tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Friday, December 31, 2010

Wacha, cepat cepat sebelom jam berdetik.

Salam reader, 

Mesti korang semua tahukan yang tahun 2010 akan berakhir. Betol tak? Sapa yang tak tahu tue pergi utan lah. Duduk kat sana diam2. Orang semua dah sibuk pasang niat, azam dan segala macam pasanglah. Dia pulak masih duduk tahap tue je. 

Uit, bunyi macam marah je. Mais marah ker? Memang mais marah. Mais marah kat diri mais sendiri. Biar mais sedar yang mais perlukan banyak perubahan untuk mencapai impian mais. Jangan berada ditahap yang sama tanpa ada sebarang perubahan. Dan mais juga percaya, korang semua pon tak ingin berada di tahap yang sama sampai bila-bila. Betol tak? Pastinya kita inginkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Betol kan?

Tahun 2010, sememangnya banyak suka dan duka yang telah mais lalui. Bangun jatuh mais semuanya berada di tahun ini iaitu tahun 2010. Biarlah ia menjadi kenangan yang akan mengajar mais erti kehidupan yang sebenarnya.


Ya, peristiwa ini betol2 memberi pengajaran kepada mais. Ketika ini, hati mais betul2 telah dikecewakan oleh orang yang mais sayang selama ini. Tapi perhubungan kami tidak panjang, dan berakhir macam tu je. Namun , mais reda. Semuanya telah tertulis dan mais pasrah.


Di saat mais sedang kecewa, masih ada insan yang mendampingi mais dan terus memberi sokongan tanpa henti selain rakan rapat mais. Walaupon pada mulanya banyak perbalahan di antara kami disebabkan perbezaan tapi alhamdulillah, sikap kematangan yang ditunjukkan telah membuatkan mais terbuka hati dan memberi ruang kepada nya untuk mendekati mais.


Hari berganti hari, kecerian keluarga mais bertambah apabila abang mais melangsungkan perkahwinan bersama insan tersayang.  Alhamdulillah bilangan keluarga mais bertambah seorang dan bakal bertambah pada tahun baru nanti. Insya Allah, sebab kak ipar mais tengah berbadan dua sekarang. Syukur.


Muhammad Aiman Danial yang dilahirkan pada bulan 7 telah membuatkan keluarga mais bertambah ceria dan kecoh terutama kedua ibu bapa mais yang menyambut kehadiran cucu yang kedua. Manakala, Nurul Asfa Athirah yang sedia maklum merupakan cucu sulung bagi keluarga mais. Segala tingkahlakunya memang menghiburkan kami sekeluarga.  Mais harap ukhwah keluarga mais akan terus berpanjangan dan tiada sebarang permasalah . Insya Allah.


Syukur alhamdulillah, hanya itu yang mampu mais ucapkan. Mais berharap tahun akan datang segala yang mais impikan menjadi kenyataan dan segala pencapaian mais dapat ditingkatkan. Insya Allah. Dan untuk mengetahuan korang semua, esok pagi2 mais akan bertolak ke PD untuk bercuti bersama keluarga mais. Korang jangan gelak tau, mais sebenarnya tak pernah jejakkan kaki kat PD. Tapi family mais dah banyak kali dah pergi sana, cuma mais sorang je belom. hehee...peace.

p/s: Selamat tahun baru kawan2 semua.
p/s: Segala gambar yang ada didalam ini adalah milik mais. Walaupon terdapat URL yng berbeza ia sebenarnya dari blog mais yang terdahulu yang sekarang mais tidak mengaktifkanya.


Thursday, December 30, 2010

Apa pula nasib aku? takutnya !

Salam reader, 

Syukur alhamdulillah, adik mais dapat keputusan yang cemerlang. Mais pulak macam mana? Takutnya mais, tiap2 pagi mais akan bukak portal UUM untuk tengok keputusan dah keluar ke belom. Tapi sampai ke hari nie pon keputusan mais tak kuar2 lagi.

Opps, gigi mais tak ada. malu!

Mais memang takut sangat2, elok ker tak result mais tu nanti. Mais akui, keputusan mais peringkat ijazah nie tak secemerlang masa mais diploma . Semuanya memang berbeza, tue yang membuatkan mais sedih dan takut. Sememangnya kita dah berusaha sebaik-baiknya tapi bila tengok result , antara ia menghampakan atau mengembirakan. Ya Allah, tabahkan hati hamba mu ini. 


p/s: Berdoa dan terus berdoa dan tahniah kepada adik mais atas kecemerlangannya. Alhamdulillah.

