tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Enjoy tengok Ella perform.



Ella...Ella...Ella...
Wah, suasana menjadi gamit seketika bila semua orang dok panggil nama ella. Tapi tak termasuk aku tau. Aku hanya membatukan diri di tepi pentas. Saja nak sibukkan diri tengok ella perform.Mana lah tahu ada benda yang menarik.hehe

Tup...tup...tup...
Ella muncul depan aku. Jarak memang tak jauh la. Oleh kerana aku dok tepi pentas. Dapat tengok tepi je la.
Kira okla kan.Ok, nak buatkan cerita. Bila nampak jer ella. Ayat pertama yang terkeluar kat mulut aku. "Kecik je orang ni" dah macam aku je, cuma berat aku lebih cikit la dari ella. hehe. Nak jugak aku menyelit? Nak kata aku jakun, jakun juga la kot. Tak kata apa -apa langsung. Senyap dan record segala show dia. Mengal juga aku ini. Aku record untuk apa pon ,aku sendiri tak tahu.haha. nasib baik la hasilnya cantik walaupn ada la dua video tak nampak langsung. hehe

Menyesal?
Dan dalam sejarah juga lah kali pertama aku belanja dengan banyak sekali di tapak expo convocation U aku. Ooo tidak, lepas ni memang aku kena ikat perut . Lari budget nak kejar pon dah tak dapat. TIDAK!!!


Tuesday, April 5, 2011

Lisa Surihani cerita soal hati.

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak cerita pasal hati. Bukan hati ayam, bukan hati kambing, ataupun  hati haiwan lain. Tapi hati manusia. Tapi korang kena tengok gambar cik Lisa kita nie betul-betul.


Siapa setuju dengan saya, Lisa Surihani ni seorang yang  cantik ? Sila angkat tangan. Saya dah angkat 20 jari dah. Menunjukkan saya setuju sangat-sangat . Haa, yang ni pula, jangan risau. Gambar cik Lisa juga. Cantikkan?


Cantik juga kan? Saya tengok orang yang comment gambar cik Lisa nie. Majoritinya lelaki. Perempuan pun ada juga lah. Tapi di sebabkan nak cakap pasal hati, jadi saya nak fokuskan mengenai lelaki. Siap ada yang cakap " Kalau dapat Lisa, sumpah tak cari lain dah ". Wah, beruntung seh.


Yang nie commentnya lain cikit. Ayu nyer Lisa. Perempuan melayu terakhirla dan macam -macam lagi la. Dalam hati saya katakan "beruntungnya Lisa. Seorang yang pandai, cantik, berbakat dan macam-macam lagi la. Memang Lisa kena bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh pencipta."

* * * * * * * * * * * * * * 

Agak-agak korang kan? hati lisa pernah dilukai tak oleh seseorang ? Tak salah saya, saya pernah terbaca. Lisa single sampai sekarang disebabkan dulu hatinya pernah dilukai. 

What? Lisa pernah dilukai?

Orang secantik lisa pon pernah dilukai kan? Habis tu kalau hati saya ni dilukai "tidak heran la" sebab saya tak secantik lisa. 

Saya tak faham, apa yang kaum lelaki ni nak sebenarnya ?

'Artis' tumpang popularity blogger

Assalamualaikum...

Tajuk entry yang memang killer. Sampai saya pun terkejut. Tak hilang lagi ni rasa terkejut tu. Tapi nak buat macam mana, dah memang betul pun apa blogger nie taip. 


Haa.. Itu lah di katakan 'artis' tumpang popularity blogger. Teringin nak jadi artis katakan. Tapi tak kesampaian. Kecian betul. Ok, kalau korang nak tahu cerita selanjutnya silalah ke blog ERTI KEHIDUPAN atau pun blog cik YUYU kita ni.


Rasa nya ini bukan blogger yang pertama kena macam ni. Dah ramai dah. Antaranya Encik Ben kita tu. Ala blogger yang terhebat. 

Mungkin bagi sesetengah orang dah lali benda -benda macam ni. Bukan takat blogger terhebat je. Orang-orang biasa tapi yang cun melecun pun ada orang copy gambar and create the new account untuk menyamar. Kadang-kadang terfikir juga.Apa mitof dorang nie kan? Tapi dalam kepala saya cuma satu. Niat nak memburukkan orang la tu. Betul tak? Itu lah manusia zaman sekarang.

Jadi saya nak nasihatkan kepada anda semua. Kalau anda rasa gambar anda mampu dicopy. Maksud saya kebarangkalian untuk di hidupkan satu lagi akaun oleh orang yang suka sangat 'tolong' menambahkan popularity orang lain.  Janganlah  letak gambar korang tu banyak sangat. Cikit2 sudah. Tak pon wat je private. So korang akan selamat. 

Sekarang zaman dah maju. takut orang guna gambar kita, dia edit jadi bentuk lucah. Dah jadi satu hal. So peringat dulu sebelum terkena. 

p/s:

- Kepada cik Yuyu, sabar nye. 
- And kepada yang lain2 tu, wat report cepat. Semakin menjadi2 benda ni.
- Kepada orang yang suka 'tolong' menambahkan popularity orang tu. Sedar2 la. Sampai bila nak jadi penipu.ish2....

Sunday, March 13, 2011

Makan dalam dengan anugerah bintang popular 2011 bagi bulan Mac !!!

Siapa pernah dengar "makan dalam" ? Mesti pernah dengar kan? Betul tak.. betul tak ? Ok, kepada sesiapa yang tidak tahu makan dalam tu apa. Aku nak bagi tahu kat korang yang makan dalam ini tidak tergolong dalam panas dalam atau sakit dalam tau. Jangan salah tafsir sudah. haha. Tapi  kenapa aku cakap macam tu? 


Ini pic yang aku cuba nak lukis, tapi tak jadi. haha


Meh sini , aku nak bisik cikit. Pakwe aku a.k.a Mr. penyu tu, dengan beraninya  mengeluarkan statement " Julia Zigler tu cantik ". Dalam bahasa sopan, Julia Zigler adalah tergolong dalam kelompok perempuan yang cantik. Berani mati, aku cakap sama lu. Memang panas la telinga masa tu. Tapi ego punya pasal, belagak cool je. haha.

Bukan itu sahaja, siap boleh dikategorikan perempuan -perempuan ini dalam kelompok mana satu . Ala dah macam Anugerah Bintang Popular tu. 

"Berikut adalah nama-nama pemenang pelakon wanita terbaik mengikut kategori bagi anugerah perempuan :

  • Perempuan Cun : Nur Fazura
  • Perempuan Seksi : Ziana Zain, Aida Aris
  • Perempuan Comel : Nora Danish,
  • Perempuan Muka Baik : Maya Karin
  • Perempuan Cantik : Julia Zigler.
  • Perempuan Hot : Tiz Zakiyah 
Itu nama pemenang mengikut mata dia la. Tapi kalau ikut mata aku pula lain :

"Berikut adalah nama-nama pemenang pelakon wanita terbaik mengikut kategori bagi anugerah perempuan :

  • Perempuan Cun : Lisa Surihani
  • Perempuan Seksi : Julia Zigler
  • Perempuan Comel : Adik Mia  Sara Nasuha
  • Perempuan Muka Baik : Yuna
  • Perempuan Cantik : Heliza
  • Perempuan Hot  : Scha Al Yahya
Jauh beza kan??? wekkkk...

Tamat sudah anugerah hari ini. Siapa sokong dengan keputusan aku?   Apa -apa pun. Comel kan Adik Mia Sara ni, Geram sangat-sangat dengan dia. Kecik-kecik lagi dah pandai belakon. = )