tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Showing posts with label DPP EON. Show all posts
Showing posts with label DPP EON. Show all posts

Monday, May 9, 2011

3 May 2011 Menjadi Sejarah.

Assalamualikum...

Meh sini, mentang-mentang la dalam tempoh seminggu aku melantak sakan. Si blogger seorang ini siap bagi komen macam ini pulak :


Terima kasih kepada Encik Azreen kita ini. Sebab sebelum kamu cakap macam tu, saya dah pergi cari timbang awal-awal lagi Memang naik pon, sekilo tu beb. haha. Malu-malu.

Oleh kerana dah naik, cepat-cepat aku lari satu banggunan sambil kibar bendera Malaysia. Bangga kerana naik sekilo. haha, ok, aku tipu je, sebenarnya aku dan member aku yang lagi 3 orang telah plan satu aktiviti. Bukan satu k, tapi 3 aktiviti dalam satu hari. Kasi bedal semua. Aku jamin, boleh turun berkilo-kilo, tak rugi rasanya aku makan banyak-banyak. haha.

Semua ini bertarikh 3 May 2011, bapaq lama. Meh cepat usha-usha aktiviti aku. Sure turun berkilo-kilo ini. Dengan penuh bangga aku cakap. Kalau kau orang rasa nak ikut macam aku dan rakan-rakan aku buat ini boleh la. Bestttt...


Akhirnya, kami sampai juga di litar go-kart. Keriangan tak terhingga setelah penat berjalan.Gara-gara cik Peyka bawa kami laluan yang penuh mencabar lagi berliku.hihi. Barulah terasa mencabar kawan ? Macam kehidupan juga, pastinya ada halangan. Tak senang nak jadi senang kawan.


Ini lah muka keriangan pelajar akhir. Sepanjang dua tahun setengah, baru kali pertama cik Shidot bermain go-kart di sini. Akhirnya tercapai juga impian kamu kan, sebelum meninggalkan bumi Sintok yang tercinta ini.


Pemilik nom 2? pemilik ker? Yang itu pinjam je ye, hehe. Jangan ada hati nak bawa balik rumah kawan. Tak pasal-pasal kena tambah satu sem lagi. Tapi ok juga, boleh teman aku sem depan. Haha. Harap maklum ya, Cik Z merupakan pelajar akhir juga.


Tongkat dagu je kak? Jangan macam tu. Oleh kerana cik peyka ini dah main sebelum kami main. Secara tidak langsung, dia jadi  camera girl kami pada hari itu. Wahhh, best2. terima kasih ye Cik peyka. Semester depan dah tak boleh macam ini, maklumlah kamu kan pelajar akhir. hehe.


Nampaknya ramai rakan-rakan aku akan habiskan pengajian mereka sem ini. Tinggal aku seorang diri. Ceh.ceh. sedih la pula. Haa. Kau orang ada tertanya tak, kenapa aku tak ada gambar masa main go-kart? Mesti tak tanya? Tapi jangan ingat aku tak main, aku main tau. Saje nak letak pic ini. Baru kena dengan cerita. huhu. Tak ada kaitan kot.


oke, lepas itu kami terus lari ke gym. Jangan terkejut. Kami masih mempunyai tenaga. Tapi malangnya, hampir separuh dari peralatan dekat sini aku tak reti guna. Haha..


Lepas dah bermandi peluh di gym, kami nak buat aktiviti yang keluar peluh sambil bersantai. Di mana tu? Sauna la. Mana lagi. 15 minit duduk dalam kotak panas. Tak tahan aku cakap. Tak sampai 15 minit lagi, aku dah keluar dulu. Kenapa? Kalau nak tahu, di akhir nanti aku bagi tahu kenapa.


Yang tak tahan nya, elok sahaja mandi-mandi. Singgah cafe niat nak beli air, akhirnya ini lah yang jadi kat kami. Makan ... makan dan terus makan. Cucur, cekodok dan goreng pisang. Tengok dah terliur. Siap bedal 3 jenis.


