tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Thursday, January 27, 2011

Opps.... kain terlucut sudah !

No… no … no … no double meaning k. haha…

Jangan salah faham, cheq sama sekali tidak akan memaparkan aksi lucah mahupun cerita yang berunsur lucah. Ish, tak elok tau. Sebenarnya cheq nak habaq kat hampa semua satu rahsia. Cheq rasa hampa mesti suka. Tapi hampa semua jangan pandai-pandai nak gelak kat cheq pulak. Kang tak pasai-pasai dapat lima piring cantik dari cheq.

Baik lah ! urm, cheq nak habaq kat hampa ni,  hampa dengar tau .

 “  la nie cheq dah pandai pakai kain batik tau, jangan jeles   haha…



So, sekarang cheq dah boleh tergolong dalam kategori Perempuan Melayu Terakhir la. Betol tak? Hihi. Sukanya cheq. Tak sangka cheq, lepas ini cheq nak beli banyak-banyak kain batik. Tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa cheq  nak pakai. Poyo jer.


Cheq sebenarnya tak pernah terfikir pun nak pakai kain batik. Al maklumlah, perangai cheq nie tidak selembut perempuan melayu terakhir. Mula-mula cheq pakai kain batik, habis satu rumah kecoh. Ye lah, sepanjang 23 tahun berapa hari ntah baru la nie tergedik-gedik nak pakai kain batik. Itu pun sebab panahan gatal satu badan masa cheq pergi bercuti dengan family dekat PD. [ kulit sensitive ]

Kalau hampa tak percaya, ini adalah kata-kata pujian daripada family cheq :

Kakak Cheq :  
kamu nie kenapa sarah?  Berkain batik bagai . Dah macam bibik [ orang gaji ] je .

Budak comel Bathrisya :  
Eh, kak sara. Kenapa kak sara pakai nie? Kak sara kenapa?

Budak comel Arif :
Kak sara kenapa pakai macam mama je?
[ maksudnya kenapa pakai kain batik macam mak dia pakai lah ]

Mak Cheq :
Nie kenapa pakai kain batik nie? Tak pernah-pernah pakai tiba –tiba pakai . Apa pasal ni ?

Ayah cheq:
Sara tu kenapa berkain batik ? Tak pernah-pernah berkain batik. Nie berkain batik pulak.

Adik Cheq:
Ko nie kenapa? Tak sihat ker? Berkain batik. Buruk bebenor.


Haa ... Tengoklah, bila cheq dah berubah nak jadi perempuan melayu terakhir, semua orang pelik. Tapi bila sedara cheq yang duduk kat johor tu berkain batik semua orang tak kecoh macam ni pon. Siap kena puji lagi tu. Bila cheq pakai siap kena kutuk pula. Siap cakap “ tengok si aween tu, manis je berkain batik, yang kamu ni sara . Jangan harap lah, kain batik sehelai pon tak ada dalam almari .”

Teringat masa sedara cheq datang umah :

“sara, kita nak pinjam kain batik kamu kejap”

“ haaa, kain batik ? hehe,, kejap erk, sara ambik dekat bilik mak.” Haha…



Baik la ! pada cheq la kan, berkain batik atau pun tidak, itu bukan isu  utama. Sebenarnya itu mengikut kesesuaian masing-masing. Terpulang kepada anda nak pakai kain batik atau seluar. Tidak ada undang-undang pun yang melarang anda untuk membuat pilihan sama ada berkain batik atau berseluar. Walau apa-apa pun, saya tetap memilih seluar. Hahaha…..

p/s : sara tue adalah nama sebenar cheq..huhu...
p/s : hampa suka pic yg mner satu? sila bagi pendapat.

Tuesday, January 25, 2011

Cuba mencari mood, Aiman danial menjadi mangsa.

Dah tak ada keja ker saya ni? Sebenarnya ada tapi masih mencari mood. Exercise masih tertunggak. Assignment bertambah. Tunggu masa untuk di cuit dengan manja je. haha. . .  

Jom kita layan. Tak menarik pun. Tapi disebabkan kecomelan anak buah saya nie, tambah-tambah saya tak ada mood, membuatkan saya bertambah-tambah rindu dan gatal tangan nak buat benda merepek ni. haha.. Maaf lah, saya tak pro,  main buat je. Kalau nak kututk pun boleh. Memang dialu-alukan.


