tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, January 22, 2011

Rindu yang teramat.

Assalamulaikum...

Rindunya kat korang semua. Terharu sangat2, akhirnya dapat jugak mais buka blog mais ni. Hampir seminggu rasanya mais tak update blog. Blogwalking jangan cakap lah. Hanya beberapa orang je mais sempat singgah. Dan yang paling penting mais dah sihat sepenuhnya. Tapi sepenuh ker? Tak juga lah sebab batuk mais tak hilang lagi. Masih ada cikit2. Esok lusa hilang la tu. Insya Allah. 

 Ha! balik pasal blog. Korang nak tahu tak kenapa mais tak dapat buka blog mais.  Nak tahu kenapa?

  • mais cuba nak masuk account blog nie guna wireless kampus tapi asyik error je. Naik tension mais. Siap ada orang tu kena marah dengan mais. Tak pasal2 kan. Cian dia, tak ada kaitan pon dengan dia, tapi dia pula yang kena marah. hahaha.

  • mais bz dengan minggu add drop. maklumlah dah masuk sem baru kan. Jadi kena susun jadual biar cantik tapi hasilnya masih sama. Tambah buruk adalah. Setiap hari mais ada class. hehe.

Ah! apa lagi. Bila dah dapat masuk kat tempat puaka nie [ gelaran blog mais masa mais tak dpt tembus ke sini ]  memang banyak yang mais nak share dengan korang semua. Tapi mais rasa, dua hari pon tak habis kot. hehe.

Sibuk betolkan tudung. Al maklumlah sem baru. Tapi baju lama. hahaa..

Tengok...tengok...tengok tu, korang nampak tak? Disebabkan dah sebulan mais cuti sem. Mais nak pakai tudung pon dah tak reti.  Tudung tu memang mais akui la. Memang payah sangat nak dibentuk bila mais pakai spek. Dia tak nak muncung la kat atas tu. Asyik leper je. Dah macam bola je mais tengok . Al maklumlah , tudung tu memang mais pakai untuk pergi kuliah jer. Jadi kalo mais cuti sem 3 bulan. Kira baju2 tu dan tudung tu memang tak akan disentuh selama 3 bulan. hahaha...


Itulah page pengemuda DPP EON UUM. Semakin ramai yang like Page nie. Makin femes lah.

Sapa tu? korang kenal tak? Kalo korang nie kaki nasyid mesti korang kenal siapa dia ni. Sebab "Pengemuda" mais yang baru nie salah seorang ahli kumpulan nasyid. So korang teka lah sendiri. hehe.  

Sekarang nie, mais nak bergosip pulak. Sejak pengemuda yang baru nie. Meriah semacam jer penghuni DPP mais. Al maklumlah selepas roadshow bersama felo semua sibuk nak like PAGE pengetua DPP EON UUM. Ye la korang. First time kot DPP kami dapat felo yang masih bujang. So dari PENGETUA ditukar kepada PENGEMUDA.  Kreatif betul pengemuda kami tu. Yang paling best tu, de 88 projek dan program yang perlu kami bz2kan diri untuk sem nie. Cayalah. Mesti hebatkan. Sebelum2 nie pon banyak juga aktiviti yang kitaorang kena buat cuma sem nie lain cikit. PENGEMUDA katakan! hehehe

ok, dah habis dah. Setakat itu je lah cerita mais. Harap korang semua enjoy. Akhir kata dari mais "Sayangi lah diri anda dan DPP EON ". hahaha..

p/s: Terima kasih kepada shida sebab sudi bagi pinjam berokband. Kalo tak berbulan2 lah tak update blog. Esok lusa leh pinjam lagi. hahaha...





2 comments:

sang kelembai said...

dh bole msk entry ek..??
suke la 2..
huahuahua

Mais said...

to sang kelembai: mestilah...rindu sgt2...tue pon pinjam broadband member..hehehee