Wednesday, December 29, 2010

1st Lucky Draw by Misz Nana

Salam reader, sekali lagi mais update blog tapi mais kena cepat-cepat selagi line kat umah mais nie masih laju. huhu.. Ok, mais telah ditag oleh Cik adek manis kita. Kalau korang tak caya cepat2 singgah blog SINI korang.


ok, Luck Draw nie telah dibuat oleh gadis manis ni syazanaamira . Korang jangan lupa singgah tau. Mana lah tahu korang akan bertuah berbanding mais. huhu. Pape pon ada syarat2 dia tau. So nak tahu sila lah Klik2 link yang mais dah bagi tu.

Orait, sekarang mais nak tag  Cik iema [ harap2 sudi lah join ].

Tamat sudah. =)

Contest Aku & Masa Silam

Salam reader...

Rindunya nak update blog. Agak bersawang jugak la blog mais ni. Tapi Alhamdulillah, masih ada yang sudi singgah ke blog mais. Terima kasih mais ucapkan. Ok, hari ni, mais akan selesaikan tugas2 mais. Tugas pertama mais ialah, mais nak join " Contest Aku & Masa Silam ". Kalau korang nak tahu, contest nie telah dianjurkan oleh  ME SUYA,jom kita singgah blogger si cantik manis nie. Sila lah klik di SINI.SINI.SINI

Pape pon banner mesti kena ada dulu. [done]



Orait, nie lah pic yang mais nak tunjukkan kat korang semua. Maaf lah, mais sebenarnya tak ada pic lain dah masa mais kecik2 dulu. Banyak yang dah hilang sebab dulu2 la mais kerap pindah. Kalau nak kira balik tue memang mais tak ingat dah lah. huhu.. Nie pon jenuh jugak lah mais selongkar almari lama ayah mais. Akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah.


Ok, kalo nak dikatakan persamaan mais masa kecik2 dulu dengan yang sekarang. Tang pipi tu, tembam sangat2. Nak dikatakan bulat pon boleh jugak lah sebab sekarang mais pon bulat lah jugak . Sama je macam dulu. Sebab tu kot, dari kecik sampai ke besar orang suka cubit pipi mais. [ tapi tak semua orang la sebab mais tak suka orang pegang mais ]. Mais juga susah nak senyum kat orang lain, tengok pic mais masa kecik2 tu, masam kan?. Bila dah besar pon sebenarnya sama jugak. Suka bermasam je,sebab tu kebanyakkan orang yang tak kenal mais cakap mais nie sombong. huhu..

Yang terakhir, perangai mais masa kecik2 sampai ke besar. Mak mais cakap, mais nie banyak songgeh. Masa mais kecik2 dulu. Bila nak tidor, mais mesti mintak mak mais letak bedak banyak2 kat badan mais. Sampai kan satu hari tu, pak cik mais naik bengang sebab bedak dah letak, tapi mais nak lagi jugak. Ale2. pakcik mais bukak penutup bedak tue, pakcik mais taburkan sampai habis kat badan mais. haha.. kelakar betul . Patutlah sampai sekarang nie, bila mais nak tidor mais mesti kena letakkan losyen kat badan atau kat tanggan mais. Cuma di oleh dari bedak ke losyen je. haha...

Perbezaan nya, mais nampak cerah sikit . Dulu mais gelap, mungkin disebabkan bedak sebotol yang pakcik mais tuang tu kot. hahaha..

Ok. dah habis dah..Kalau korang nak join cepat tau sebab hari ni last tau. huhu.. k, mais nk tag siti nur amirah . Harap2 kawan baru mais nie sudi. 

p/s: harap2 masih sempat lagi. terima kasih kat korang semua yang datang baca N3 mais. Mais akan balas kunjungan kalian.


Sunday, December 26, 2010

Boleh ker tiba-tiba ada rasa macam nak menangis tanpa sebab.

Apa kena dengan mais hari ni? Tiba- tiba je rasa sebak semacam. Nak kata ada orang sakitkan hati mais. Tak ada pulak. Atau pun mais ada sakitkan hati orang [ntahlah mais sendiri pon tak tahu ]. Mungkin  disebabkan segala apa yang jadi kat mais hari ni yang membuatkan mais rasa sebak atau nak menangis je. Ntah lah mais sendiri pon tak tahu [ bercelaru ].

