tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Bicara Sara Ali : Perlu ke kita bermegah2 dengan pangkat?

Alhamdulillah, 
Selesai sudah soal jawab dengan pihak P******s. Boleh jadi huru hara juga lah kehidupan aku hari itu. Semua orang atasan dari  P******s datang melawat. Al-maklum lah kes 'datin' katakan.

Eee, terasa geram pun ada juga. Kenapalah orang suka ambil kesempatan dengan status/pangkat? Tak habis-habis, terasa meluat juga. Nak kata dia itu stupid tak boleh juga sebab orang berpangkat 'datin' sure tahap kepandaian lebih tinggi dari kami. 

Tapi lepas habis soal siasat dari sapa ntah, aku sendiri pun tak tahu. Dan dia beri kata putus, betul-betul buat aku gelak tak henti-henti. 'Datin' tu nak salahkan kami pun tak boleh sebab satu dunia mengunakan sistem macam tu. So 'datin' nak saman sapa? Saman kami? Or nak saman orang yang buat sistem yang telah diluluskan tu. Bertahun-tahun sistem tu digunakan tapi kenapa baru sekarang 'datin' nak pertikaikan.


Sudah la 'datin', jangan terlalu gunakan pangkat nak tunjukkan kamu lebih berkuasa. Kamu salah. Allah lebih berkuasa pada hambanya. Bak kata seseorang pada saya, bila kita sudah meninggal dunia, kita tetap sama. Kita tetap dikapankan dengan kain putih. bukan dikapankan dengan kain emas.



p/s
Jangan terlalu asyik mencari kesalahan orang lain, sedangkan diri kita belum 100% betul.



Wednesday, April 13, 2011

Kalau diberi pilihan, korang akan pilih siapa? Sahabat korang atau pakwe/makwe korang?



Dah berkerut dahi aku memikirkan tajuk yang sesuai untuk n3 ni. Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan.


Kalau korang berada di situasi ini kan? Apa yang korang nak buat? Korang akan pilih pakwe/makwe korang atau sahabat korang. Tak kisah la dalam situasi yang macam mana. Korang faham tak apa yang aku cakapkan ni?


haipp.. Macam payah je nak faham. ok lah. meh sini aku bagi satu situasi.


Disuatu hari yang hening lagi nyaman. Dah tak ada keja aku ni. Ok , macam ni. Satu hari ,tiba-tiba korang dapat dua panggilan. Satu panggilan tu dari pakwe/makwe korang. Dia ajak keluar dan pada masa yang sama sahabat korang ajak korang main futsal/shopping. So macam mana? Korang nak pilih siapa? pakwe/makwe or sahabat korang? 



Kalau korang pilih sahabat, pakwe/makwe korang macam mana pulak? Kalau korang pilih pakwe/makwe , sahabat korang macam mana pula?



Aku yakin korang akan cakap. Siapa yang buat temu janji dulu itulah yang aku pulih. Tak payah nak pening-pening kepala. Betul tak?


Tapi aku lain cikit. Aku selalu cakap kat pakwe aku.

 " awak, tadi kan member saya ajak sy g sini...g sini...saya nk g la, urm, boleh tak kita cancelkan plan kita, plss awak "


Kalau tak dapat juga apa yang saya nak, saya selalu guna ayat nie.


" awak, saya kenal dia sebelum saya kenal awak. Saya harap awak faham, insya Allah plan kita tak kemana."

Kalau korang macam mana pula?


p/s:

Bersyukur kerana si dia memahami dirku. Cuma aku sahaja yang kurang memahami dirinya.


Friday, March 11, 2011

Aku cukup emosi hari ini. Nokhtah!!!





"ok, fine.
Saya tak nak gaduh dengan awak k,
Esok saya ada exam,
Bye. "

Cepat-cepat  letak handphone dan terus campak fon ke arah katil. Sakitnya hati .Itu yang dirasakan saat ini. Air mata jangan cakaplah. Memang dah lama bertakung. Cuma ditahan sahaja. Sebab bila air mata mula jatuh. Memang emosi  tak akan stabil sampai bila-bila. Apatah lagi esok ada exam. Dan sudah semestinya akan  menganggu emosi. Betul tak ? Siapa yang suka? Tak ada yang suka bukan? Jadi jalan yang terbaik, capai laptop dan luahkan segalanya. Full stop! 

p/s:

Tidak ada manusia yang  sama sekali mahu kisah lampau terjadi saat ini. Jadi kepada hati ini, tabahkan lah setiap dugaan yang datang. Insya Allah, kebahagian itu akan tiba dan penderitaan ini akan berakhir. Amin.

Tuesday, January 25, 2011

Sesi luahan perasaan

Assalamualaikum...

Boleh saya tanya sesuatu kepada anda? 

Kalau jawapan anda Ya atau Silakan, saya ucapkan terima kasih. Tapi kalau jawapan anda Tidak atau Malas / seangkatan dengan itu. Tidak mengapa, saya ucapkan terima kasih  kerana anda masih sudi singgah ke blog saya. 

Untuk pengetahuaan anda, saya tidak memaksa anda untuk membaca apa yang ingin saya perkatakan disini. Saya cuma memerlukan pendapat anda yang budiman. Itu sahaja. 

  • Boleh saya tahu? Pernah atau tidak anda merasakan yang diri anda berada dalam keadaan yang betul-betul merunsingkan sehingga anda tidak pasti apa yang perlu anda lakukan sekarang.

Itu sahaja soalan saya. Mudah! Namun bagi saya ia amat bermakna. Tapi ia terpulang kepada anda untuk melihat dari sudut mana. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan setiap pendapat anda, saya akan terima dengan hati terbuka. 




p/s: Maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan adalah tidak tepat. Sememangnya saya sekarang berada dalam keadaan sedemikian. Masih memerlukan masa untuk memikirkannya. TQ