tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, November 6, 2012

Tiada Kata Hanya Bahasa


Tanpa perlu penerangan hanya gaya bahasa dan gerak geri mampu menjelaskan apa yang tersirat. Sedar tak sedar kita dikelilingi manusia yang mampu meneka dan mampu membaca dengan tepat. Terasa seperti menjadi bahan ujian. Diimbas kotak memori dan mula ditafsirkan. Sungguh mengerunkan apabila diri  diperhatikan dalam diam-diam dan mereka mampu membaca isi hati kita. Mungkin tekaan tidak setepat apa yang dirasa tapi ia masih mengusarkan. Agak aneh bagi sesetengah manusia. Tapi itulah kelebihan- unik di mata manusia.

Tidak dinafikan - tidak senang. Tiada kata hanya senyuman. Mungkin benar. Seseorang yang mungkin dulunya terlampau asing akan menjadi manusia paling rapat pada kita. Tidak dinafikan juga perkara sebaliknya. Kerna apa - kerna mereka diimbas dan mula ditafsirkan dalam bentuk kata. Tiada kata diam seribu bahasa. Hanya gaya mentafsir segalanya. Tiada sapa tiada senda. Hanya mata pengharapanya.


Kadangkala kita tidak perlu menunggu jawapan. Kerna gerak hati dan naluri kita itulah jawapan. Kerna kita percaya- rasa lelah akan terasa. Berapa lama. Ini bukan permainan. Ini manusia dalam alam nyata. Buka mata lihat dunia. Itulah manusia. Kadangkala sudah ada jawapan tapi tetap ingin menafikan.


Nota Kaki:
Mungkin jua perlu tutup sebelah mata untuk terus hadapi di alam nyata.


Sunday, October 28, 2012

Hanya untukmu.


Melihat seorang gadis duduk tersenyum ,memerhatikan sekeliling.Telinga disumpat teknologi kecil yang mengeluarkan rentak irama merdu. Hati sedikit berbunga, wajah bertambah ceria pabila terlihat mereka. Sungguh mesra.Senyuman dilebarkan. Hati terusik. Sedikit cemburu. Nafas di tarik sedalam-dalam. Sedikit ketenangan dirasai. Tiada lagi getaran cemburu di hati.

Apa yang perlu dilakukan. Hati dan perasaan terpaksa dipendam. Disimpan dan disembunyikan. Kerna hati ini tahu, hati gadis tidak akan bersatu. Mungkin benar. Perbezaan dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak akan bersatu. Ada perkara yang menghalang. Mungkin ke'ego'an dan mungkin juga ketidak pastian. Ingin sahaja hati gadis meluahkan. Hanya dengan pandangan. Terdetik dan terlintas di fikiran. Mengharapkan kefahaman dari pandangan meluahkan perasaan.

Ada jalan. Itu pilihan. Antara terpaksa terus menerus memendam. Atau terpaksa lari dari kenyataan. Atau perlu memilih untuk terus memerhati, tapi akan di salut kesedihan serta kesakitan. Mana satu pilihan. Apa yang harus gadis tunjukkan untuk membuatkan kau faham. Jangan salahkan gadis, bukan gadis yang mencari, tapi kau yang membuat gadis berperasaan sedemikian.




Nota kaki:
Hati kata lain. Mulut kata lain.
Sedaya upaya mahu menafikan kerna sedar akan kedudukan.

Friday, October 26, 2012

Senyuman Kegembiraan.



Ada rasa yang ingin diluahkan. Tapi dibiarkan. Antara ego atau apa. Tiada siapa yang tahu bukan. Mungkin kerna tidak tersusun kata. Mungkin jua kerna terlalu istimewa. Mata dipejam mencari kepastian. Nafas terhenti mencari kekuatan. Kelegaan dinikmati bila dilepaskan. Ini rupanya kehidupan.

9 bulan -mengikut pengiraan. Bila dikenangkan. Mahu saja dilemparkan. Memang tidak dinafikan. Sukar untuk dilupakan. Kesakitan dan kesengsaraan. Namun masih ada teman. Menjadi peneman dalam kelukaan. Kenangan dikuburkan.