Kisah pertama :

Ini lah keadaan bas yang abang mais naik.

Awal-awal pagi lagi mais banggun, mais dapat panggilan telefon dari mak mais. Mak mais cakap bas yang abang mais naik terlibat dalam kemalangan. Masa tu abang mais otw g balik Kelantan. Bila tengok gambar keadaan bas yang abang mais naik, agak seriau juga lah. Maklumlah , mais pon selalu  naik bas dari UUM ke Kuala Lumpur bila ada cuti sem. Bila dengar je mana2 bas yang terlibat dalam kemalangan nie, mula lah mais risau. Macam abang mais juga, tapi alhamdulillah abang mais selamat. Abang mais cuma luka sedikit di bahagian kaki. Manakala penumpang yang duduk dibahagian depan bas mengalami patah tangan dan patah kaki. [ lebih selamat memilih tempat duduk dibahagian tengah bas, Isya Allah ].

Kisah kedua:


Serabai sangat2, pertama kali bersiap dalam tempoh yang singkat. Tension!

Hari ini mais pergi Melaka. Tapi mais kena paksa pergi sana, walaupun masa tu mais memang betul-betul tak nak pergi. Nak kata mais marah sangat tak ada lah pulak. Mais ikut kan je. Tapi mais sendiri pon tak tahu kenapa. Serius mais tak faham.

Kisah ketiga:

Mr.penyu  mais asyik sibuk je. Walaupun mais tahu, Mr.penyu ada life dia sendiri, sibuk dengan family dan kejer2nye tapi mais cuma nak sedikit je masa dia untuk mais. Memang mais akui , Mr. penyu ada luangkan masa untuk mais tapi kalo dalam keadaan tergesa-gesa, siapa yang suka. betul tak? [ Mais rasa mais ada perasaan cikit pada Mr.penyu dan mais pon rasa ia baru je berputik walaupun mais dengan Mr. penyu sudah lama couple. Macam mana tu ? ]


p/s: Mais tak suka menangis sebab bila mais menangis hati mais akan sakit. Bila mais teringat balik kisah tu, mais akan terus menangis. Mais benci sangat2. 

Friday, December 24, 2010

Contest Mimik Muka Menarik

Contest yang menarik tapi agak malu nak join. Boleh ker macam tu?. Nak tahu siapa penganjur contest nie? Sila klik  SINI  untuk tahu syarat2 contest n pemilik yang menganjurkan contest ni. Menarik tau. Korang pergi lah singgah. Apa2 pon banner perlu ada. ok, done.


 Yang penting mais nak bagi tahu kat korang.  Tarikh tutup contest nie  25 December 2010 tau. Korang kena cepat tau sebab tarikh last contest ni esok je. Jangan lepaskan peluang. Mais pon turut join contest nie sebab teringat. Maklumlah, blog mais pon masih baru dan mais pon tak ada join apa2 contest macam nie lagi. Tapi korang tak payah lah tengok sangat pic nie. Huduh toi.


Pic ni adek mais yang ambik kan. Sebenarnya diambil secara tak sengaja kot. Masa tu mais, adek mais n mak mais tengah tunggu KTM. Seingat mais masa tu adek mais dah malas nak ambik pic mais. Lagi pon adek mais dah nak angin kot, jadi mais terus wat mimik muka macam tu. Kami pon terus tergelak sama2. Mak mais [yg kt belakang tu ] tengok je gelagak kami. Nasib baik kami tak kena marah. huhu..Pic sengal2.

p/s: Alhamdulillah, mais semakin sihat. Syukur...

Tuesday, December 21, 2010

Mari Sertai BlogList Izamir Ridzwan

Siapa Izamir Ridzwan?

Ntah , mais pon tak tahu siapa Izamir Ridzwan tu [maaf.nie pengakuan jujur dari sy ]. tapi sekarang mais dh kenal siapa Izamir Ridzwan tu. huhuhu.. Ini semua disebabkan mais telah ditag oleh Fyna untuk join " Mari sertai Bloglist Izamir Ridzwan"

Kalo korang nak tahu, makan masa juga lah mais nak join segmen nie. Sebab mais memang tak pernah baca N3 Izamir Ridzwan. Jadi mais pergi kat "search by label" Izamir Ridzuan and terus klik Cinta n Personal. 

wahhh,,,sungguh menarik. dari satu N3 ke satu n3 mais baca. Tak heran lah follower dia dh mencecah 792 [ the latest follower yg mais tngok ]. Memang best.

