tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Wednesday, July 27, 2011

Bicara Sara Ali : Perjuangan mesti diteruskan.

adik2 ku. kalau aku cakap yang aku rindukan budak purple tu. Sumpah dia akan gelakkan aku, haha.
Senyum.
Ikhlaskan lah hati mu memberi senyuman.Senyuman yang cukup indah. Yang mampu mengubat segala duka. Senyum.
Pada aku, senyuman ku terukir hari ini kerna masa silam ku. Masa yang penuh diisi dengan gelak tawa. Umpama kota keriangan yang ku cipta. Saat bermain bersama. Kejar mengejar. Panjat memanjat. Cukup indah bukan? Teringat aku ketika berada dikampung. Bersama saudara mara. Riuh sekali.

Mungkin ada sesetengah daripada anda tidak gemar mengingati masa silam. Masa yang dianggap tidak berguna lagi. Tidak membawa sebarang makna.Umpama masa yang terbuang begitu sahaja.

Adakah ia benar?
Pada aku tidak. Masa lalu yang banyak mengajar aku. Masa lalu yang memberi aku semangat untuk terus capai bintang. Masa lalu juga memberi aku kenangan terindah dalam hidup ini.

Mungkin kerna aku terlalu rindukan mereka. Mereka yang pernah bersama aku. Mereka yang selalu menemani aku. Mereka yang menceriakan aku dan mereka juga yang mengecewakan aku. Mereka secara tidak langsung melakar perjalanan hidup aku, sehingga aku di tahap ini. Baik atau buruk. Masih menjadi tanda tanya.

Perjalanan ku masih luas. Cabaran ku semakin mengunung. Namun ketabahan ku semakin menipis. Adakah aku gagal? Gagal memegang amanah yang diberi. Amanah sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Amanah sebagai seorang anak. Amanah sebagai seorang kakak. Amanah sebagai seorang adik. Amanah sebagai seorang murid. Begitu banyak sekali amanah yang perlu ku pikul. Termampukah aku?

p/s:
Teruskan perjuangan yang telah engkau ciptakan. Jangan berhenti. Langkah setapak demi setapak. Insya Allah, engkau akan sampai jua. 



Sunday, July 24, 2011

Bicara Hati: Peguam yang tak bertauliah.

........

Wife : I'm want to see ur supervisor. Where's ur supervisor?
Husband : Pergi office je.
Aku: Maaf Cik, Cik tak boleh masuk sini.
Wife: Listen. Habis muka I, baju I, u boleh cakap. What the problem? Hei, mana responsibility u ha.

Mana tanggungjawab aku?
Hello, cik masuk terus serang-serang .Tak tahu hujung pangkat. Terjerit-jerit macam orang kurang siuman. Lepas tu tanya mana tanggungjawab aku. Yang dia tak nak dengar dan tak sabar sangat tu kenapa?

Nak je aku tanya dia "Mana tanggungjawab cik sebagai pelanggan?
Ikut suka hati dia je. Buat semua benda tu macam dia punya. Dah tahu benda tu salah, tetap nak buat juga. Bila dah terkena, nak salahkan orang lain. Orang lain boleh sabar, dia tak boleh sabar. Tak nak ikut arahan. Kalot memanjang. Bukan dia sorang yang kejar masa. Orang lain pun kejar masa juga, tapi boleh je ikut arahan kami.

Naik darah aku hari ini. Keluar dari office, terus kena serang dek singa kelaparan. Cakap diri tu lawyer. Tapi macam ini ke nak selesaikan masalah. Tak professional langsung. Terjerit sana sini. Lepas tu,kurang sopan betul, boleh tonyoh baju yang basah dekat muka aku. Habis nampak segala-segalanya yang engkau ada. Hilang maruah terus. Suami dekat sebelah macam batu. Senyap memanjang. Tak larang langsung. Tahu apa yang isteri dia buat tu salah, tapi ntah lah. Malas aku nak cakap.

Benda ini boleh settle dengan elok sebenarnya. Tak perlu nak terjerit-jerit. Sampai angkat-angkat baju. Dia ingat orang yang bagi arahan tu tak berguna ker? Walaupun dia bangla, tapi dia tahu. Ada pengalaman. Dah bertahun-tahun kerja macam tu.  Ingat dengan kereta besar. Pangkat besar,  boleh action macam tu. Cakap diri lawyer. Tapi aku tengok tak professional langsung. Aku yang bukan lawyer pun reti selesai masalah ini dengan professional. Tak terjerit2 dan makin hamun macam engkau. Nasib baiklah aku boleh control ANGIN aku, walaupun kena tonyoh dengan kain basah engkau tu. 