 Pandang sapa tue aiman?


Eh, aiman ada dua lah. hehehe...

Dalam tempoh hampir sejam. Dua pic sahaja yang terhasil. Memang tak produktif langsung. Tak apa lah, sapa2 yang sudi jagi cikgu saya. Saya dengan besar hati tadah tangan. hehe. [ betul ker ayat saya tu yer ]

opps lupa nak ketak gambar yang asal. Ini dia.

Yang nie pic yang paling atas sekali. Tak banyak beza kan?


Yang nie pulak pic yang kedua. Tak tahu nak cakap apa . hehe

oh ya! sebelum terlupa lagi, Terima kasih daun keladi. Esok lusa jumpa lagi. Awesome ~

Sesi luahan perasaan

Assalamualaikum...

Boleh saya tanya sesuatu kepada anda? 

Kalau jawapan anda Ya atau Silakan, saya ucapkan terima kasih. Tapi kalau jawapan anda Tidak atau Malas / seangkatan dengan itu. Tidak mengapa, saya ucapkan terima kasih  kerana anda masih sudi singgah ke blog saya. 

Untuk pengetahuaan anda, saya tidak memaksa anda untuk membaca apa yang ingin saya perkatakan disini. Saya cuma memerlukan pendapat anda yang budiman. Itu sahaja. 

  • Boleh saya tahu? Pernah atau tidak anda merasakan yang diri anda berada dalam keadaan yang betul-betul merunsingkan sehingga anda tidak pasti apa yang perlu anda lakukan sekarang.

Itu sahaja soalan saya. Mudah! Namun bagi saya ia amat bermakna. Tapi ia terpulang kepada anda untuk melihat dari sudut mana. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan setiap pendapat anda, saya akan terima dengan hati terbuka. 




p/s: Maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan adalah tidak tepat. Sememangnya saya sekarang berada dalam keadaan sedemikian. Masih memerlukan masa untuk memikirkannya. TQ 

Sunday, January 23, 2011

Terbaik dari Ayu Raudhah & Zaquan Adha ~ hot sangat2

Ya Allah, cantiknya! Sumpah tak tipu. Ayu Raudhah memamg cantik. Lagi-lagi pakai baju yang memang hot habis la. Tak puas rasanya. Berpuluh kali juga lah saya tengok Ayu Raudhah. Cantik dari biasa. Rasa macam nak pinjam je baju dia tu. Jeles habis la i cakap sama u...


Kalau korang nak tahu. Saya pernah cakap " eee,,,tak cantiknya . kenapa make up macam tu? tak best lah. Ayu tu kan cantik, make up macam tu dah macam apa ntah ". Masa  tu saya tengok gambar pernikahan ayu dekat muka depan  surat khabar dot...dot...dot....  Memang saya tak setuju.  Tapi sekarang bila saya tengok sendiri gambar Ayu Raudhah. Terkejut sangat -sangat. Ya Allah, cantik. Bila digandingan dengan suami tercinta ayu. awesome !!! 


Cantik kan? Kenapa lah saya boleh tertipu dengan gambar dekat surat khabar tu? Kenapa dan kenapa ? haha...



Tergoda pulak bila saya tengok gambar yang ni. Terselah kecantikan ayu dan kekacakan Zaquan. Urm. mula lah saya nak berangan. hahah..


Sama cantik sama encem. Boleh tak saya nak cakap macam tu? Boleh kan ? Sebab tak jadi satu kesalahan kot.

Cantik! nak pinjam lah baju Ayu kejap. Rasa-rasa dapat tak? haha. Berangan lebih . Tapi ok pe sebab color baju ayu tu dah la memang menjadi pilihan saya sekarang ni . Sejak saya mula jatuh hati dengan color pink . hehe..


Pandai betul photographer tue snap gambar ayu. Credit to Asmady Ahmad. Cantik dan halus kerja anda. Saya sukakanya.