Akhirnya dia mampu ceria. Mencari kekuatan tanpa pujuk rayuan. Hati dibatukan. Ditetapkan pendirian. Kehidupan diteruskan. Senyuman dilemparkan. Alhamdulillah. Itulah yang di impikan. Senyuman kegembiraan.



Nota kaki:

Ya, perbezaan yang menyatukan dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak pernah memerhati.
(sumber dari hamba Allah yang tidak diketahui )

Tuesday, October 16, 2012

Langkah kehadapan.


Kita kerap dengar dan kerap melafazkan kata sebegini bila kita dalam kesedihan.- kita perlu mengorak langkah maju kehadapan - Tapi perasan ataupun tidak Itu tak bermakna kita tidak perlu menoleh ke belakang. Bukan bermaksud kita perlu tenggelam dalam kenangan. Tapi untuk kita belajar sesuatu dari kesilapan. Agar kesilapan yang sama tidak akan berulang.

Kadangkala, keinginan kita untuk mencuba melepasi segalanya. Pernah terlintas difikiran. Adakah di penghujungnya seperti kita harapkan. Ya, mungkin percubaan pertama mengundang kesakitan. Kesakitan kali pertama belum tentu dapat mematangkan. Maka kita cuba untuk kali kedua. Ketiga dan seterusnya. Namun pengakhiranya tetap sama cuma jalan cerita sedikit berbeza. Dari situ banyak yang kita pelajari dan tahu untuk berhadapan.

Benar, bahu yang memikul tidak sama mata yang melihat. Kita akan pertikaikan. Bagaimana ingin bergerak ke hadapan sedangkan kita dihantui bayang-bayang. Akhirnya kita berputus asa dan membiarkan diri tenggelam dalam kesakitan. Sampai bila. Perasaan itu akan hilang. Hilang bila kita lempar jauh dari hati dan fikiran.

Rugi.
Siapa yang rugi ?
Adakah Kita?

Sememangnya. Jangan jadikan kesakitan itu satu penghalang. Kita layak untuk mengecapi kebahagian. Keriangan. Jangan jadikan diri kita terus menanggung kesakitan. Buka mata seluas-luas. Kita berhak . Berhak untuk memilih. Berhak untuk bersuara. Berhak untuk mencapai bintang. Hapuskan kesedihan. Buka lembaran.



Nota kaki:

Kebahagiaan akan kita kecapi  bila kita mencari.

Saturday, August 4, 2012

Si Single, Si Tunang, Si Bini dan Si Ibu.

 Assalamualaikum.


Antara perasan ataupun tidak. Kadangkala, diri kita akan dikaitkan mengikut situasi majoriti. Bila kita dikelilingi satu keadaan namun hanya diri kita sahaja berada dalam keganjilan. Mesti tak senang duduk. Semestinya pernah terlintas di fikiran yang kita ingin terjerumus dalam situasi majoriti. Kerna tidak mahu dilabelkan sebagai golongan ganjil. Tiba-tiba terukir senyuman.

Tak perlu cerita terlampau jauh. Situasi itu akan muncul bila tibanya hari raya. Kerna masa itu kita berkumpul berjumpa sanak saudara. Opah nenak tok wan tok kecik dan seangkatannya. Macam biasa. Soalan bocor yang pastinya sudah kita sediakan jawapan. Pada anak dara mahupun anak teruna yang abang mahupun kakak di atas sudah selamat di ijab kabulkan. Maka kita yang berada di bawah situasi itu akan diaju soalan bagaikan peluru. dari satu pegawai ke satu pegawai. Dari satu tempat ke satu tempat. Agak lemas terasa seperti artis tak terlabel.



Mungkin soalan itu agak sensitive pada mereka yang sudah meningkat dari satu tangga ke satu tangga. Pada aku, soalan itu masih dianggap boleh dipertimbangkan. Pernikahan, satu alam yang aku rasa cukup berbeza. Selama ini buka sahaja mata, tak perlu fikir jauh cari tuala mandi siap-siap apa yang patut, ada makanan kita makan, tak ada makanan apa susah kedai ada. Ikut selera perut dan tekak sendiri. Tak perlu pikir rasa perut orang mahupun tekak orang. Senang bukan?

Ha, yang aku peliknya. Perlu ke keadaan macam ini wujud ye. Bukan apa. Kadang-kadang aku heran bila aku diajukan soalan begini. 