Sumpah, sampai akhir hayat aku. Aku tak akan lupakan kejadian ini. 

p/s:
Tak perlu nak bermegah-megah dengan kesenangan yang diberikan oleh Allah sehingga lupa pada dirinya. Dengan sekelip mata sahaja nikmat itu akan ditarik oleh Allah atas perbuatan yang engkau telah lakukan jika itu yang dikehendaki-NYA. 




Friday, July 22, 2011

Bicara hati : Delete.

Assalamualaikum.

Blog ini bakal di delete.
Aku dah tak perlukan nya.
Tidak ada kaitan dengan diri ku.

Friday, July 15, 2011

Bicara Sara Ali : Kenangan yang terindah bersama mereka.


"Siapa punya pinggan ni? Dah makan tak reti-reti basuh"

Ha, kan tak pasal-pasal dan terkeluar suara seporono (ejaan salah) aku. Aku pantang betul kalau orang dah makan tak reti basuh pinggan. Bukan payah pun, basuh pinggan sendiri-sendiri baru satu. Bukan berpuluh-puluh pun. Lain la kalau rumah aku tengah buat kenduri. Basuh pinggan berbesin-besin pun aku tak kisah. Sebab selalunya memang muka aku sahaja yang buat. 

Tiba-tiba teringat pada arwah nenek. 
Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu. Nenek aku cukup rajin buat kenduri. Oleh kerana rumah nenek besar dan luar , anak-anak dan cucu-cucu nenek ramai. Kami akan bergotong-royong, semua kerja kami buat secara berkumpulan. Tak kira lelaki atau perempuan, besar atau kecik, semua ada peranan masing-masing. Nenek pula jadi Komander. 

Tapi sejak nenek meninggal dunia 9 tahun yang lalu. Agak lama kami tak merasai suasana macam itu lagi. Walaupun mak aku telah mengikut jejak langkah nenek, tapi suasana cukup berbeza. Suasana tetap tak sama bila berada di rumah nenek. Dan aku masih ingat lagi, bila tiba bulan puasa. Nenek sendiri akan uli daun inai dan pakaikan pada cucu-cucunya. Aku paling tidak suka bau inai. Busuk sangat. Tapi aku cukup suka pakai inai. Haha... Macam mana tu?



p/s:
Al-fatihah buat :
  • Allahyarham Mohammad Nazori Bin Mohd Ali
  • Allahyarham Abdul Karim Bin Omar
  • Allahyarham Kaslan Bin Omar
  • Allahyarhamah Aisyah Binti Abdul Manan

~semoga roh mereka di tempatkan orang-orang yang beriman.

Wednesday, July 6, 2011

Bicara Sara Ali : Bila muka kena sepak pagi-pagi buta.


Hari ini hari Rabu bersamaan 6 July 2011. Genap enam hari aku melepakkan diri dekat rumah. Terasa lenguh-lenguh badan. Kerja tak seberapa, tapi lenguhnya bukan main. Banyak tidur kot aku ini.

''hai, siapa pula lah yang sepak muka aku ini?''. Main kasar nampak, geramnya.

"ko rupanya aiman, nasib baik la ko kecik lagi, kalau tak free2 jer dapat tendangan maut dari aku"

Leceh la, bila masa pula akak aku ini letak anak dia sebelah aku ini. Nasib baik tak kena lenyek.

Jam handphone telah menuju ke arah 6.30 pagi. Terasa liat yang teramat pagi ini. Pagi-pagi dah mengomel diri sendiri.

"Apa aku nak buat hari ini ya? "

Kebosanan mula menguasai diri. Duduk dekat rumah lama-lama pun bosan juga rupanya. Tiap-tiap hari buat benda yang sama. Bangun pagi bersihkan diri, solat, kemaskan tempat tidur, makan and bla...bla...bla.....tahu-tahu dah malam. Walaupun di kelilingi dengan budak-budak yang banyak ragamnya, kebosanan tetap ku rasai. Ceh..ceh...ayat tak boleh bla.

Nurul Asfa Athirah ~ 4 tahun
Bila bosan yang teramat sangat. Ini lah kerja aku. Mengisi masa terluang dengan mengambil gambar dan edit apa-apa yang patut. Itu sahaja yang boleh membuatkan aku rasa puas. Lepas tu, mak dengan adik aku jadi mangsa untuk komen. Anak buah aku pula jadi mangsa jadi model aku. Lepas ini rasa-rasa haiwan belaan ayah aku pula jadi mangsa. Hahaha....

Sekian.



Tuesday, July 5, 2011

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

Assalamualaikum.

Nampaknya saya telah di ajak  untuk join Giveaway seseorang. Nampak menarik. Tambahan pula hadiah yang ditawarkan saya tak ada lagi. Manalah tahu sekiranya rezeki memihak pada saya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu bukan. hehehe.