Haa. korang jeles tak tengok pic kat atas tu? Jeles kan? Rasa-rasa saya boleh dapat baju macam Ayu Raudhah tak? haha. soklan cepu emas nampak . huhuhu


Satu lagi color yang memang dalam senarai saya. Bertambah2 jeles saya rasa. Ayu memang ayu. hehehe...


ok ! dah habis dah. Seronok tak? Pasti seronok kan? Lepas nie korang boleh lah pasang anggan -anggan korang nak buat baju weeding macam mana. Betol tak? Nak sebijik macam Ayu Raudhah ke? Tak pun nak lebih hot dari Ayu. Itu terpulang pada korang. Janji duit ada. So jangan nak berangan jer. Siapa yang masih belajar tu. Belajar elok2 dan kumpul duet banyak2. haha...

Haa ! sebelum terlupa. Saya sara,  dengan penuh ikhlasnya mendoakan kebahagian Ayu Raudhah bersama suami tercinta Zaquan Adha semoga kebahgiaan ini kekal sehingga akhir hayat. Amin. 

p/s : Credit kepada semua photographer . Gambar semua memang cantik sangat.

Saturday, January 22, 2011

Siapa Najwa Latif? Ada persamaan ker dengan Hanis Zalikha, Fatin Liyana dan Cik Epal ? Jom terjah.

Assalamualaikum...

Mungkin ada sesetengah daripada anda pernah  terdengar orang menyebut tentang Najwa Latif. Dan mungkin juga tidak. Kenapa saya berkata sedemikian? Pasti ada perkara menarik kan? Tapi saya tak akan terkejut lah kalau ramai daripada anda mengatakan yang anda mengenali Najwa Latif . Seorang blogger yang muda dan penggunaan bahasa yang cukup indah. Cukup menarik. 


Header blog Najwa Latif.

Kalau nak di ikutkan Najwa Latif masih baru bergelar 'blogger'. Tapi bila kita tengok follower dah mencecah angka 1 k. Percaya tak?  Jadi kira Najwa Latif boleh duduk sebaris dengan Hanis Zalikha, Fatin Liyana , dan Cik Epal  la. Insya Allah. 


 Account Youtube Najwa Latif

Seperti blogger lain juga, Najwa Latif mempunyai cara tersendiri dan peminatnya tersendiri. Kalau diikutkan cara Najwa Latif mungkin agak unik sedikit. Kenapa nyer? ok, kalau korang nak tahu sebenarnya Najwa Latif mempunyai account Youtube sendiri. Bila korang klik jer link Youtube Najwa Latif korang akan mendengar suara Najwa yang unik. Pasti korang akan terhibur. Kat situ pun dah ramai orang yang view. Berpuluh ribu juga lah. Hebat kan dia?



Page Facebook Najwa Latif

Ha ! nampak tak. Siapa cakap Najwa Latif tak ada Page Facebook. Ada tau, dekat situlah selalu Najwa Latif update segala aktiviti yang bakal dia buat. Tak kira lah perform ker atau update blog. So kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Najwa Latif, boleh lah korang Like page dia. Memang tak rugi lah saya cakap. 


Ini lah Najwa Latif

Baiklah ! sebelom apa2. Saya ada padangan saya sendiri tentang Najwa Latif ni. 

Pada saya kan, Najwa Latif bijak menggunakan peluang yang ada. Dia juga tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menempuh hari akan datang. Segala aktiviti yang dia lakukan banyak memberi kesan positif dan sememangnya layak untuk dijadikan contoh kepada remaja masa kini. Satu langkah yang bijak Najwa Latif. Tahniah untuk anda! 


Oh ye sebelom saya terlupa , Ini ada link ke blog Najwalatif , cikepal , haniszalikha dan fatinliyana.


Jangan malas2 k!. sayang kamu semua.



CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Tengah hari  semua. Kira tengah hari lah kan sebab mais update N3 nie around 12 pm .haha. Ada2 je lah kan. Ok! mais nak habaq benda penting nie. Cepat2 rapatkan diri anda ke screen laptop. haha. mais nak bisik nie. 

" mais join contest Pic Hitam Putih paling Cool ! "

Ha! dah tahu kan rahsia mais. Jadi apa lagi , cepat lah join.  Cepat2,  kalo tak melepas. Rugi tau. So kepada sapa-sapa yang berminat sila klik SINI 


haa yang nie menarik cikit. Baca dengan teliti tau " Kalau saya menang, saya nak borong donut big apple" sebab apa? sebab hari itu saya kuar g jalan2 teringin makan  big apple tapi malangnya masa tu saya demam. Langsung xleh nak telan. so bila dah baik dari demam mengidam lah pula sampai termimpi-mimpi. Itu sebab saya nk borong satu kedai big apple.

ok, time to menge' tag' orang plak. . Harap-harap sudi lah.

