tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Thursday, January 27, 2011

Opps.... kain terlucut sudah !

No… no … no … no double meaning k. haha…

Jangan salah faham, cheq sama sekali tidak akan memaparkan aksi lucah mahupun cerita yang berunsur lucah. Ish, tak elok tau. Sebenarnya cheq nak habaq kat hampa semua satu rahsia. Cheq rasa hampa mesti suka. Tapi hampa semua jangan pandai-pandai nak gelak kat cheq pulak. Kang tak pasai-pasai dapat lima piring cantik dari cheq.

Baik lah ! urm, cheq nak habaq kat hampa ni,  hampa dengar tau .

 “  la nie cheq dah pandai pakai kain batik tau, jangan jeles   haha…



So, sekarang cheq dah boleh tergolong dalam kategori Perempuan Melayu Terakhir la. Betol tak? Hihi. Sukanya cheq. Tak sangka cheq, lepas ini cheq nak beli banyak-banyak kain batik. Tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa cheq  nak pakai. Poyo jer.


Cheq sebenarnya tak pernah terfikir pun nak pakai kain batik. Al maklumlah, perangai cheq nie tidak selembut perempuan melayu terakhir. Mula-mula cheq pakai kain batik, habis satu rumah kecoh. Ye lah, sepanjang 23 tahun berapa hari ntah baru la nie tergedik-gedik nak pakai kain batik. Itu pun sebab panahan gatal satu badan masa cheq pergi bercuti dengan family dekat PD. [ kulit sensitive ]

Kalau hampa tak percaya, ini adalah kata-kata pujian daripada family cheq :

Kakak Cheq :  
kamu nie kenapa sarah?  Berkain batik bagai . Dah macam bibik [ orang gaji ] je .

Budak comel Bathrisya :  
Eh, kak sara. Kenapa kak sara pakai nie? Kak sara kenapa?

Budak comel Arif :
Kak sara kenapa pakai macam mama je?
[ maksudnya kenapa pakai kain batik macam mak dia pakai lah ]

Mak Cheq :
Nie kenapa pakai kain batik nie? Tak pernah-pernah pakai tiba –tiba pakai . Apa pasal ni ?

Ayah cheq:
Sara tu kenapa berkain batik ? Tak pernah-pernah berkain batik. Nie berkain batik pulak.

Adik Cheq:
Ko nie kenapa? Tak sihat ker? Berkain batik. Buruk bebenor.


Haa ... Tengoklah, bila cheq dah berubah nak jadi perempuan melayu terakhir, semua orang pelik. Tapi bila sedara cheq yang duduk kat johor tu berkain batik semua orang tak kecoh macam ni pon. Siap kena puji lagi tu. Bila cheq pakai siap kena kutuk pula. Siap cakap “ tengok si aween tu, manis je berkain batik, yang kamu ni sara . Jangan harap lah, kain batik sehelai pon tak ada dalam almari .”

Teringat masa sedara cheq datang umah :

“sara, kita nak pinjam kain batik kamu kejap”

“ haaa, kain batik ? hehe,, kejap erk, sara ambik dekat bilik mak.” Haha…



Baik la ! pada cheq la kan, berkain batik atau pun tidak, itu bukan isu  utama. Sebenarnya itu mengikut kesesuaian masing-masing. Terpulang kepada anda nak pakai kain batik atau seluar. Tidak ada undang-undang pun yang melarang anda untuk membuat pilihan sama ada berkain batik atau berseluar. Walau apa-apa pun, saya tetap memilih seluar. Hahaha…..

p/s : sara tue adalah nama sebenar cheq..huhu...
p/s : hampa suka pic yg mner satu? sila bagi pendapat.

9 comments:

shidot said...

same laaaa. x pandai gak berkain batik bagai! sep2! teheeeee.

Mais said...

shidot: mknenrya x leh bergelar perempuan melayu terakhirlaaa nie...hehehee

Syafiq Rosli said...

hehe..bukan main lagi eh..hehe

Heidi Shafiq said...

skrg susah nk tgk anak dara pkai kain batik kt umah.. yg pakai boxer ramai la.. hehe..

violetless said...

orang penang gak ka?

tak suka pakai ken batik time tidoq..bahaya..haha

Mais said...

SR :hehehe...

Mais said...

HS : bak kata orng lain,,zaman dah moden.hehehe

Mais said...

Violetless : x laaa...orng kajang..
tpi stdy kt kedah...hehehe

teratai said...

salam sara,

pakai kain batek ni kebiasaan bg org2 berumur mcm saya! Setiap hr pakai kain batek, dr pagi smpai mlm..selesa !!