tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, February 15, 2011

Kasut Berhantu.


Kasut Berhantu 

Ok. Kali ini aku nak bercerita cikit. Cerita aku tak panjang mana. Pendek je and simple sesangat-sangat. Kalau korang baca mesti tak perasan cerita dah habis.hehe. 


Macam ini, pagi tadi aku ada class. Dari pukul 8.00 pagi sampailah 12.30 tgh hari . Tapi dalam tempoh tu tak ada benda yang menarik pon aku jumpa. Bosan betul. Semuanya sama. Yang girl sibuk dok betulkan selendang. Yang boy pulak sibuk dok belek-belek tie. Apa yang nak dibetulkan lagi pon aku tak tahu.  


Tapi cuma satu benda jer yang buat aku tertarik hari ini. Apa lagi ? Benda alah yang atas tu lah. 


Aku sebenarnya tak heran lah kalau perempuan yang pakai benda alah itu. Cuma setakat ini aku belum jumpa lagi laki-laki yang pakai dok melintas depan aku. Kalau ada memang aku tak kedip mata dah. Yang melintas belakang aku, itu lain punya cerita. Aku tak nak ambik tahu. Yang aku nak ambik tahu sekarang ini, pasal seorang budak perempuan ini.


Memang cun habis la aku cakap. Dari hujung tudung sampai ke hujung kasut. Semuanya mengikut trend sekarang. Bertudung litup dan berseluar ***** . Dah macam artis aku tengok. Yang aku tak tahan nya. Dari jauh aku dah nampak dia. Korang nak tahu kenapa? sebab dia pandai bermain dengan color. Memang jarang lah orang nak pakai macam tu kat kampus aku ni. Setahu aku, setakat ini dia sorang je kot. Memang berani mati lah dia nie.


Haa. lebih kurang macam ini lah color budak girl tu pakai. Cuma ada color hijau je cikit.


Bukan takat tu je. Berani dia berebut naik bas dengan kasut yang tinggi mak ai tu. Aku yang kat depan pintu bas tu pon dah naik seriau tengok dia dok berlari nak kejar bas dengan kasut macam tu.  Lepas tu berebut pulak nak naik bas. Kadang-kadang aku tengok dia pon macam tak stabil je. ish. Takut betul aku. Kalau salah langkah, aku tak tahu lah apa nak jadi. Aku terfikir jugak. Tak sakit ke kaki dia tu. Setahu aku struktur jalan kat kampus aku ni tak ada yang lembut-lembut. Semuanya keras. Dan lagi satu. Kedudukan antara bilik kuliah dengan bilik kuliah yang lain bukan dekat rasanya. Cukup mustahillah, yang dia mempunyai setiap kelas dalam satu bangunan. Memang mustahil bagi aku.


Aku tahu, semua orang yang bergelar perempuan semua berlumba-lumba nak tambah koleksi kasut. Terutamanya kepada sesiapa yang tidak memiliku kasut berhantu lagi memang tercari-cari disetiap sudut kedai kasut. Betul tak ? ok. berbalik kepada perempuan tu. Bagi aku lah, kalau dia nak pakai kasut tu. Biar lah kena pada tempatnya. Macam nak window shopping kat shopping complex. Baru lah sesuai. Sebab bagi aku masa tu kita tak perlu nak berkejar-kejar macam kita tengah belajar. Betol tak? Masa tu kita boleh enjoy dan relax je. Tak ada lah sakit kaki kita nanti. hehe..


Aku bukan apa. Aku dapat tahu,sesorang yang selalu memakai kasut tinggi mak aii macam kat atas tu. Ia akan memberi kesan kepada tulang belakang si pemakai. Apatah lagi, apabila sesorang itu telah memilih kasut yang kurang tepat/sesuai untuk dirinya mengikut tempat dan keadaan.



Heliza comel ....

So pada kawan-kawan ku. Janganlah  menyeksa diri korang semata-mata untuk kelihatan cantik. Ya, cantik itu perlu tapi pandai-pandai lah menyesuaikan mengikut keadaan. Senang cakap "jangan terlampau lah" . Tengok macam Heliza Helmi. Sempoi je. Baru best . =) 


p/s : tenda **** itu sebenarnya nama seluar. Cuma aku tak tahu nama seluar itu apa. haha...


3 comments:

Ayuni said...

cantik kasut tu tp sure mahal...

Fathiah Hamim said...

haishh geram tengok glads tuhh. anyways, fathiah pun pelik how diorang boleh pakai heels pergi kelas. pastu yang pegi zoo pun nak pakai heels jugok. tak reti nak adjust ikut keadaan agaknya.

Sara Ali said...

ayuni: sy pon x sure berapa mahal kasut tu......hehehe

fathiah: sy pon pelik,,,mungkin sebab dia kurus tu yg dia tahan sakit tu....
kalo sy nk bwk berat bdn pon mcm x lrt je..huhuhu