Orang pertama yang mais nak tag adalah member mais sendiri Shidot nama nya. Dia adalah orang yang paling wajib mais tag sebab mais suka. hahaha. ok seterusnya,


Siap sudah!. harap korang semua enjoy. tata C u next N3 .

Rindu yang teramat.

Assalamulaikum...

Rindunya kat korang semua. Terharu sangat2, akhirnya dapat jugak mais buka blog mais ni. Hampir seminggu rasanya mais tak update blog. Blogwalking jangan cakap lah. Hanya beberapa orang je mais sempat singgah. Dan yang paling penting mais dah sihat sepenuhnya. Tapi sepenuh ker? Tak juga lah sebab batuk mais tak hilang lagi. Masih ada cikit2. Esok lusa hilang la tu. Insya Allah. 

 Ha! balik pasal blog. Korang nak tahu tak kenapa mais tak dapat buka blog mais.  Nak tahu kenapa?

  • mais cuba nak masuk account blog nie guna wireless kampus tapi asyik error je. Naik tension mais. Siap ada orang tu kena marah dengan mais. Tak pasal2 kan. Cian dia, tak ada kaitan pon dengan dia, tapi dia pula yang kena marah. hahaha.

  • mais bz dengan minggu add drop. maklumlah dah masuk sem baru kan. Jadi kena susun jadual biar cantik tapi hasilnya masih sama. Tambah buruk adalah. Setiap hari mais ada class. hehe.

Ah! apa lagi. Bila dah dapat masuk kat tempat puaka nie [ gelaran blog mais masa mais tak dpt tembus ke sini ]  memang banyak yang mais nak share dengan korang semua. Tapi mais rasa, dua hari pon tak habis kot. hehe.

Sibuk betolkan tudung. Al maklumlah sem baru. Tapi baju lama. hahaa..

Tengok...tengok...tengok tu, korang nampak tak? Disebabkan dah sebulan mais cuti sem. Mais nak pakai tudung pon dah tak reti.  Tudung tu memang mais akui la. Memang payah sangat nak dibentuk bila mais pakai spek. Dia tak nak muncung la kat atas tu. Asyik leper je. Dah macam bola je mais tengok . Al maklumlah , tudung tu memang mais pakai untuk pergi kuliah jer. Jadi kalo mais cuti sem 3 bulan. Kira baju2 tu dan tudung tu memang tak akan disentuh selama 3 bulan. hahaha...


Itulah page pengemuda DPP EON UUM. Semakin ramai yang like Page nie. Makin femes lah.

Sapa tu? korang kenal tak? Kalo korang nie kaki nasyid mesti korang kenal siapa dia ni. Sebab "Pengemuda" mais yang baru nie salah seorang ahli kumpulan nasyid. So korang teka lah sendiri. hehe.  

Sekarang nie, mais nak bergosip pulak. Sejak pengemuda yang baru nie. Meriah semacam jer penghuni DPP mais. Al maklumlah selepas roadshow bersama felo semua sibuk nak like PAGE pengetua DPP EON UUM. Ye la korang. First time kot DPP kami dapat felo yang masih bujang. So dari PENGETUA ditukar kepada PENGEMUDA.  Kreatif betul pengemuda kami tu. Yang paling best tu, de 88 projek dan program yang perlu kami bz2kan diri untuk sem nie. Cayalah. Mesti hebatkan. Sebelum2 nie pon banyak juga aktiviti yang kitaorang kena buat cuma sem nie lain cikit. PENGEMUDA katakan! hehehe

ok, dah habis dah. Setakat itu je lah cerita mais. Harap korang semua enjoy. Akhir kata dari mais "Sayangi lah diri anda dan DPP EON ". hahaha..

p/s: Terima kasih kepada shida sebab sudi bagi pinjam berokband. Kalo tak berbulan2 lah tak update blog. Esok lusa leh pinjam lagi. hahaha...





Friday, January 14, 2011

Luahan hati. Demam lagi!