*******************

Jadi sekarang mais nak join contest tue. kalo korang nak tahu lebih lanjut boleh lah ke blog izamir ridzwan

* sudah semestinya mais SI JELITA.

* Pada mais blog Izamir Ridzuan menarik, Tengok Header pon dah tertarik macam nak satu jer Bee yang Izamir buat tue. hehe. Yang penting loading pon tak menjadi masalah. cepat je. Penulisan memang cantik lah. Tak macam mais serabut semacam je dan background tidak menyakitkan mata mais. Tenang je.

* Oleh sebab mais banyak luangkan masa di N3 Personal and Cinta. Maka dengan tak segan mais memilih n3 tersebut [ untuk mengenali seseorang tu kita kenalah tahu siapa dia, jadi sebab tue  lah mais pilih n3 macam tu untuk terjah buat pertama kali ]

* alamak nak tag sapa yer? urm.. kelip-kelipan , yana , aida4eve , [ harap korang sudi]

p/s: gud luck tok Izamir Ridzuan, jangan lupa vote IR sebab IR layak ke pusingan kedua 2 no 40 tau..Apa2 info sila ke http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/


Monday, December 20, 2010

Pandai buat anak sampai berderit setahun sekali, tapi jaga anak tak reti!

" Bapak ko ni, pandai buat anak. tapi tak reti jaga anak! aku report polis, baru ko tahu! Main2 lah dengan aku! bla...bla...bla.... "



Marah betul pak cik sebelah rumah aku ni dengan budak tu. Bahasa memang cantik lah. Rasa macam tak padan dengan usia pakcik. Terkejut betul aku. Macam tak sangka, selalu bila sembang dengan aku. Sopan je bahasa nya. Tapi bila muncul budak tu. Ha...terkesima aku.

Tapi tu dulu punya cerita, sekarang aku dah tak terkesima. Bila kena kat batang hidung sendiri. Mulalah rasa macam nak cincang je budak-budak tu. Baru aku tahu perasaan pak cik tu. [asallah aku lambat sangat tahu perangai budak2 tu macam t*** kot ]. Memang layak lah word tu tok korang. Sekarang keluarga aku pulak tengah mengamuk. Sampai aku-aku sekali pon naik angin. Geram betul. 

********************

Ada benar juga kata pakcik tu. Anak adalah amanah. Maka dah jadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencoraknya. Jika cantik / molek coraknya maka cantiklah akhlak nya begitu juga sebaliknya. Tapi aku yakin setiap ibu bapa inginkan anak yang cantik /molek tingkah lakunya. Jadi pikullah amanah tue dengan sebaik-baiknya.   

Sunday, December 19, 2010

Opps,,,jatuh hati pada Irine Nadia Marcello

Semakin menarik dan seronok rupanya bila ada blog sendiri nie. Terutama bila kita buat segmen 'blogwalking'. Macam-macam kita dapat. Kita dapat tahu kisah orang tu, orang nie. Tapi yang betul2 buat aku tertarik, seorang blogger ni. Kira dah jatuh hati padanya. Korang jangan salah faham pulak k. Aku bukan lesbian tau. hahaha...

Aku suka tengok pic  Cik Irine. Macam-macam gaya ada. Semuanya bersahaja je. Tak kira lah macam mana gaya Cik Irine, semua buat aku terpegun. N3 dia jangan cakap lah. Memang menarik. Cara penyampaian cerita pon menarik. Ada cara tersendiri. Jeles betul aku dibuatnya. Teringin pulak nak tengok Cik Irine nie secara live. 

Kalo korang tak percaya dan masih tak kenal siapa Cik Irine Nadia Marcello nie. Memang rugilah. So apa lagi pergi lah terjah. Sila lah klik kat Irine Nadia Marcello.

Inilah Cik Irine Nadia Marcello
[ aku dapat pic nie kat google. aku search nama Cik Irine. Terus kuar pic dia macam2. so terbuktikan memang Hot kan dia ni ]

Aku suggest kat korang, N3 yang terbaik pernah aku jumpe iaitu N3 dup dap dup dap tapi lepas tue korang kena follow cerita seterusnya k sebab dah masuk episod 3 [last]. Memang tak kan hampakan korang. [ kretif betul Cik Irine nie ]


Thursday, December 16, 2010

Virus menyerang, jaga-jaga semua.

