tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Monday, February 28, 2011

Akhirnya kaki ku berada di Penang.

Akhirnya..
Kini pasti ...
Ku Merasai...
Cinta dan suci....

Ah'haaa....sapa tahu aku tengah nyanyi lagu apa nie? Angkat perut masing-masing. 

Haha...sengal ubi betul aku nie. Tak apa, korang x payah nak angkat perut sebab perut aku tengah penuh makanan PENANG nie. Sedap aku cakap. Tapi macam biasa lah, aku tak berapa suka makan masakan mamak. Oleh sebab dah jalan-jalan kat penang. Aku sumbat je sambil tutup mata sebelah. Janji kenyang. Parah untuk ulang aling ke bank tu aku kena tanggung sendiri lah. Nak buat macam mana kan. Cari kedai melayu kt town, bapak susah. Sedih2.

Aku nak membebel panjang-panjang. Sumpah aku tak ada idea. Korang tengok pon tahu kan. Aku dah lama tak update blog nie. Terkubur tanpa bertuan. Macam mana tu? Sementara aku ada benda nak membebel ni. Aku membebel la. So aku harap korang enjoy la dengan pic yang aku sajikan kt meja makan korang. Suka tak? Kalo tak suka silalah beri komen k kawan-kawan sekalian. Ewahhhh!!!


Macam biasalah. Mesti lah pic aku dulu yang aku nak letak. Haha..Aku memang suka tangkap gambar dan bergambar. Tapi sekarang aku dah kurang cikit untuk bergambar sebab aku lebih suka ambik gambar orang. Aku cuma nak pelbagaikan cara untuk ambil gambar. Maklumlah aku nie tak reti. Guna camera pon biasa2. DSLR tak nampu nak beli lagi. hehe... 

Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat member-member aku nie. Cian kowang kena marah dengan aku. Nak ambik pose yang menarik. Aku suruh dowang buat nie n buat tu. Tapi tak semua lah sebab dowang pon pandai posing taw. hehe.



Ok! banyak-banyak gambar. Aku paling suka yang ini. Masa ini kat Botani Garden. Best la juga walaupun masa tu aku rasa cukup-cukup panas. best2...


Olah kerana kami ini terlampau rajin. So kami bersepakat untuk menaiki kereta api mengelilingi taman. Malu oi aku cakap. Mana tak nya, orang muda naik kereta api. Yang lebih berusia berjalan kaki keliling taman. Haa, macam mana tu?..hehe


Lepas penat merayau dan mandi-manda di hotel. Belah petang pula kami singgah di Batu Feringgi. Apa lagi, main air la. Agak teruja aku ketika itu. Tenang je walaupun ketika itu cuaca agak terik. Tapi ia tidak menghalang kami untuk berposing.


Siapa kah gadis ini? Cukup misteri bukan? Melihat sahaja gaya posing gadis ini. Terbukti cuaca cukup terik. Jadi aku nasihatkan kat korang. Kalau nak jalan-jalan ke tepi pantai. Baik periksa dulu cuaca k. Kalau tak, macam ini lah jadinya. huhu..


Semakin hampir! Apa yang semakin hampirnya? Macam biasa lah, isi perut dengan menu mee udang di Pulau Aman. Kenapa Pulau Aman? Kenapa bukan pulau lain? Sebenarnya aku pun tak tahu. Mereka berdua ini asyik sebut-sebut je Pulau Aman, terutamanya sebelah kiri tu. " Alaa,,,,Pulau Aman yang cerita 1000x cinta tu pernah buat pengambaran dekat situ. Lagi pun Mee Udang dia pun sedap. Kita nak try " . ( struktur ayat telah di olah untuk menampakkan impact yang lebih berkesan ) haa.. itu lah cerita nya. Kenapa Pulau Aman yang menjadi pilihan. 


Ini lah rupa Mee Udang. Sedap seh aku cakap. Tapi sayang nya aku share dengan kawan aku yang sorang lagi. Maklum lah perut aku dah penuh dengan air dan makanan. Dah tak muat nak sumbat mana lagi. Jadi aku cadangkan kalau korang nak makan mee udang. Korang jangan makan apa-apa dulu k. Dan satu lagi sediakan air yang secukup-cukupnya kerana korang akan cepat rasa dahaga.


Perut kenyang. Hati senang. Apa lagi balik UUM la. Jadi kepada anda yang tak tahu nak jalan-jalan ke mana dan secara kebetulan tak pernah datang penang. Tunggu apa lagi, jadikan Penang salah satu destinasi pilihan anda untuk melancong. Ewahhh....sempat promote nampak. Semuanya under Budget. Syukur Alhamdulillah. 

Kepada rakan-rakan yang turut serta ke Penang. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan mohon maaf sekira terdapat kesilapan sepanjang tempoh perancangan ke Penang. Semuanya akan menjadi kenangan kita bersama. 

Saturday, February 19, 2011

Agak teruja dengan gambar ini.

Harap maklum...

Saya nak update blog! tapi saya tak ada idea nak update apa. Agak geram pon ada jugak. Kosong. Macam tin kosong dalam kepala nie. Jadi hari ini saya nak blogwaking lah. Agak lama juga saya tak berjalan-jalan dalam dunia maya ni. hehe..

Haa sebelum saya berjalan-jalan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada reader or blogger yang telah follow this blog and comment my n3 too. Terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab saya lambat membalas kunjungan anda semua. Yang penting tinggalkan jejak. Insya Allah, saya akan singgah.