Salam semua. Sihat? hari ini dah masuk hari ke-4 i demam. Agak kepelikan jugak, sebab selalunya i memang jarang demam. Boleh dikiralah berapa kali i demam. Memang akan selang bertahun-tahun. Hari tu i baru je demam, kali ini pon i demam lagi. Memang betul2 pelik la. Family i pon pelik jugak tengok i. Takut i di serang dengi lagi. Tapi Alhamdulillah, i demam biasa je. Itu i agak2 je lah sebab i tak g jumpa doktor pon. Tak berani lah i. hehe..



Demam-demam pon hari tu i sempat kuar g mid valley tau.Tengok wayang lagi. hehe.  Masa itu hari ke-2 i demam. I fikir , i akan cepat elok  tapi rupanya tambah teruk. Yang paling i tak lupa tu, masa itu i kat masjid mana ntah Mr.penyu bawak i. I nak solat maghrib, nasib baik lah masa tue i solat awal. Esok je i habis solat. I ingat nak rehat-rehat kat masjid. Tapi i buat bising pulak. Batuk tak henti masa kaum adam tengah solat. Agak lama jugak lah, ale2 i lari ke toilet. Habis apa yang i makan tadi semua kuar balik. Memang rugi. Dahla masa tu i memang tengah lapar. Bila dah kuar balik bertambah-tambah lapar lah i. Balik je rumah i bedal burge 1. Tapi masih sama.Selama beberapa hari i berpuasa dari makan. 1 pun tak jalan. Perut i betul2 tengah lapar sekarang ni.  =(

p/s: Betul kata kawan Mr.penyu. Sebelum masuk kawasan rumah Mr. penyu kena berperang dulu baru boleh masuk. Seram betul i bila abang2 encem tu pegang senapang gedabak macam tu. Tobat tak nak g dah. Haha..

Monday, January 10, 2011

Tarik nafas laju-laju.

Fuh, macam tak cukup oksigen je i rasa. Pape pon syukur alhamdulillah. Semuanya dah terjawap. i sempat kutip balik jantung i yang berguguran tu. haha. Sumpah i cakap, memang cuak betul i nak tengok result i tadi. Al maklumlah, i try bukak portal UUM dari semalam. Tapi nak nampak word 'portal uum' macam dalam mimpi je. Mula lah i fikir yang bukan2. Gagal ker? Oh my god. Tidak-tidak. I memang tak boleh terima. Tapi sekarang i syukur sangat2 semuanya dah terjawab.


So, i dah pasang  azam untuk sem akan datang :

  1. tak mo ponteng2 class lagi
  2. tido awal dan bangun awal
  3. kurus kan badan mu yang agak berisi tu [ish2]
  4. Bf majok wat tak tahu jer biar dia pujuk sendiri. hahaha
  5. n lalalala~
p/s: amin n Insya Allah...chayok2..

Terasa diri nie seperti di permainkan disaat Ana Raffali meraih kemenangan AJL 25.

Salam readers. i nak share something dengan korang semua. I nak tanya sesuatu yang selama ini i rasa  ia adalah benar tapi cuba dinafikan. Korang pernah tak rasa macam diri ini diperbodohkan, dipermainkan dan macam-macam lagi. I tak tahu kenapa malam ni, di saat Ana Raffali menyambut kemenangan AJL 25 dengan senyuman. I pulak menyambut kemenangan Ana Raffali dengan kesedihan. Memang betul2 buat i menyampah.

 muka i lebih kurang macam nie lah time sedih. [perasan lebih je i nie ]

I tak boleh katakan yang i nie tak percayakan 'dia'.  Tapi kan, bila i tengok cara 'dia' rasa macam ada benda yang tak kena. Seolah2 'dia' ada sembunyikan sesuatu pada i. So, apa yang patut i buat ye. Nak kata ia tak menyakitkan hati i, tipu lah. I memang betol2 sakit hati dengan 'dia'. I rasa dah tiba masanya i perlu berdikari dan lari jauh daripadanya. Bak kata orag ' tak mudah untuk kita perolehi cinta sejati dan banyak halangan yang perlu dilalui dari hari ke hari . Ia benar-benar menguji kesetiaan dan ikhlasan diri kita '.

p/s: Tabahkan hati untuk menempuhi segala yang terjadi.

Sehari suntuk bersama MY BFF ~ Hanisah Aini.