So tunggu apa lagi, jom la join. Sekiranya berminat, tekan sahaja dekat banner tu. Saya dah 'link'kan terus ke tuan punya badan. Tapi jangan lambat sangat tau. Tarikh tutup adalah 31/7/2011.

Sebelum terlupa, dengan segala hormatnya saya nak tag Nadia dan Diyanah .Harap kamu berdua sudi. 

Wasalam.

Bicara Cinta : Melantak GCB bersama kembar 'Aaron Aziz'


Gaduh... gaduh... gaduh...
Tak ada kerja lain ker?
Kan bagus kalau awak masakan untuk saya ker? (kenyang juga perut saya..hahaha)
Bawak saya jalan-jalan ker? (boleh usha mamat encem....hahaha )
Yang tu baru best.
Ini gaduh, tak best langsung.
Tambah pula ia menyakitkan hati.

Ha, pilih2. Nak gaduh ker nak berbaik?
hahaha

********************

Si dia: 1 July kita jumpa nak?
Aku : Jumaat kan?
Si dia: Yup, Jumaat, tapi lepas Jumaat.
Aku: Maksudnya petang?
Si dia : Kenapa?
Aku : Susah
Si dia : Habis tu.
Aku : Jumpa pagi, bila solat tinggalkan saya.
Si dia : ok, tapi baju kurung ye.
Aku : Maksudnya?
Si dia : Hari Jumaat.
Aku : ???


Terpingga2 aku dibuatnya. Apa kaitan baju kurung dengan hari jumaat. Sebelum ini tak ada pula buat permintaan macam ini. Bukan tak pernah keluar dengan dia berbaju kurung. Pernah je, cuma masa tu aku memang nak berbaju kurung. Terasa macam tak selesa bila aku sarungkan baju yang lain. Maka masa itu, aku ambil keputusan untuk berbaju kurung. Yang kali ini aku agak pelik. Tak tahu sama ada aku selesa atau tak, sebab biasanya aku akan berpakaian mengikut keselesaan dan mood aku hari itu.



Akhirnya aku ikutkan sahaja permintaan si dia. Ingatkan nak juga pakai baju berlapis2, bila tak selesa boleh tukar. hahaha. Dah mula fikir yang bukan-bukan. Tapi alhamdulillah, aku selesa. Cukup selesa dengan pakaian sebegitu. Berbaju kurang berwarna unggu. manis bukan? hehe. Mula perasan.


Tinggal aku seorang diri menghabiskan makanan yang di oder oleh nya. Mana si dia? Faham-faham je la kalau dah hari Jumaat. Tinggal bukan sebarang tinggal. Tinggal ada makna. GCB tu. GCB for the first time. Telan kan je. Orang dah belikan. Sumbatkan je. Siap kena promise2 gitu untuk habiskan semua ini. Akhirnya licin juga.Alhamdulillah, kenyang sudah.


Sila jangan gelakkan aku. Walaupun aku tahu cerita ini dah lama keluar kat panggung. Aku tetap nak tengok. Mula la bertekak dengan si dia. Si dia nak tengok Transformer, aku pula nak tengok KL Gengster. Tapi  ia berpihak pada aku sebab tiket dah habis. hahaha... (sebenarnya tinggal seat depan jer, dia tak nak ). Secara tak langsung aku senyum kambing. haha. Awak kalah!!! 

Amboi bukan main lagi tengok cerita tu. Mula-mula bertekak dengan saya nak tengok cerita lain. Bila dah tengok, dia yang terlebih excited. Siap ber 'lu' dan 'gua' dengan saya tu. Apa? Awak ingat awak seorang je boleh ber'lu' dan ber'gua', saya pun reti k. Cuma malas je nak tunjuk. lalala~

Dan satu perkara yang aku nak tergelak. Ada ker si dia cakap kat saya yang kawan dia cakap, muka dia ada iras2 Aaron Aziz. hahaha. Gelak tak henti-henti saya di buatnya. Sama tang mana tu aku sendiri pun tak tahu. Opps.....terkutuk pakwe sendiri la pula. 

Biar la kutuk, sebab aku memang tak puas hati dengan dia. Bila snap pic bersama. Asyik-asyik muka dia je yang nampak elok.encem la dan seumpamanyalah. Malas nak cakap.  Muka saya pula macam apa ntah. Bila saya tanya 'tudung saya elok tak?'. Dengan selambanya dia cakap elok. Bila snap. Ya ampun dah macam minah indon. eeeee,,,geram toi.. Alasan dia  "awak nak ngorat sapa?".


