tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, January 4, 2011

Kecoh satu block dok bergosip pasal penunggu berbaju putih!

Salam readers.

Hari nie mais jadi seram sejuk. Macam tak caya je. Tempat yang mais tinggal ada penunggunya. Mais tak tipu k. Mak mais yang cerita sebab semalam ada salah seorang daripada penghuni block mais terserempak dengan benda tu. Nak ikutkan cerita nie dah lama, benda tu pon dah lama menetap disini. Cuma sejak kebelakangan nie. Benda tu kerap menampakkan diri.



Benda tu adalah sepasang suami isteri. Dua2 berpakaian putih. Si isteri bertudung dan berbaju kurung, si suami berpakaian baju kemeja putih dan berseluar ala2 putih juga. Benda tu berdua akan menampak diri di tengah2 malam di sebelah tangga sana sambil menaiki tangga dan berakhir di tingkat 3. [ bukan bahagian tangga rumah mais. syukur alhamdulillah sebab rumah mais betul2 sebelah tangga. Mais tingal dipangsapuri yang ada 4 tingkat dan mais tinggl di tingkat satu. ] 

Yang menakutkan, benda tu tiba2 je berada di tangga tanpa  tahu dari mana arah benda tu muncul. Lepas tu, bila benda tu berjalan ataupun menaiki tangga. Kita tak akan dengar bunyi tapak kasut pon. Bila dah sampai di tingkat 3. Benda tu akan terus menunju ke sebuah rumah yang kosong di tingkat 3. Yang membuatkan bertambah seram. Benda tu masuk rumah  tanpa buka pintu langsung. Masuk macam tu jer. Masa tu pulak. Secara kebetulan, jiran yang menyaksikan kejadian tu turut tinggal di tingkat 3 dan sedang membuka pintu. Bila nampak je macam tu, apa lagi kecut perut lah dan terus masuk rumah.

p/s: Mais berdoa. Benda tu tidak akan menganggu keluarga mais. 
p/s: Mais sama sekali tidak akan tinggal di rumah yang bertingakt2 lagi. Tak kisah lah rumah tu macam mana,aslkan dia x bertingkat. Terutama rumah yang ada lift.

2 comments:

Ayuni said...

cuba panggil ustaz pagar umah...

Mais said...

insya Allah...
=)