Ok, sebelum itu. Jom kita belek-belek gambar yang tak seberapa ini. Maaflah kalo tak cantik. Saya pun masih belajar macam mana nak edit pic. Enjoy tau kawan-kawan. Untuk maklumat readers, gambar ini di ambil ketika kami mengikuti perbarisan SUKUUM. Dan yang paling best Kami telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKUUM dan ......alamak satu lagi anugerah apa nyer? Lupa lah pulak.Maaf nyer. huhuhu.... 


Itu saya. Saya memang suka bergambar dan ambil gambar orang.


Mereka adalah kawan-kawan saya yang terlibat dengan perbarisan SUKUUM. Tahniah untuk EON.


Kamilah juara!!! Maju EON untuk UUM.


Yang ini kawan saya. Saya tak tahulah. Banyak-banyak gambar. Saya suka gambar ini. Cantik Feeka.

Dan yang terakhir. Maskot DPP EON bersama Pengetua.


Akhir kata dari pengetua. eh, bukan-bukan. Akhir kata dari saya " tak sabar rasanya nak BBQ bersama pengetua " .......Kami tungguuuuu .....

Tuesday, February 15, 2011

Kasut Berhantu.


Kasut Berhantu 

Ok. Kali ini aku nak bercerita cikit. Cerita aku tak panjang mana. Pendek je and simple sesangat-sangat. Kalau korang baca mesti tak perasan cerita dah habis.hehe. 


Macam ini, pagi tadi aku ada class. Dari pukul 8.00 pagi sampailah 12.30 tgh hari . Tapi dalam tempoh tu tak ada benda yang menarik pon aku jumpa. Bosan betul. Semuanya sama. Yang girl sibuk dok betulkan selendang. Yang boy pulak sibuk dok belek-belek tie. Apa yang nak dibetulkan lagi pon aku tak tahu.  


Tapi cuma satu benda jer yang buat aku tertarik hari ini. Apa lagi ? Benda alah yang atas tu lah. 


Aku sebenarnya tak heran lah kalau perempuan yang pakai benda alah itu. Cuma setakat ini aku belum jumpa lagi laki-laki yang pakai dok melintas depan aku. Kalau ada memang aku tak kedip mata dah. Yang melintas belakang aku, itu lain punya cerita. Aku tak nak ambik tahu. Yang aku nak ambik tahu sekarang ini, pasal seorang budak perempuan ini.


Memang cun habis la aku cakap. Dari hujung tudung sampai ke hujung kasut. Semuanya mengikut trend sekarang. Bertudung litup dan berseluar ***** . Dah macam artis aku tengok. Yang aku tak tahan nya. Dari jauh aku dah nampak dia. Korang nak tahu kenapa? sebab dia pandai bermain dengan color. Memang jarang lah orang nak pakai macam tu kat kampus aku ni. Setahu aku, setakat ini dia sorang je kot. Memang berani mati lah dia nie.


Haa. lebih kurang macam ini lah color budak girl tu pakai. Cuma ada color hijau je cikit.


Bukan takat tu je. Berani dia berebut naik bas dengan kasut yang tinggi mak ai tu. Aku yang kat depan pintu bas tu pon dah naik seriau tengok dia dok berlari nak kejar bas dengan kasut macam tu.  Lepas tu berebut pulak nak naik bas. Kadang-kadang aku tengok dia pon macam tak stabil je. ish. Takut betul aku. Kalau salah langkah, aku tak tahu lah apa nak jadi. Aku terfikir jugak. Tak sakit ke kaki dia tu. Setahu aku struktur jalan kat kampus aku ni tak ada yang lembut-lembut. Semuanya keras. Dan lagi satu. Kedudukan antara bilik kuliah dengan bilik kuliah yang lain bukan dekat rasanya. Cukup mustahillah, yang dia mempunyai setiap kelas dalam satu bangunan. Memang mustahil bagi aku.


Aku tahu, semua orang yang bergelar perempuan semua berlumba-lumba nak tambah koleksi kasut. Terutamanya kepada sesiapa yang tidak memiliku kasut berhantu lagi memang tercari-cari disetiap sudut kedai kasut. Betul tak ? ok. berbalik kepada perempuan tu. Bagi aku lah, kalau dia nak pakai kasut tu. Biar lah kena pada tempatnya. Macam nak window shopping kat shopping complex. Baru lah sesuai. Sebab bagi aku masa tu kita tak perlu nak berkejar-kejar macam kita tengah belajar. Betol tak? Masa tu kita boleh enjoy dan relax je. Tak ada lah sakit kaki kita nanti. hehe..


Aku bukan apa. Aku dapat tahu,sesorang yang selalu memakai kasut tinggi mak aii macam kat atas tu. Ia akan memberi kesan kepada tulang belakang si pemakai. Apatah lagi, apabila sesorang itu telah memilih kasut yang kurang tepat/sesuai untuk dirinya mengikut tempat dan keadaan.



Heliza comel ....

So pada kawan-kawan ku. Janganlah  menyeksa diri korang semata-mata untuk kelihatan cantik. Ya, cantik itu perlu tapi pandai-pandai lah menyesuaikan mengikut keadaan. Senang cakap "jangan terlampau lah" . Tengok macam Heliza Helmi. Sempoi je. Baru best . =) 


p/s : tenda **** itu sebenarnya nama seluar. Cuma aku tak tahu nama seluar itu apa. haha...