tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Sunday, October 28, 2012

Hanya untukmu.


Melihat seorang gadis duduk tersenyum ,memerhatikan sekeliling.Telinga disumpat teknologi kecil yang mengeluarkan rentak irama merdu. Hati sedikit berbunga, wajah bertambah ceria pabila terlihat mereka. Sungguh mesra.Senyuman dilebarkan. Hati terusik. Sedikit cemburu. Nafas di tarik sedalam-dalam. Sedikit ketenangan dirasai. Tiada lagi getaran cemburu di hati.

Apa yang perlu dilakukan. Hati dan perasaan terpaksa dipendam. Disimpan dan disembunyikan. Kerna hati ini tahu, hati gadis tidak akan bersatu. Mungkin benar. Perbezaan dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak akan bersatu. Ada perkara yang menghalang. Mungkin ke'ego'an dan mungkin juga ketidak pastian. Ingin sahaja hati gadis meluahkan. Hanya dengan pandangan. Terdetik dan terlintas di fikiran. Mengharapkan kefahaman dari pandangan meluahkan perasaan.

Ada jalan. Itu pilihan. Antara terpaksa terus menerus memendam. Atau terpaksa lari dari kenyataan. Atau perlu memilih untuk terus memerhati, tapi akan di salut kesedihan serta kesakitan. Mana satu pilihan. Apa yang harus gadis tunjukkan untuk membuatkan kau faham. Jangan salahkan gadis, bukan gadis yang mencari, tapi kau yang membuat gadis berperasaan sedemikian.




Nota kaki:
Hati kata lain. Mulut kata lain.
Sedaya upaya mahu menafikan kerna sedar akan kedudukan.

Friday, October 26, 2012

Senyuman Kegembiraan.



Ada rasa yang ingin diluahkan. Tapi dibiarkan. Antara ego atau apa. Tiada siapa yang tahu bukan. Mungkin kerna tidak tersusun kata. Mungkin jua kerna terlalu istimewa. Mata dipejam mencari kepastian. Nafas terhenti mencari kekuatan. Kelegaan dinikmati bila dilepaskan. Ini rupanya kehidupan.

9 bulan -mengikut pengiraan. Bila dikenangkan. Mahu saja dilemparkan. Memang tidak dinafikan. Sukar untuk dilupakan. Kesakitan dan kesengsaraan. Namun masih ada teman. Menjadi peneman dalam kelukaan. Kenangan dikuburkan.

Akhirnya dia mampu ceria. Mencari kekuatan tanpa pujuk rayuan. Hati dibatukan. Ditetapkan pendirian. Kehidupan diteruskan. Senyuman dilemparkan. Alhamdulillah. Itulah yang di impikan. Senyuman kegembiraan.



Nota kaki:

Ya, perbezaan yang menyatukan dua hati yang selama ini hanya saling melihat tapi tidak pernah memerhati.
(sumber dari hamba Allah yang tidak diketahui )

Tuesday, October 16, 2012

Langkah kehadapan.


Kita kerap dengar dan kerap melafazkan kata sebegini bila kita dalam kesedihan.- kita perlu mengorak langkah maju kehadapan - Tapi perasan ataupun tidak Itu tak bermakna kita tidak perlu menoleh ke belakang. Bukan bermaksud kita perlu tenggelam dalam kenangan. Tapi untuk kita belajar sesuatu dari kesilapan. Agar kesilapan yang sama tidak akan berulang.

Kadangkala, keinginan kita untuk mencuba melepasi segalanya. Pernah terlintas difikiran. Adakah di penghujungnya seperti kita harapkan. Ya, mungkin percubaan pertama mengundang kesakitan. Kesakitan kali pertama belum tentu dapat mematangkan. Maka kita cuba untuk kali kedua. Ketiga dan seterusnya. Namun pengakhiranya tetap sama cuma jalan cerita sedikit berbeza. Dari situ banyak yang kita pelajari dan tahu untuk berhadapan.

Benar, bahu yang memikul tidak sama mata yang melihat. Kita akan pertikaikan. Bagaimana ingin bergerak ke hadapan sedangkan kita dihantui bayang-bayang. Akhirnya kita berputus asa dan membiarkan diri tenggelam dalam kesakitan. Sampai bila. Perasaan itu akan hilang. Hilang bila kita lempar jauh dari hati dan fikiran.

Rugi.
Siapa yang rugi ?
Adakah Kita?

Sememangnya. Jangan jadikan kesakitan itu satu penghalang. Kita layak untuk mengecapi kebahagian. Keriangan. Jangan jadikan diri kita terus menanggung kesakitan. Buka mata seluas-luas. Kita berhak . Berhak untuk memilih. Berhak untuk bersuara. Berhak untuk mencapai bintang. Hapuskan kesedihan. Buka lembaran.



Nota kaki:

Kebahagiaan akan kita kecapi  bila kita mencari.