" Wei, ko tak rasa pelik ke?"

" Kawan kita dah jadi bini orang, tunang orang, mak orang. Yang kita ini bila nak jadi orang-orang?"

"Haa? Relax sudah. Masa itu akan datang juga. Ko pejam celik je. Tup...Tup... Ko jadi nenek orang."

Comelnya Irma. Bini Orang dan Suami Orang.

Aku pula ada tanggapan sendiri. Janganlah bila hanya kerana kawan2 kamu mahupun sedara mara kamu telah bertunang. Maka kamu ingin bertunang.. Janganlah hanya kerana teman2 kamu sudah bernikah maka kamu ingin bernikah. ( Main takap muat je tanpa selidik dan akhirnya berlaku penceraian )

Pada aku, pernikahan bukanlah satu perkara yang aku rasakan boleh try and error macam dalam subjek Matematik Tambahan. Bukan itu sahaja, janganlah anggap pernikahan ini sebagai satu ujian amali mahupun praktikal. Walaupun aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya di alam perkahwinan tapi aku rasa ia satu tanggungjawab yang cukup besar. Siapkan diri, bukan main redah. 



"Allah sudah aturkan segalanya pada setiap hambanya. Akan tiba masanya bila masa itu tiba. Tak perlu terasa terlalu rendah diri kerana kita tergolong dalam kelompok ganjil. Anggaplah bahawa pasangan kita sedang mempersiapkan diri menjadi golongan yang terbaik buat diri kita kelak." 


Sekian.


Friday, August 3, 2012

Sakit Menjadi Penawar Dosa.



Orang kata, bila berada di bulan ramadhan ini, bila datangnya dugaan. Allah sebenarnya rindu pada kita. Kerna apa? Allah rindu mendengar suara kita menyebut nama mu Ya Allah. Allah rindu pada kita saat kita menadah tangan dan meminta pertolong daripada nya. Dan yang paling penting, Allah sebenarnya kasih dan sayang pada kita. Kerna itulah Allah memberi peringatan pada kita bahawa kita ini sudah jauh daripada-Nya.



Berapa beruntungnya kita, kerana apa? Kerna kita masih di berikan kesempatan oleh Allah untuk kembali padanya sebelum kita tersasar jauh.

Sayu, bila mengenangkan semua ini. Maka sama-samalah kita mengunakan kesempatan yang diberi ini apatah lagi di bulan mulia. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi. Walaupun diri ini masih cetek lagi ilmu di dalam dada. Namun tidak salah untuk kita berkongsi bersama rakan-rakan sekalian.

Yang baik itu kita kongsi bersama. 

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”– Hadis riwayat Ibn Majah


Sekian.


Saturday, July 28, 2012

Walaupun kecik tapi besar rasanya.

Assalamualaikum.


Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 11.00 malam. Masih sama suasananya. Riuh dengan suara kanak-kanak yang tak henti-henti bermain. Ke hulur ke hilir. Langsung tidak menghiraukan rasa marah di hati ini. Gelagat anak kecil. Itu lah Nurul Asfa Athirah dan Muhammad Aiman Danial. Terlintas di kepala ini. Bagaimana agaknya aku  seusia mereka?


Aku masih ligat mencari idea. Duduk di ruang legar bertemankan bunyi-bunyian suara dari tv. Bagaimana ingin mengarang apa yang terlintas di kepala ini. Namun aku bersyukur. Semua ini ada hikmah. Aku pasti persoalan ini akan timbul " apakah kebaikkan dari peristiwa ini?".

Bila diri ini melihat keatas. Sungguh cantik ciptaan mu. Berlatarkan langit hitam menyerlah kilauan bintang. Entah mengapa diri ini ingin pergi jauh. Sejauh aku dengan bintang. Hakikatnya, sejauh mana tidak ku tahu. Mungkin kerna hati. Hati yang kadang kala boleh merasa kesakitan. Dan kadang kala hati ini boleh menjadi bunga. Bunga yang mekar di pagi hari.

Kadang kala aku sendiri keliru dengan kedudukan aku. Sekali lagi aku bersyukur. Kerna aku masih diberi peluang untuk bernyawa di bulan mulia ini, untuk mencari kebenaran. Kebenaran yang aku rasa mampu memgembalikan kehidupan ku. Kehidupan yang selama ini aku harapkan dan aku inginkan.