Rasa macam nak cabut je hidung ni. Lepas tue letak vanish. Bersih cikit. Tak de lah dari tadi dok terbersih je. Serius memang tak larat. Sikit-sikit nak bersih. Sikit-sikit nak batuk. Sampai anak tekak pon dah sakit. Dugaan-dugaan. Bila semua ini akan berakhir? Baru je sampai KL beberapa hari dah jadi macam nie. 

Bila malam jer, mula lah muka merah semacam. Dah macam apa ntah. Badan nak kata panas. Macam ya macam tidak. Ala, malas lah nak dilayankanya. Kang kalau dilayankan makin melarat pulak. Tapi kalau tak dilayankan bertambah teruk satu hal pulak. Tak pasal-pasal sekali lagi kena tinggal tak dapat pergi PD. Family seronok mandi manda kat sana, yang kita ni terlantar kat hospital sorang-sorang. Seram2.


Oooo...tidakkkk! aku tak nak sejarah berulang kali kedua. Ubat...ubat....ubat....di makan ko! aku nak makan ko nie.....

Wednesday, December 15, 2010

Asal susah sangat nak mengaku dia awek ko erk!

" Haa, kan tak pasal-pasal kena tinggal. Sampai air mata darah pon dia tak akan balik kat hang lah. Dah terlambat k. "

Tak ade kaitan dengan Cik Heliza tau.

Itulah siapa suruh  tak nak mengaku. Dah sedar diri tu dah ber'awek' yang asyik cakap 'dia bukan awek aku lah bro, kawan aku je tue' . Lebih 44 kali memang betul lah dia jadi kawan hang. Aku tahu dia tak secantik Maya Karin ataupun Lisa Surihani yang hang dok tergila-gilakan tue. Tapi  hati dia lebih cantik dari raup wajah dorang semua k. Aku berani cakap sebab bukan sekali dua hang cakap dia kawan hang tapi dah beratus2 kali kot. Tapi dia masih terima lagi kat hang. Kalau akulah, memang aku campak jauh-jauh kot. Yang aku heran, yang hang susah sangat nak ngaku tue apa pasai? Baik tak payah couple macam tue. Betul tak?  Bila dah jadi macam nie baru hang terhegih2 nak balik kat dia. Maaf seribu kali maaflah lah. Keputusan bukan kat tangan aku tapi kat tangan dia k.  

Senang cerita :

Bila dapat awek cun nak heboh satu kampung, bila dapat awek sedang2 cukup 2-3 orang tahu sudah lah, bila tak ada awek sibuk nak cari awek, bila dah ada awek macam nie pulak. manusia...manusia....

mais minat heliza.comel!!!

p/s: Janganlah kita lihat pada paras rupa semata2 kerna kecantikan seseorang itu tidak akan kekal untuk selamanya melainkan kecantikan itu datang dari hati.

Jom kita berkenalan by Ben Ashaari

Tak tahu nak buat apa petang-petang  macam nie? Samalah macam mais. Mais pon tak tahu nak buat apa. Hari pulak tengah hujan. Kalau tidor memang best. Tapi mais tak dapat tidor la pulak. So, mais ambil peluang hadap laptop jap. Manalah tahu ada citer best. 

Akhirnya mais jumpa. Memang menarik dan kebetulan memang mais sedang fikirkan. Macam tahu-tahu je En. Ben kita ni. Apa lagi cepat lah korang, kita join sama2 k.


ok, kat sini en.ben ada menyediakan beberapa soalan, So mais memang kena jawaplah.
  1. Bila mula buat blog?                                                                                                                                                                                                                                             [ Mais mula aktifkan blog ini pada bulan 11/2010 tetapi first N3 mais adalah pada 9/12/2010 ]
  2. Jumlah follower sekarang ini...                                                                                                             [ Memang ikutkan ada 6 orang, tapi tolak mais sendiri jadi 5 orang lah ]
  3. Berapa trafik harian?                                                                                                                      [ tak banyak, kadang-kadang 3-5 sahaja ]
  4. Sehari berapa entri?                                                                                                                                                    [ setakat nie mais buat entry satu hari sekali ]
  5. Blog yang mais suka baca ada banyak. dan salah satunya semestinya Blog En.Ben dan Cik Epal.
ok. siap sudah N3 kali nie. Mais harap is berhasil. Dan terima kasih tok En. Ben sebab bagi peluang kepada kami.

kata2 untuk reader yang bakal singgah nanti " salam perkenalan dari mais "

Monday, December 13, 2010

Kuala Lumpur Bergegar!!!

