tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Sunday, November 6, 2011

Tiada Noktah Cinta.

Assalamualaikum...


Dalam hidup ni, setiap orang perlukan kawan. Tipulah kalau ada yang kata dia tak perlu kan kawan langsung. Kadang-kadang, memang kita perlukan masa untuk bersendirian. Memikirkan perkara-perkara yang di rasakan perlu. Namun begitu, akhirnya kita akan mencari seseorang untuk bercerita. meluahkan rasa di hati. bertukar-tukar pendapat. bergurau senda. Tanpa kawan hidup kita tidak ada pelangi. Antara hitam mahupun putih.


Ada di antaranya kita  menganggap seseorang itu 'hanya sekadar kawan'. 'kawan gitu-gitu tak lebih pun'. yang betul-betul kawan. dan sebagainya. Namun begitu, sudah ke kita berjumpa dengan 'kawan' yang akan bersama kita selama-lamanya tanpa berubah hati. tidak kira senang mahupun susah. terima kita seadaanya tidak kira sihat mahupun sakit. Sekiranya kita sudah berjumpa, sememangnya dia adalah yang terbaik untuk diri kita. Hargailah mereka.



Setiap orang mempunyai cerita mereka sendiri apabila bersama 'kawan' masing-masing. Dan sudah semestinya kita inginkan kebahagian berbanding kesedihan. Namun begitu tidak semua orang akan mengecapi kebahagian yang sama. Ada yang menagih kebahagian bersalut kedukaan. Seperti tiada noktah.

" saya terima awak kerana kesian  "

Tiada kata yang terkeluar dari mulut ni. Diam...

p/s :  BE HONEST WITH THE PEOPLE WHO LOVE U.

No comments: