tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, October 8, 2011

Enjoy tengok Ella perform.



Ella...Ella...Ella...
Wah, suasana menjadi gamit seketika bila semua orang dok panggil nama ella. Tapi tak termasuk aku tau. Aku hanya membatukan diri di tepi pentas. Saja nak sibukkan diri tengok ella perform.Mana lah tahu ada benda yang menarik.hehe

Tup...tup...tup...
Ella muncul depan aku. Jarak memang tak jauh la. Oleh kerana aku dok tepi pentas. Dapat tengok tepi je la.
Kira okla kan.Ok, nak buatkan cerita. Bila nampak jer ella. Ayat pertama yang terkeluar kat mulut aku. "Kecik je orang ni" dah macam aku je, cuma berat aku lebih cikit la dari ella. hehe. Nak jugak aku menyelit? Nak kata aku jakun, jakun juga la kot. Tak kata apa -apa langsung. Senyap dan record segala show dia. Mengal juga aku ini. Aku record untuk apa pon ,aku sendiri tak tahu.haha. nasib baik la hasilnya cantik walaupn ada la dua video tak nampak langsung. hehe

Menyesal?
Dan dalam sejarah juga lah kali pertama aku belanja dengan banyak sekali di tapak expo convocation U aku. Ooo tidak, lepas ni memang aku kena ikat perut . Lari budget nak kejar pon dah tak dapat. TIDAK!!!


Wednesday, October 5, 2011

Dari mata turun ke hati.



Orang selalu katakan :

"Dari mata turun ke hati" 

dan aku selalu memikirkan :

"Dari hati turun ke mana ? ".
(ketawa aku sendirian)


M.A.T.A. 
Bagi insan yang dilahirkan cukup sifatnya, mata merupakan salah satu organ penting pada kita semua.




Dengan mata aku mampu melihat raut wajah kasih seorang ibu.
Dengan mata aku mampu melihat raut wajah tegas seorang ayah
Dengan mata juga lah aku  mengenali itu abang, kakak dan adik.
Sungguh indah.


Dengan mata juga aku mengenali awan.
Dengan mata juga aku mengenali matahari.
Dengan mata juga aku mengenali bintang.
Dan dengan mata jugalah aku mengenali sang bulan.
Sungguh Unik.


Kerana mata aku mengenali itu pantai.
Kerana mata aku mengenali itu batu.
Kerana mata juga lah aku mengenali itu api
Dan kerana matalah aku mengenali air mata.


Pelahan-lahan mata ku tertutup.
Berharap segala keindahan tidak akan lenyap.
Sikit demi sedikit cahaya hitam menguasai.
Gelap.
Sungguh indah ciptaan-mu Ya Allah.
Aku bersyukur.


p/s: 
Mencari masa yang sesuai untuk bertemu doktor dan EYEMO menjadi teman ku. Insya Allah