Horeyyy....... Mais balik rumah malam ini. Tak sabar mais nak makan jagung rebus bapak mais tanam. Sedapnya....

Mak : haa, kamu nie balik bila?

Mais: Malam nie mak. Naik bas kol 10.30 malam dari changlun.

Mak: ooo, nanti bolehlah mak rebus jagung. Makan sama2 nanti. Tapi abang kamu dah balik Kelantan lah. 
         Kamu lambat sangat baliknya.

Mais: la ye ker? abang nie pon satu. Kalo ye pon tunggulah adik dia nie...sedihnya.

Tak apa abang. Balik dulu erk. Ni yang rasa macam nak merajuk ni. [dalam hati cakap baguslah juga abang balik dulu, tak payahlah mais pulangkan apa yang abang nak] . Nasib abang lah dapat adik yang nakal mcam nie.

ok..sepanjang mais melepak kat kampus nie. Macam2 aktiviti lah mais buat dengan kawan2 mais. Memekak, Melalak, Mengorat. Senang cakap segalang meng...lah kami buat bersama. Yang terbaru hari sabtu hari tu. Kami melantak di kenduri kawin kawan mais punya kawan. Kenyang perut mais. hahaha....syukur rezeki jangan ditolak.

Tapi yang tak tahannya, mais kena naik bas yang dah macam naik kuda. Terlompat2. Aduh, penat betul mais, Sakit tulang2 mais. Berlaga satu sama lain. Tapi tak apa, semuanya pengalaman bagi mais. Dah lama tak naik bas macam tue.

 Inilah pengantin tu..cantik tak korang. Mais tengok pon jeles. memang betol2 cantik lah....suka2..


 Sedang menanti ketibaan pengantin. Manalah mereka nie. Mais tak sabardah nak  renjis2 nie...


 Jangan terkejut. Ini majlis mais tau. Bukan majlis orang sebelah mais tu..[perasan ]

Nie buat tanda kat situ. Dia pon kawan mais. tapi korang jangan pandai nak ngorat pulak. Dia dah berpunya tau. Bf kawan mais.[ jahat kan dia, buat isyarat macam tu ..dush ]


tak sempat mais nak main renjis2 sebab dah lewat sangat lah. Tapi mais sempat lah tengok pengantin laki nya. smart gitu. Bukan tue jer. Nampak tak beg comel tue. Jangan jeles mais n kawan2 mais dapat tau. Korang tak dapat.hahah.

 surprise......cantik kat pemandangan belakang tue.? cantik kan? hehe...nie kami sempat berposing depan rumah angah. Nyaman nyer. Siapa angah tue? Nak tahu yang pakai seluar tue lah angah. Pape pon thanks angh n kek yang angah buat tue memang sedap. Next time buat lagi tau. huhuhu

 Mais sukakanya. Dan kami sayang kamu semua. Mxuahhh...

comel tak kami?...comel kan?..perasan je lebih.

bilalah putera mais nak datang nie? Penat mais tunggu...[ cakap dalam hati jer, takut orang tahu ]

Ok. takat tue jer N3 mais kali nie. dan doakan mais selamat sampai rumah tau. Mais naik bas jam 10.30 malam. Kalo nak jumpa mais boleh lah tunggu kat Bukit Jalil nantie. hehhe..daaaa..

p/s: terima kasih shida sebab ajak sara g jalan2 dan terima kasih semua. Memang best sangat.

Sunday, December 12, 2010

Jangan Kalut. Buruk padahnya!

"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih"  termakbur doa mais.


 Syukur...

Sebelom mais nak bercerita apa yang terjadi dekat diri mais. Mais nak beri nasihat sedikit kepada korang. 

[ Jangan sesekali kalut ketika membeli barang. Pilih yang korang rasa perlu sahaja. Yang merepek2 tu tok sah lah korang gatal2 nak beli. Membazir je. Lagi satu, koarang kena ingat. korang beli barang tu pakai duit k, bukan pakai daun yang boleh petik kat pokok tu. Kalau duit boleh petik kat pokok tu dah lama dah mais buat. Bukan takat tu jer, satu shopping complex tu mais boleh beli..hehe ]


Ingat tu korang. Jangan jadi macam mais nie. Beli barang mesti kalut [mengelabah]. Semua benda nak. Dah boleh borong satu kedai je. Bila sampai kat kaunter, duit semua terabur. Macam dah banyak sangat je duit. Sedangkan ada berapa je. Berlagak je lebih mais nie.

