tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, November 26, 2011

Tolong jangan pilih dia untuk jadi seperti mu.

Nobody is perfect. Semua orang dah sedia maklum. Dari yang tua sampai ke muda. Dan yang aku sendiri tak faham. Kenapa kita nak mecari kesempurnaan secara terlampau pada orang lain. Tapi bukannya pada diri kita.  Aku tak cakap, mencari kesempurnaan itu salah dan tidak di benarkan. Cuma perlu kena pada tepatnya. Tidak semua orang mampu untuk mendapatkan kesempurnaan itu. 

Senang citer la. Kalau memang kita dah dilahirkan dengan kulit yang agak gelap dari kecil. Mandi susu ke. Guna sabun lulur ker. Ketak losyen setong ke. Tapi masih tidak berhasil. Sudah suratan. Takkan lah sampai kita nak buat plastic surgery kot. Memudaratkan diri sendiri bukan.

Ya,memang aku dalam keadaan yang cukup beremosi sekarang!


A: Aku nak tanya boleh?
B: Kau dah tanya pun.
A: Aku serius ni.
B: Maaf. Tanya lah aku sedia mendengar.
A: Aku gelap?
B: Maksud kau.
A: Kulit aku.
B: Kenapa?
A: Dia suka yang putih.
B: Haa...
[ dialog telah dipendekkan ]

Hello, masa kau mintak couple dengan dia dulu. Kau rabun warna kah atau kau memang rabun. Cukup aku tak faham. Alasan hampir ditinggalkan sebab warna kulit. Engkau ingat engkau putih sangat ker. Tolong la. Jadilah manusia normal. Yang engkau usha awek kawan-kawan engkau cerah bak bulan tu kenapa? Kau baru perasan perempuan yang putih melepak ni CANTIK atau engaku segan. Cantik tu satu subjektif la. Tak semestinya putih tu cantik. Adoiii. (bahasa yang digunakan memang kasar tapi hanya bermonolog pada diri sendiri)

B: Aku tak faham.
A: Apa yang kau tak faham.
B: Patut aku berubah.
A: Sebab diri dia.
B: Aku sayang dia.
A: Sayang bukan untuk ditayang.
B: Aku suka.
A: Tinggalkan dia.
[ dialog telah dipendekkan ]


Aku sebagai kawan cuba yang terbaik. Tidak pernah niat di hati ini membiarkan kau bersedih. Aku rasa apa yang engkau rasa. Kita sama. Kita cuba yang terbaik untuk dirinya. Tapi adakah dia cuba yang terbaik untuk diri kita? Adakah dia cuba yang terbaik untuk dirinya? Sukar untuk jawab segala persoalan engkau. Kerna persoalan aku tidak pernah terjawab.

Semua itu mengarut kawan. 
Mana ada seorang insan yang melafaskan kata 'cinta dan sayang' mengajak kearah keburukan. Engkau sudah cukup sempurna di mata ku. Biarlah engkau dikatakan kolot pada pandangan matanya. Tapi janganlah engkau kelihatan 'kolot' di  pandangan pencipta. 

Lupakan dia kawan. 
Akan lahirnya seorang insan sebaik mu kelak. Dia bukan untuk dirimu. Aku yakin. Aku tahu engkau mampu. Dia tidak ikhlas menerimamu. 

Nota kaki:
Aku boleh terima bila engkau masih bersama dia kerna engkau sudah cerah seperti dia. Ia membuktikan engkau benar-benar mencintainya.
Tapi aku tidak akan pernah terima sama sekali bila engkau berubah kerna dia, semata-mata untuk tidak kelihatan kolot dimatanya.


Pertanyaan:
Soalan yang perlu dijawab oleh anda:

  1. Seksi, kurus dan putih memang dalam senarai pilihan hati setiap insan yang bergelar lelaki. Benar kah?
  2. Wahai lelaki, yang mana satu anda mahu dikatakan oleh kawan-kawan anda. 
    • Wow. hot nya awek ko.
    • Pandai engkau cari awek.


Nota kaki SARA ALI:
Aku tak kata aku ini perfect. Kalau aku perfect aku tidak adakan rasa apa yang mereka rasa. Itu cuma pendapat aku.Mungkin bahasa aku terlalu kasar. Kerna aku sudah penat. Penat dengan kesedihan. Kalau memang itu yang engkau nak, tolong jangan pilih kawan aku untuk jadi seperti engkau. Aku boleh terima jika engkau pilih kawan aku untuk jadi sepertinya.
  


Thursday, November 17, 2011

Video = Nangis + Malu


Malu.
Satu perasaan yang cukup rapat dengan diri ku. Betul ker?

Untuk pertama kali aku excited melihat "video".[ bukan video lucah tau]. Mungkin kerna ia dari kawan ku. Walaupun seketika mengenalinya tapi "aku tahu itu dia" dan "aku kenal itu sapa".


A: Rindu kau.
B: Rindu aku?
A : Tak.

Epilog Cinta.
Rasanya tak perlu aku mention siapa empunya diri. Perkahwinan siapa ataupun apa-apa. Sebab aku sendiri tidak pernah secara formal mahupun tidak formal mintak izin daripada tuan empunya badan. hehe. Serius aku cakap. Walaupon video tu hanya seketika, ia benar-benar menyentuh perasaan ku.

Kenapa ya?
Sensitive kah aku?
Mungkin ya.
Mungkin tidak.

Maka dengan lajunya aku mencapai makanan di rak. Menyembunyikan bunyi esakan daripada seorang teman. Malu. Malu sekiranya  heran dengan tindak tanduk ku. Menangis tanpa sebab hakikatnya ia bersebab.

Nota Kaki:
Saya impikan sehelai baju pengantin yang sederhana kembang dan penuh dengan bunga kecik2. Chanteknya.

Ok, stop berangan. Calon pon samar-samar.Bye!!!

Tuesday, November 15, 2011

Purple Day.


try nak senyum tak nampak gigi - still huduh!!!

U see that?
Nampak poyo's bukan. Memang terlampau poyo ketika tu. Ok, aku takkan cerita mengenai 'Purple Day' at Suria KLCC. Aku sendiri pun tak tahu apa program yang diorang buat. Yang aku perasan ramai orang look purple at that day. Termasuklah aku. But i'm not a performer ok. Tak sesuai pon sebab terlebih cun. hehe...okies. Balik kepada cerita asal.

my sis said 
"u like yummy ". 
what?
"Polka dot"
( ^_^ )

Purple ker?
Macam tak purple je. Aku sendiri pun comfius kenapa aku akhirnya memilih tudung color purple. Selepas dua jam lebih aku cuba mengayakan seledang yang aku cukup benci tapi terpaksa pakai. (sebab tudung aku,adik aku rembat ) Dan yang mengherankan aku, color oren. Jauh panggang dari api.

Walaupon aku dah jumpa yang sesuai,tapi still rasa kurang memuaskan. Sebab apa? Tudung tu senget benget. Anti 100% ok. Tapi dalam hati berbunga-bunga. Kena dengan tema. Cewah...

Pengajaran: 
Setiap kali balik bercuti mesti bawa tudung/selendang sendiri2. Walaupon di rumah berlambak di almari tapi di sebabkan jarang pakai jadi lain macam.

Nota kaki: 
I need a new phone. 

Sunday, November 6, 2011

Salam Eid Ul- Adha.

Assalamualaikum....



Gambar ini di ambil pada pagi raya tadi. Melihat ayah sendiri menyembelih lembu-lembu di sana. Selamat Hari Raya Korban kawan-kawan sekelian.

Tiada Noktah Cinta.

Assalamualaikum...


Dalam hidup ni, setiap orang perlukan kawan. Tipulah kalau ada yang kata dia tak perlu kan kawan langsung. Kadang-kadang, memang kita perlukan masa untuk bersendirian. Memikirkan perkara-perkara yang di rasakan perlu. Namun begitu, akhirnya kita akan mencari seseorang untuk bercerita. meluahkan rasa di hati. bertukar-tukar pendapat. bergurau senda. Tanpa kawan hidup kita tidak ada pelangi. Antara hitam mahupun putih.


Ada di antaranya kita  menganggap seseorang itu 'hanya sekadar kawan'. 'kawan gitu-gitu tak lebih pun'. yang betul-betul kawan. dan sebagainya. Namun begitu, sudah ke kita berjumpa dengan 'kawan' yang akan bersama kita selama-lamanya tanpa berubah hati. tidak kira senang mahupun susah. terima kita seadaanya tidak kira sihat mahupun sakit. Sekiranya kita sudah berjumpa, sememangnya dia adalah yang terbaik untuk diri kita. Hargailah mereka.



Setiap orang mempunyai cerita mereka sendiri apabila bersama 'kawan' masing-masing. Dan sudah semestinya kita inginkan kebahagian berbanding kesedihan. Namun begitu tidak semua orang akan mengecapi kebahagian yang sama. Ada yang menagih kebahagian bersalut kedukaan. Seperti tiada noktah.

" saya terima awak kerana kesian  "

Tiada kata yang terkeluar dari mulut ni. Diam...

p/s :  BE HONEST WITH THE PEOPLE WHO LOVE U.