Terima kasih sudi membaca coretan yang tak berapa ini.
Selamat Berpuasa semua.




Sunday, July 22, 2012

REUNION 2012 - PULAU PANGKOR

Assalamualaikum.

What? Last entry 31 Januari 2012. 4 bulan tak update blog. Lama betul. Memang menyepikan diri aku ini. Ok, bila dah berpeluang online guna laptop baru adik aku ini. Saje je nak mention kasi kembang sikit adik aku tu. So, dapatlah aku bermanja-manja dengan blog kesayang ni. Mulalah, nak jadi minah kepoh. Nak cerita itu ini. Antara u all  larat baca atau tak je.


 Motif gambar diatas.

Saje nak cerita dekat u all bahawa aku pernah jejak kaki di Pulau Pangkor setelah sekian lama hidup dimuka bumi ini. Sendiri bangga dengan diri ku. Lupakan that word pada siapa yang terasa loya ok. Sekian. Sebenarnya benda ini terjadi secara tak sengaja. Walaupon aku sudah dimaklumkan. Bila aku berpindah tempat kerja baru and bertemu rakan lama. Maka di pendekkan cerita secara tak langsung aku setuju untuk join REUNION pada 6 July -8 July 2012 di Pulau Pangkor. 

Perasaan jangan ditanya. Takut, gemuruh, seronok, excited dan macam-macam la. Al-maklumlah lepas je SPM aku terus menyepi. Memang tak pernah jumpa dorang. Aku rasa aku sorang je ada perasaan yang terlebih masa tu.



See, tak perlu nak cerita lebih kot. Nampak tak riak wajah budak berbaju merah yang tengah duduk tu. Antara nak senyum atau  tak nak je. Tangan siap gengam erat. Gemuruh and sedikit kekok. Kalau u all macam mana pula? Ada sama tak macam aku. Berlakon lebih je la aku ini. huh!!! Tu baru sebahagian rakan-rakan ku.


Lepas check in di motel,  kami semua decided untuk keliling pulau tepat pukul 3. Mesti korang kata. Pukul 3 panas terik kot masa tu. Oleh kerana perasaan tak sabar nak terjun laut dan snorkeling bagai. Kepanasan itu semua cabaran. Mula la semua orang sibuk sapu losyen, sun block. Sapa yang tak ada tu mula la "wei, mintak cikit" Sharing is caring.  Kan aku dah cakap, semua itu lakonan semata-mata. Bila dan spend time dengan dorang. Memang tak ingat dunia. Hilang semua perasaan segan bagai. 


Lupakan pasal tangga or ketinggian. Macam dirancang la pula si eda tu tundukkan kepala cikit. Nak samakan ketinggian dengan aku la tu. For u information,  gadis yang berbaju purple adalah orang kuat yang menjayakan reunion ini. Cuba korang fikir, dengan masing-masing yang dah de kerjaya masing-masing and family lagi. Bukan senang nak kumpul beramai-ramai. betul tak? Kira jumlah kitaorang ni dikira ramai la juga. 

Tahniah Along n the geng. 



Cake red velvet.

Jangan cakap la. Itu yang aku masuk mulut dulu. Ntah la, sejak bila aku tergila-gila dengan Red Velvet ni pun aku tak tahu. Tapi aku makan memang mengalahkan anak kecik yang baru pandai makan. Pada masa sama sempat juga aku control ayu. hahaha....


Bila perut dah kenyang, dengan kek, hotdog 2, kerang 10, udang berguni2, ayam panggang, ikan panggang dengan sambal dia lagi. Memang menjilat jari la. Apa lagi. Jalan-jalan tepi pantai sambil makan ice cream,and bermain piring terbang. Sebenarnya aku lupa apa nama permainan tu. Maaf la aku tak join sebab aku memang fail la bab-bab sambut menyambut ini. Memang terbaik la. 


Gambar ini masa kita orang otw nak ke jeti. Hari terakhir sebelum kita orang balik KL. Kita orang cadang untuk jalan-jalan di Pulau Pangkor ini. Untuk makluman korang, penduduk Pulau Pangkor majoriti adalah dari kaum Cina iaitu 60%, Melayu 35% dan India 5%. 



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Untuk makluman korang, masa ini paling aku tak suka. Memang terasa singkat bersama dorang, banyak perkara manis yang berlaku.  


Senyuman terukir di bibir, kegembiraan terpancar di mata, walaupun badan keletihan tapi itu semua kenangan yang terindah kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan bertemu dan bercerita senda gurau bersama. Semua saat itu memang terbaik pada ku. Terima kasih semua kerana membantu ku, dan berkongsi suka duka susah senang bersama.

Tuesday, January 31, 2012

Keep Smiling

Assalamualaikum..


Esok dah mula kerja.
Alhamdulillah.
Walaupon sementara.
Janji tak duduk rumah goyang kaki.
Ade jugak la income kan?
Masih mencari kerja yang sesuai.
(kerja yang di idam2kan dari dulu )
Doa banyak2.
Rezeki ada dimana-mana.
Cuma kita sahaja yang perlu berusaha.
Ia tak adakn datang bergolek sara.
 =)


Saturday, January 28, 2012

Rezeki ada dimana-mana. Insya Allah.

Assalamualaikum.



Untung kan?
Hari ini ada interview dekat cyberjaya.
HSBC.
Tapi sayang, saya tak dapat nak laporkan diri.
Terasa rugi.
Bukan rezeki katakan.

Mohon doa anda semua moga permohonan saya diluluskan.(apa dia? rahsia )
Akan menyusul beberapa interview selepas ini.
Seram sejuk.


Wsalam.

p/s:
Janganlah kita mencari kebahagian diatas penderitaan orang lain.
Kebahagiaan sememangnya milik bersama,
Namun carilah kebahagiaan itu dengan cara yang suci dan ikhlas.
Jujur pada diri itu jalan yang terbaik.

Tuesday, January 10, 2012

Assalamualaikum Cinta


" Cinta itu suci,cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Tuhan. 

Yang tidak suci dan buta itu adalah orang yang salah menggunakannya.

Cinta itu ibarat peperangan mudah dimulai dan sulit diakhiri" -hamka-


Sedar tak sedar, sebenarnya perasaan itu sudah lahir dalam diri kita sejak kecil lagi. Cuba kita perhatikan, bagaimana ibubapa kita mempamerkan perasaan kasih sayang dan cinta antara satu sama lain, tidak kira antara adik beradik. Ia mampu mengerakkan hati kecil kita. Walaupun ketika itu kita tidak dapat terjemahkan perasaan yang lahir dalam diri. Tapi yang pasti kita suka kan perasaan itu dan berharap ia akan muncul lagi.

Kadang-kadang aku sendiri tidak faham betapa kuatnya pengaruh cinta pada kehidupan ini. Sedangkan kita tahu, bila adanya cinta, akan terselitnya sedikit kesedihan. Langit tidak selalu cerah kawan. Itu yang perlu kita ingat.Maka adalah wajar kita mempersiapkan tapak yang cukup selesa untuk cinta itu mendarat di hati, agar bila ia datang menjengah, tidak memberi kejutan dan emosi.

Bila bahas mengenai cinta. Memang tidak penghujungnya. Ada sahaja persoalan yang timbul. Bila timbulnya satu persoalan, akan disusuli persoalan lain. Tergerak juga dihati kecil ini. Mengapa persoalan itu perlu timbul?   Mungkin kerana keadaan. Mungkin kerana kepercayaan. Mungkin juga kerana sayang.

Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?

" Ia hanya mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, 

Satu jam untuk menyukai seseorang, 

Satu hari untuk mencintai seseorang,

tetapi 

ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang "

Ya,itu benar. Mungkin ia hanya benar pada ku.



Cinta mengajarkan pada kita, bagaimana caranya harus berlaku jujur dan berkorban, berjuang dan menerima, memberi dan mempertahankan. Mungkin aku gagal untuk mempertahankan dan berjuang padanya. Tapi perlulah kita ingat,tak memiliki tak bermakna tak mencintai.

Mata berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata akan mengatakan yang sebenarnya, memantulkan kata hati yang sesungguhnya.

