Semoga apa yang dicerotakan oleh Encik Ahmad Idham menjadi guard line kepada kita.

Setiap kejayaan yang kita inginkan, tidak semestinya kita perlu terus berada di atas. Mungin kita perlu melalui beberapa peringkat.Tapi Jangan lah kita berfikir yang kita perlu berada di comfort zone selama-lamanya tanpa ada perubahan. Sekali melangkah teruslah melangkah tanpa henti. Perlulah kita ingat, janganlah kita jadi seperti carrot and eggs tapi biarkan diri kita seperti coffee bean. Itu yang TERRBAIK.


Wsalam.

Sunday, January 23, 2011

Terbaik dari Ayu Raudhah & Zaquan Adha ~ hot sangat2

Ya Allah, cantiknya! Sumpah tak tipu. Ayu Raudhah memamg cantik. Lagi-lagi pakai baju yang memang hot habis la. Tak puas rasanya. Berpuluh kali juga lah saya tengok Ayu Raudhah. Cantik dari biasa. Rasa macam nak pinjam je baju dia tu. Jeles habis la i cakap sama u...


Kalau korang nak tahu. Saya pernah cakap " eee,,,tak cantiknya . kenapa make up macam tu? tak best lah. Ayu tu kan cantik, make up macam tu dah macam apa ntah ". Masa  tu saya tengok gambar pernikahan ayu dekat muka depan  surat khabar dot...dot...dot....  Memang saya tak setuju.  Tapi sekarang bila saya tengok sendiri gambar Ayu Raudhah. Terkejut sangat -sangat. Ya Allah, cantik. Bila digandingan dengan suami tercinta ayu. awesome !!! 


Cantik kan? Kenapa lah saya boleh tertipu dengan gambar dekat surat khabar tu? Kenapa dan kenapa ? haha...



Tergoda pulak bila saya tengok gambar yang ni. Terselah kecantikan ayu dan kekacakan Zaquan. Urm. mula lah saya nak berangan. hahah..


Sama cantik sama encem. Boleh tak saya nak cakap macam tu? Boleh kan ? Sebab tak jadi satu kesalahan kot.

Cantik! nak pinjam lah baju Ayu kejap. Rasa-rasa dapat tak? haha. Berangan lebih . Tapi ok pe sebab color baju ayu tu dah la memang menjadi pilihan saya sekarang ni . Sejak saya mula jatuh hati dengan color pink . hehe..


Pandai betul photographer tue snap gambar ayu. Credit to Asmady Ahmad. Cantik dan halus kerja anda. Saya sukakanya.


Haa. korang jeles tak tengok pic kat atas tu? Jeles kan? Rasa-rasa saya boleh dapat baju macam Ayu Raudhah tak? haha. soklan cepu emas nampak . huhuhu


Satu lagi color yang memang dalam senarai saya. Bertambah2 jeles saya rasa. Ayu memang ayu. hehehe...


ok ! dah habis dah. Seronok tak? Pasti seronok kan? Lepas nie korang boleh lah pasang anggan -anggan korang nak buat baju weeding macam mana. Betol tak? Nak sebijik macam Ayu Raudhah ke? Tak pun nak lebih hot dari Ayu. Itu terpulang pada korang. Janji duit ada. So jangan nak berangan jer. Siapa yang masih belajar tu. Belajar elok2 dan kumpul duet banyak2. haha...

Haa ! sebelum terlupa. Saya sara,  dengan penuh ikhlasnya mendoakan kebahagian Ayu Raudhah bersama suami tercinta Zaquan Adha semoga kebahgiaan ini kekal sehingga akhir hayat. Amin. 

p/s : Credit kepada semua photographer . Gambar semua memang cantik sangat.