Salam readers, How are u today? Everything is a great? Actually i don't how to realize what i felling rite now. Alhamdulliah, i'm so happy. Even sampai sekarang pon i masih terasa seronok nya. Yup, i akan ingat every moment with her. She is a good friend and i hope our relationship never end. That it!

 Kuat makan tapi badan maintain je. Jeles betol i dengan u nie.

Who is she? . Oke, I called her 'anys'. i kawan dengan dia since 2006. If i not mistaken. I kenal pon masa tu i kena tukar class [time diploma in CICT] . I memang tak kenal sapa2 pon dalam class tu. So, i try find someone to be my friend and i found her. Syukur, Alhamdulillah.  I jumpa dengan seorang kawan yang baik dan kami selalu bersaing. Tapi kami bersaing secara sihat k. Gado-gado memang tak ada dalam kamus kami. hehe...

 Sorry, pic ni bukan yang hari tu i kuar dengan anys. Time tu kitaorang tak sempat nak posing pon. 

Oke, kalo korang nak tahu. Kitaorang lepak2 kat Mid Valley je . Tengok movie, makan-makan dan round- round cari pakwe. haha..Bila lagi kami nak perasan single kan. Betol tak? Apa lagi, gosip time lah. Cerita itu ini. Memang tak pandang sekeliling dah, kalo kami terserempak dengan BF kami masing-masing mybe tak akan perasan kot. Kitaorang rasa macam dunia nie macam kami yang punya.haha...


Apa2 pon, korang jangan lupa tengok ' The Tourist ' tau. Memang best dan ada sedikit rasa tertipu pon ada jugak. So, i nak bagi 3 star lah for that movie. Ha, sebelom i lupa. kepada sesiapa yang belum merasa keenakan Ayam goreng, kentang dan macam2 lagi di Popeye's Louisiana Kitchen di Mid Valley. Jangan lupa singgah k. Anda pasti akan berpuas hati. Yummm!!!

Keputusan AJL 25 diluar jangkaan betul.

Salam readers, tamat sudah AJL 25 . Macam-macam aksi yang kita dapat lihat. Memang terpesona, al-maklumlah semua peserta cuba menarik perhatian juri dan mengambil hati dorang semua. But the most important, Bak kata Faisal Ismail, ' kalo ada bakat jangan malu-malu untuk serlahkan bakat itu ' . yup. i sokong sangat. Congratulation to Ana Raffali. Hanya itu yang mampu i katakan. So pada u all, kalo ada bakat jangan simpan dalam tudung salji jer. Bukak tudung salji tu, mana tahu ada lauk ikan masin. Haha.. Sorry, i main2 je. So pada korang masih tak tahu keputusan AJL 25. Inilah keputusan tu dan taniah kepada semua pemenang.


Persembahan terbaik : Faizal tahir - Hayut
Vokal terbaik : Hafiz - Nokhtah Cinta

Tempat 3: Hafiz - Nokhtah Cinta
Tempat 2: Black & Meet Uncle Hussien - Drama King
Tempat 1: Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku


p/s : To my mr. penyu. Sudah2 lah tu tengok AJL tu. Tahu lah dapat v.i.p seat. Saje je nak jeles kan i. Balik lambat pulak dia ni. hehe...

Thursday, January 6, 2011

Contest Kami Seiras


Salam readers, join contest lagi. Jangan marah tau. Oke, kali nie mais join "contest kami seiras". So kalo korang nak join jugak meh lah pakat ramai-ramai klik blog Cik Yaya . Tak payah pening-peningkan kepala, awal-awal lagi mais nak tag Shidot dan Bella . Saje je nak tahu muka seiras mereka dengan sapa. Menarik kan?

Seiras tak kami? Siapa dia? hehe.. Dia adalah adik mais [ tudung itam ]. Caya tak? Kalo korang tak caya. Tak apa, tapi itulah kenyataannya. Oke, Cik Yaya pon ada pesan, letak satu pic sahaja. Jadi mais pon tak nak lah merumitkan kerja Cik Yaya. Inilah pic tu. =)


Oke, mais padankan muka mais dengan adik mais sendiri. Bahagian yang paling ketara ialah bentuk muka kami dan  senyuman kami.  [ Kalo yang lain memang jauh berbezalah. Macam langit dan bumi ]  hahaha.