Status dari rakan FB (credit to him) :
"Apabila sesuatu itu bukan jadi milik kita, walaupun kita mengejar ia dengan melakukan macam-macam perkara, ia tidak akan menjadi milik kita...Macam itu juga, Walaupun kita lari daripada sesuatu benda ataupun tidak berbuat berusaha apa-apa pun untuk mendapatkannya. Apabila sesuatu itu milik kita, ia kan datang kepada kita jua"

~♥ Hawa perlu tunggu, biar adam yang datang mencari tulang rusuk dia yang hilang ♥~ 

(terasa comel la pula ayat ni )



Nota Kaki:
Tak kesampaian hasrat saya untuk bermain layang-layang bersamanya.
Kenapa?
Kerna saya sukakan layang-layang.

Sunday, January 8, 2012

Bugger Ayam Special



"Ema .... nanti kamu pergi makan tak?"

"Pergi"

"Kita nak kirim boleh?"

"Urm..kita nak bugger ayam special. Kalo tak ada ayam, daging pon boleh..."

Terima kasih room-mate.
Fuhh!..Nasib baik ada room-mate yang baik hati. Hilang sikit rasa kempunan. Hampir berbulan-bulan tak sentuh bugger. Bukan tak mahu makan, cuma tekak tak boleh terima. Kali ini lain, aku jamin aku dapat makan. Rindunya nak menikmati keenakan bugger.

"Terima kasih ain sebab menaikkan selera ku"

Hati tak tenang. Tapi aku perlu habiskan apa yang sedang aku lakukan.Kejap-kejap aku menjeling. Menjeling dan terus menjeling. Terletak elok bersama duit baki. Ah.. lambatnya aku habiskan tugasan ni.  Berpuluh-puluh kali aku menelan air liur. Sungguh buat aku tidak selesa.

Sedapnya....
Sebelom makan, macam biasa. Aku ambik bau dulu. Pembuka selera katakan. Memang meletop la. Tak tunggu lama. Terus aku gigit. 

Grup...
Tak mengapa. Mungkin roti dia kurang enak kot.

Aku asingkan roti dari daging bugger. telur dan sayur.

Aku makan sayur dulu.
Lepas tu aku makan telur.
Masih sama.
Aku makan bahagian yang terakhir.
Daging.


Urm...
Malangnya. Satu pun aku tak boleh telan.Tekak aku masih tak boleh terima. Sememangnya aku tahu. Bugger abang tu memang sedap. Tapi kenapa aku tak boleh makan? Aku teringin sangat. 


Mahu di beri pada orang. Aku sudah sentuh. Akhirnya berada di dalam tong sampah. Apa yang aku sudah makan. Semuanya tidak diterima. Aku teringin, teringin sangat.

Aku inginkan. 
Hanya tu yang terlintas di fikiran aku.
PANTAI
Tempat yang paling aku gemari disaat aku kesedihan. 
Sedikit tenang melihat keindahan ciptaan ALLAH.





Nota Kaki:
Aku sedih.
Aku teringat kata-kata mak.

"Penuhilah permintaan sesorang yang kita sayang selagi  masih ada" (yg positive sahaja k)

Aku?



Saturday, January 7, 2012

Tidakkah Engkau Faham Apa Yang ku Rasakan?

Berat.
Kepala aku semakin hari semakin berat. Tak henti memikirkan tentang si dia. 3 perkara yang perlu aku harungi dalam satu masa. Semuanya melibatkan masa depan ku.

Ya,
Dia memang tenang. Kerna apa? Kerna dia tahu keadaan dia bagaimana. Sedangkan aku? Tidak. Dia muncul  diantara aku dan dirimu. Dia tahu aku bagaimana. Dan aku tahu engkau bagaimana.

Kenapa?
Kenapa bila aku menanyakan pada dirinya . Engkau tidak mengaku. Engkau menyembunyikan perkara yang sememangnya berlaku. Engkau seolah-olah menidakkan perkara yang timbul difikiran ku. Begitu tegar diri mu.

Tidakkah engkau faham?
Kita serupa. Kita sejenis. Naluri kita sama. Tidak ada jauh bezanya. 

Bila aku bertanya.
Engkau pergi.
Bila aku inginkan jawapan.
Engkau berdiam diri.
Kenapa?

Sungguh terseksa aku disini.