Saya nak ngorat kembar Aaron Aziz la. Tu pun tak tahu. huh!!!
.dalam hati jer.

' If u really want something, u can figure out how to make it happen '

p/s
thanks 4 everthing

Monday, July 4, 2011

Bicara Sara Ali : Adakah dikategorikan kolot bila berbaju kurung?


Setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan akal fikiran. Sama ada kita menggunakan dengan sebaik-baik mungkin ataupun tidak. Melalui pemikiran tercetusnya pendapat. Tidak kira sama ada pendapat itu logik ataupun tidak. Tidak semua perkara yang logik itu logik dan tidak semua perkara yang tidak logik itu tidak logik. Ah' terpulang la.

Aku cuma nak ajukan satu soalan sahaja.

Malukah anda bila keluar/ternampak berjalan-berjalan bersama seorang gadis yang berbaju kurung pada zaman yang semakin maju ini?

Cukup mudah bukan soalan ini. 
Pada aku, mula-mula aku keluar berbaju kurung dengan rakan2 memang cukup segan. Yang aku maksudkan bukan time raya tau.A ku sendiri pun tak tahu kenapa. Apa yang aku segankan. Mungkin aku fikir ia cukup terbatas. Terbatas dari segi apa pun aku sendiri kurang pasti.

Aku bukan apa, masa aku tengah tunggu train untuk pergi kerja. Dalam kebosanan, mulalah aku menjadi pemerhati yang tegar. Hilang sedikit kebosanan di hati ini.  Memang banyak kerenah. Dengan suara gelak tawa kanak-kanak yang lari kesana sini. Suara garau sekumpulan remaja lelaki di belakang tangga dan secara tidak langsung aku terlihat sekumpulan gemaja perempuan di hujung sana. Sekali pandang memang cukup ayu berbaju kurung dan berjubah.

Selang beberapa minit, aku lihat mereka sudah bertukar wajah. Kemana hilang agaknya baju mereka? Bukan kah lebih ayu mereka sebelum ini. Aku hanya memerhatikan dari jauh. Tiada kata-kata dan sedikit kurang mengerti di situ. 

Kawan : Kau kenapa?
Dia: Apanya?
Kawan : Diri kau.
Dia : Aku rimas.
Kawan : Turunkan sikit lagi nampak elok.
Dia: Dah ok ni.

 Aku: Sanggup berlapis2. Tak Panas ke?
(dalam hati sahaja)

Cukup manis bila Cik Heliza berbaju kurung.
Apa-apa yang di pakai tetap cantik.
Alhamdulillah.

Saya cukup suka dengan penampilan Cik Heliza.
Sopan sepanjang masa.
Aku bila lagi?

Sunday, July 3, 2011

Bicara Sara Ali : Sebalik Kisah Seorang Promoter.



Assalamualaikum.

Baru berapa hari yang lepas aku keluarkan statement "Itu lah rutin harian ku sebagai temporary promoter @ Parkson Kajang...". Kerja tak sampai sebulan dah berhenti. Bermasalah ker diri ku ini? ooo, tidak. Tidak sama sekali. 


Pengalaman mengajar  erti kehidupan.
Pengalaman juga mewarnai kehidupan. 
Baik buruk semua tercatat. 
Susah senang menjadi pengukur. 


Promoter?
Satu perkerjaan yang mulia bukan?  Selagi mana rezeki itu datang dari Allah, dari sumber yang halal. Pasti dirahmati. Jangan dipandang sebelah mata. Dan jangan pula lupa, mereka masih manusia. Mereka mempunyai hati dan perasaan. Dan mereka juga dikurniakan telinga. Sama seperti yang lain.


Banyak mata yang memandang dan banyak mulut yang berbisik-bisik. Memang tak dapat lari. Seperti sudah menjadi rutin pada mereka. Aku sendiri kurang pasti. Adakah ia perlu ? Perlukah aku memberi jawapan. Tepuk dada tanya hati.


Wang, harta, pangkat, darjat bukan segalanya.
Tapi budi pekerti, nilai diri, itu penting.


Moral of the story,

Jangan pandang sebelah mata.

Jangan tutup sebelah mata.
Jika pandang,
Guna sepasang mata.
Jika tutup,
Tutup kedua-duanya.





Terima kasih,
Kau orang memang terbaik.
Gelak tawa senda gurau masih segar dalam ingatan.
( Kak imah, Ila, Ila square, Amirul, Ijad, Zafi, Bul, Fakhrul, Fadli, Fitri, Zul, Kak Jega, Mamat John Master, N mamat perfume, Shafiq, Mai, and Kak Nurul. opps lupa plak, pak li pun sama )


Jangan buat muka sedih, buat muka marah.
(habis barang makeup aku tertinggal kat Parkson)