Oke, seterusnya. " Saya suka Blog The Chronicles of yaya kerana mais merupakan follower yang ke 787. [ cantikkan nom tu ? ]  dan yang penting sebenarnya Blog cik yaya nie simple je tapi memberi banyak maklumat dan cara penulisannya mampu menarik pembaca untuk membaca dan lebih dekat dengan diri kita. "

Dah selesai pon, harap sapa2 yang singgah ke blog mais nie jangan lupa join this contest k. =)

Wednesday, January 5, 2011

Blog Review 2011 by Nurulchumel

Salam readers.


Blog nurulchumel ada buat segmen blog review 2011 la. Marilah kita pakat ramai2 join segmen ni. Lagi pon blog mais tak pernah lagi join segmen blog review. Ye la, mais pon nak tahu  juga pendapat bloggers lain tentang blog mais ni. Yang mana patut mais pertingkatkan atau dielakkan. Inikan semua kebaikan bersama. Betul tak? Al-maklumlah blog mais pon masih baru lagi. Insya Allah segala komen yang diberi mais terima dengan hati terbuka.

Kalo korang berminat sila ke blog nurulchumel . Mais yakin korang pasti berpuas hati kalo terjah ke blog Cik Nururlchumel ni.

p/s: Mais dapat informasi segmen ini dari blog Cik Miza yusof . Tq Miza.

Tuesday, January 4, 2011

Kecoh satu block dok bergosip pasal penunggu berbaju putih!

Salam readers.

Hari nie mais jadi seram sejuk. Macam tak caya je. Tempat yang mais tinggal ada penunggunya. Mais tak tipu k. Mak mais yang cerita sebab semalam ada salah seorang daripada penghuni block mais terserempak dengan benda tu. Nak ikutkan cerita nie dah lama, benda tu pon dah lama menetap disini. Cuma sejak kebelakangan nie. Benda tu kerap menampakkan diri.



Benda tu adalah sepasang suami isteri. Dua2 berpakaian putih. Si isteri bertudung dan berbaju kurung, si suami berpakaian baju kemeja putih dan berseluar ala2 putih juga. Benda tu berdua akan menampak diri di tengah2 malam di sebelah tangga sana sambil menaiki tangga dan berakhir di tingkat 3. [ bukan bahagian tangga rumah mais. syukur alhamdulillah sebab rumah mais betul2 sebelah tangga. Mais tingal dipangsapuri yang ada 4 tingkat dan mais tinggl di tingkat satu. ] 

Yang menakutkan, benda tu tiba2 je berada di tangga tanpa  tahu dari mana arah benda tu muncul. Lepas tu, bila benda tu berjalan ataupun menaiki tangga. Kita tak akan dengar bunyi tapak kasut pon. Bila dah sampai di tingkat 3. Benda tu akan terus menunju ke sebuah rumah yang kosong di tingkat 3. Yang membuatkan bertambah seram. Benda tu masuk rumah  tanpa buka pintu langsung. Masuk macam tu jer. Masa tu pulak. Secara kebetulan, jiran yang menyaksikan kejadian tu turut tinggal di tingkat 3 dan sedang membuka pintu. Bila nampak je macam tu, apa lagi kecut perut lah dan terus masuk rumah.

p/s: Mais berdoa. Benda tu tidak akan menganggu keluarga mais. 
p/s: Mais sama sekali tidak akan tinggal di rumah yang bertingakt2 lagi. Tak kisah lah rumah tu macam mana,aslkan dia x bertingkat. Terutama rumah yang ada lift.

Part 2: Kulit "Made In Jepun " di PD

Selesai sudah mais bercutie bersama family di PD. Kalo korang tanya mais seronok ker lepas balik dari bercuti ? Mais akan menjerit puas2 katakan tidakkkkkkkkkkkk. Tak tahan betul mais di buatnya. Rasa menyesal pun ada jugak. Geram jangan ditanya la. Tapi mais kene bersabar. Tak pasal2 wang hantaran mais jatuh merundum. Dok tergaru2 macam beruk kener cili. haha..

Mereka lah anak buah mais. Dah macam mais nie ibu mereka pulak. Serabai semacam je.