Nota Kaki:
Aku tidak sekuat itu.
Aku juga tidak selemah ini.
Aku tidak mahu hidup ditemani perasaan begini.
Aku cuma mahukan sebuah kebahagiaan.
Tidakkah engkau faham.

Pesanan:
Kenapa perlu berselindung?
Kenapa perlu ada pembohongan?
Cinta itu suci.
Kenapa perlu dikotori?



Wednesday, January 4, 2012

Kebebasan yang dipinta.

Terlintas di fikiran ini untuk terbang bebas seperti burung.
Merentasi lautan kebiruan.
Ditemani keindahan kehijauan tumbuh-tumbuhan.
Terasa tenang dan lapang hati ini.
Namun aku hanya seorang insan yang bergelar manusia.
Tidak mampu terbang seperti burung.
Bebas kesana kemari.




Namun,
Aku dikurniakan sepasang mata.
Kurniaan dari-MU.
Aku bersyukur kerna aku masih lagi mampu melihat.
Melihat keindahan ciptaan mu.
Tiada tandingan.

Aku juga tidak pernah lupa,
Aku turut dikurniakan hati yang disaluti dengan perasaan,
Tapi Allah tdak mengurniakan sepasang hati pada setiap manusianya,
Kerna pelengkap hati akan berada pada si dia.

Si dia ?


(persoalan )

Kebahagian ku, perjalanan ku, takdir ku.
Semuanya terletak pada mu Ya Allah,
Sekiranya itu adalah kebahagian ku,
Perjalanan ku, Takdir ku.
Aku redha dengan ketentuan mu.

Ku mohon,
Engkau perkuatkanlah Iman ku,
Ikhlaskan hatiku,
Tunjukkan lah jalan yang terbaik pada ku,
Kerna,
Hanya Engkau yang mengetahui,
Yang terbaik buat hamba mu.

Amin….

Nota Kaki:
Keputusan berada di tangan ku.
Pilih yang terbaik.
Mungkin ia terbaik pada ku,
Tak semestinya pilihan itu terbaik di sisi Allah.



Sunday, January 1, 2012

Itu Janji Aku.


[ seseorang memberi pendapat bahawa aku tidak perlu memasang dua mata tambahan]
....Akan di pertimbangkan....


Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 kan. 
Oooh.. tidak. 
Aku semakin tua. 
Anda pula,semakin muda! hehe. 

Aku yakin, 
Setiap tahun mahupun setiap saat pasti mempunyai cerita tersendiri.
Tak kira, cerita itu menarik mahupun tidak. 
Ia sudah menjadi satu sejarah.
Sejarah yang kadang-kadang akan berulang.
Atau sejarah akan kekal menjadi sejarah.

Detik manis yang kita pernah lalui,
Mungkin kita impikan terus bermain dalam kehidupan.
Gelak tawa senda gurau.
Memang menyeronokkan.
Asyik.

Namun perlulah kita sedar,
Kita tidak akan terus berada di alam mimpi,
Mimpi yang membuat kita terus tersenyum,
Namun bila mata melihat dunia.
Setiap saat, setiap detik. 
Menanti kita.

Susah mahupun senang,
kita perlu lalui,
Berkat iman dan ilmu,
Kita kena lalui,

Boleh menoleh,
Bukan bererti kita kalah,
Kita lemah,
Kita menoleh untuk terus maju.
Bawa semangat baru.
Itu yang kita mahu.


(aku tersenyum)
 Perlukah aku menangis?
Oh tidak. Aku penat.
Aku tidak mahu menjadi seperti aku yang dulu.

Aku sedar.
Aku tidak sehebat mana.
Tapi aku tidak akan mengalah.
Allah masih beri aku peluang.
Selagi mana aku boleh melihat
dan selagi mana aku boleh menghirup udara Allah.
Aku tidak akan mengalah.

Ya, Aku bukan malaikat,
Aku hanya insan biasa,
Yang tak lari dari kesilapan,
Tapi aku tidak mahu berada di tahap dulu.
Aku mahu kejayaan.
Itu janji aku.
Aku akan lalui jalan mu.
Itu janji aku.
Dan itu adalah janji aku.

Nota Kaki:
Sedang berusaha untuk menurunkan berat badan...

Mood: Exam. Final year. Lepas ni cari kerja.