Bila sampai bilik. Mais memang suka check balik barang mais. Nak tengok apa yang mais beli sampai amount sekian2 boleh habis. Barang bukan banyak pon tapi  harga [ mak aiii macam tak lojik je ]. Bila dah check barang. Mais akan check balance mais pulak. haaa!!! kenapa kurang sekian2 nie? kemana pergi nie? ya Allah...Masa tu mula lah nak meraung.


Banyaknya duit dia..aku kaya!


Lepas tu, habis satu almari mais check. Setiap beg plastik mais check. Senang cakap setiap sudut lah. Sampaikan disepanjang jalan mais cari. Masuk kedai sini. Masuk kedai situ. Mais cuba nak ingat kedai mana mais masuk dan pada masa tu mais ada buat pembayaran. 

Akhirnya. mais berjaya juga. Mais dapat balik duit masih yang tercicir tadi. Syukur sangat2. dan terima kasih kepada tuan punya kedai. Sebab simpankan duit mais. Lepas nie mais tak akan kalut lagi lah. Tobat tak nak buat dah. Lepas keluar je dari kedai, mais akan check balik balance. Duit bukan senang nak cari, kalau daun jangan cakaplah, memang berlambak.


Usaha tangga kejayaan.
[ inilah kawan2ku.~sue~mais~shida ]

p/s: senyum selalu. jangan bermasam muka. Tengok muka mais. Buruk betul berkerut macam tu [budak merah]

Friday, December 10, 2010

Bila Lisa Surihani tunjuk taring.

cantik dan smart.


Gandingan yang cukup menarik dalam Mari Menari di Astro Ria. Mais percaya korang semua sedia maklum tentang rancangan nie. Betol tak? Ala lebih kurang macam Sehati Berdansa. Cuma konsep Mari Menari ni berbeza sedikit dari Sehati Berdansa. 


Mais bukan nak cerita pasal rancangan Mari Menari ni tau. Tapi Mais nak cerita mengenai pengacara Mari Menari ni. Macam tak percaya je bila Mais tengok Lisa Surihani menari tadi. Comel pon ada, Kelakar pon ada juga. Opps... maaf lah Lisa. Mais tak niat nak pun nak kutuk. Maklumlah setiap orang ada pandangan dia sendiri kan?


"Vanekem"


Masa Mais tengok rancangan nie, dorang bawa konsep Bollywood @ Kollywood. Haa Kollywood?. Korang pernah dengar tak? Mula2 Mais dengar macam pelik juga. First time dengar Kollywood. Bila Mais tanya kawan Mais. Kami pun buat andaian sendiri. Tup..tup..akhirnya kami betul. Ala, lebih kurang macam Bollywood juga cuma nie versi tarian tamil cikit. 

Yang buat Mais geram tu. Pasangan yang Mais minat dapat lagu kurang best. Yang Mais kurang minat tu pulak yang dapat lagu best. ish... menci betol la mais. Geram...geram... tapi nak buat macam mana kan. Lagu tu semua dah ditetapkan. Tak pe lah, next time mais harap pasangan yang Mais minat buat yang terbaik tau. Tak kira lah, lagu best ke atau lagu macam hampeh. Korang layankan je. Korang memang layak sebab korang memang pandai menari. Jeles mais. 


Lembutkan jari jemari cikit cik kak n en abang.


p/s: tak kisah lah Lisa menari macam mana. Mais tetap sokong Lisa. ewahh....


Jangan salahkan jari jemari.

Hai semua..

Syukur alhamdulillah. Akhirnya Mais berjaya wujudkan Maiz In De House. Walaupun agak simple dan ilmu di dada masih sedikit. Tapi sekurang2nya Mais mencuba sesuatu yang baru. Betol Tak?. 

Kepada rakan blogger yang lain. Sila-silalah menyudikan diri anda untuk singgah sebentar bersama Mais. Jika ada sebarang komen atau teguran. Mais memang alu2kan. Jangan takut. Mais tak marah pon. Malah mais lagi suka.

So jangan lupa nantikan N3 seterusnya dari Mais.

Bye. Mmuahh...