tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Wednesday, October 5, 2011

Dari mata turun ke hati.



Orang selalu katakan :

"Dari mata turun ke hati" 

dan aku selalu memikirkan :

"Dari hati turun ke mana ? ".
(ketawa aku sendirian)


M.A.T.A. 
Bagi insan yang dilahirkan cukup sifatnya, mata merupakan salah satu organ penting pada kita semua.




Dengan mata aku mampu melihat raut wajah kasih seorang ibu.
Dengan mata aku mampu melihat raut wajah tegas seorang ayah
Dengan mata juga lah aku  mengenali itu abang, kakak dan adik.
Sungguh indah.


Dengan mata juga aku mengenali awan.
Dengan mata juga aku mengenali matahari.
Dengan mata juga aku mengenali bintang.
Dan dengan mata jugalah aku mengenali sang bulan.
Sungguh Unik.


Kerana mata aku mengenali itu pantai.
Kerana mata aku mengenali itu batu.
Kerana mata juga lah aku mengenali itu api
Dan kerana matalah aku mengenali air mata.


Pelahan-lahan mata ku tertutup.
Berharap segala keindahan tidak akan lenyap.
Sikit demi sedikit cahaya hitam menguasai.
Gelap.
Sungguh indah ciptaan-mu Ya Allah.
Aku bersyukur.


p/s: 
Mencari masa yang sesuai untuk bertemu doktor dan EYEMO menjadi teman ku. Insya Allah


3 comments:

m said...

anugerah yg perlu dihargai =)

Evagurl said...

dr hati turun ke cebisan kertas.. atau pun blog :)

teha said...

yeah ! mate tu penting kan.. hehe