Korang dapat agak tak apa yang mais nak katakan ni. Haa. itu lah dia. Mais sendiri pon tak tahu yang mais nie ada alahan dengan pasir pantai. Habis satu badan mais gatal2 dan bengkak. Kalo orang tengok dah macam kene air panas. Melecur satu badan. Pedih nye jangan dicakap. Hanya tuhan je tahu. Yang mais heran, mais sorang jer yang kena. adek beradik mais yang berguling-berguling berjam-jam tu, tak kena pape pon. Terutamanya anak buah mais tu. Dok gilat semacam ok je. Maintain je. Tension betul mais dibuatnya. Disebabkan alahan tu, banyak aktiviti mais terbantut macam tu je. Betul mak mais cakap, kulit mais nie "made in jepun". Tak boleh itu lah, tak boleh ini lah. Korang rasa, ada penyelesaian tak berkaitan masalah mais nie? 

Saturday, January 1, 2011

Part 1 :Mais sambut tahun baru di PD. Bosan tambah Best.

Salam readers. Selamat Tahun Baru 2011. Seronok sambut tahun baru ni. Korang tengok percikan bunga api tak? Mais tak dapat tengok lah, mais tengok kat dalam tv je. Tapi oklah dari langsung tak tengok. Betol tak? Haa, mais nak tanya nie. Korang sambut New Year kat mana? Kat I-city ker? Kat situ pon jugak tau. boleh tengok lampu macam-macam warna. Memang meriah la mais cakap.


Tapi mais lain cikit kot. Tahun ni mais sambut new year kat PD. Mais datang dengan family mais. Saje je tukar angin. Memang best la dapat pergi sini tapi agak bosan cikit la sebab family mais awal2 lagi dah masuk tidor. Mais dengan adik-adik mais je yang ada. Semuanya buat kejer masing2. Sedih tak? Mr. penyu mais pulak dok melepak kat Bukit Bintang. Risau jugak mais, Bukit Bintang tu kot. Bukan Bukit Aman. haha. Tapi mais percaya kat Mr. penyu mais.  " Wa caya sama lu la Mr. penyu ! Lu jangan macam-macam sama wa ! Tak pasai2 lu kena ngan wa! huhuhu.. " ada gaya samseng tak? 

Ok, mais tak ada banyak cerita sekarang ni, Jom kita layan pic2 untuk hari ni. Seronok tau.


Yang merah menyala nie anak buah mais. Seronok betol dia bila kami dah sampai kat hotel. Tersenyum je macam faham2 je. Mais pulak, sampai2 jer mintak lah jurukamera snapkan pic mais. haha. tue lah kejer mais. Maklumlah , mais sorang je belom pernah sampai kat sini. Yang lain dah berapa kali dah sampai ke PD nie. Dah la datang tak ajak mais.

Bila dah puas posing kat tingkat atas. Mais apa lagi, cari lah katil. Best betul selesa lah mais cakap. Kalo dapat tidor nie, sure berjam-jam lah mais buat peta dunia. hahaha .. Bila dah tak ada kejer, mula lah kami adek beradik cari pasal. Kejer kan anak buah sendiri sampai nangis. Alolo, cian nyer mereka jadi mangsa kami.




Lepas buat peta sampai tersesat2 ntah kemana. Apa lagi, kami terjun ke laut lah. Tapi mais main air cikit2 je sebab tak reti berenang. haha. rugi kan? So pada korang pergi lah ke class renang k. Tengok macam mais nie dah rugi tak dapat nak main air.  Main bola je lah mais oiii!


Ha. yang paling best. mak ayah mais gi dating tau.Jangan terkejut. Sampai kami adik beradik dok mencari kemanalah dorang nia pergi. rupa2 nya menikmati keindahan alam. Jalan berdua-dua gitu. Ala, sweetnye. Semoga mak ayah mais panjang umur dan murahkan rezeki. Insya Allah .


Macam ada yang tak kena jer pic nie. Ilang hero dia kan. Sebenarnya pada 1/1/2011 nie adalah hari lahir ayah kepada dua orang kanak-kanak rebina nie dan merangkap abang ipar mais dan semestinya suami kepada kakak mais. Mais doakan mereka hidup bahagia dan dimurahkan rezeki. Insya Allah. 

p/s: tamat sudah part 1 mais di PD. sebenarnya ada lagi ahli keluarga mais yang mais tak tunjukkan kat korang semua. orang cakap tak sempat nak curi gambar dorang. Maklumlah pengantin baru katakan. OpPs !