Dan seterusnya, makan nasi.  Sedap, cukup rasa. Tapi yang ini bukan aku punya tau. Mana aku punya? Yang kat bawah ini. baru betul.


Laksa!!!!!! sungguh tergoda plus aku ini memang hantu laksa. Dah tak dapat dipisahkan. Baunya cukup menggoda. Rasa memang mengancam. Puas rasanya.


Apa macam, ada kurus sikit tak? Kecoh la. Baru satu hari dah rasa kurus macam Jesica Alba . Mimpi lah. Oke, sebelum aku lupa, ini dia jawapan soalan tadi. Apa jadi dekat aku.

Belum 15 minit lagi aku dah keluar dari 'kotak panas' sebab aku dah rasa lain macam. Aku dah dapat agak apa yang akan jadi. Aku terus baring dan selimutkan badan. Muka aku pucat. Kepala berat. Penglihatan mula kabur. Aku tahu aku akan bertambah teruk, kalau aku tak buat macam itu. Mungkin aku tak akan sedarkan diri.Seperti selalu. 

Bila aku cerita dekat mak aku. Seperti biasa aku akan kena. Hehe. peace. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. 

P/S
Terima kasih kawan-kawan. Hari yang terbaik.

Tuesday, May 3, 2011

Cerita 26 April 2011 yang patut di kenang selamanya.

Assalamualaikum semua.

ok, aku tak nak banyak cerita. Minggu, minggu, minggu yang lepas punya cerita. Semua benda ni terjadi pada 26 April 2011 di Dewan Tan Sri Osman UUM, dimana berlangsungnya 'EON Grand Dinner 2011' bersama Naib Canselor UUM beserta seluruh penghuni  'Dewan Penginapan Pelajar Eon' . Tema yang dibawa adalah 'Moden Classic' dan lebih tertumpu pada warna biru,putih dan hitam dan bla....bla.....bla.....

"ahhhh...membebel jer la ko ni, pe kata kau orang layan gambar-gambar aku bersama teman yang comel lagi cute, sekian. "  Zassss

Yang cantik tinggi lampai tu aku panggil dia 'z' n kadang-kadang nak nampak cun sikit aku panggil dia 'ct z'. Ok tak?. Ok kan? lain dari lain tu. 

Si gadis yang manis lagi sopan tu pulak, aku panggil dia 'su'. Su apa? Yang tu kau orang kena cari sendirilah. Nak nombor telefon pun kau orang kena usaha sendiri. Aku tak nak tolong. Dan kebetulan su ada masa dinner sebab dia nak hantar report. Al-maklumlah pelajar praktikal. 

Haa, nie status kakak. Aku panggil Kak Tim. Seorang yang sangat-sangatlah kecik. Betul-betul buat aku jeles sebab aku tak sekecik dia pun.'Kak, akak tak nak ambik lemak sara sikit ker? '.hahaha~

Banyak-banyak kawan, yang ini paling sempoi plus rock. Dia tak main lah manja-manja ni. Tak pasal-pasal 'kau jangan nak ngada-ngada, tak pasal-pasal kena penyepak aku'. Babaq gila ganas. Tapi best tau dapat member macam ni. Sempoi habis. Caya lah 'Feeka'.

Yang ini pun berstatus 'Akak'. Saje nak mengedikkan diri. Banyak jasa Kak Aisyah pada kami. Kalau bukan kerana Kak Aisyah, memang kami tak akan keluar dari UUM lah tanpa khidmat Akak. 'Terima Kasih Akak sebab sudi melayan kerenah kami dan membawa kami bersiar. Sayang Akak.' Wahhh,segmen sedih la pula.

Si manis berbaju putih ni, nama dia Shida. Aku selalu balik KL dengan dia. Senang cerita satu bas dengan dia and 'z' lah. Dia ini boleh  katakan suka bergambar, dan tangkap gambar orang pun boleh tahan juga lah. Al maklumlah orang suka bergambar, maka sudah semestinya tahu part2 yang menarik untuk dijadikan kenangan. Betul tak?

Lebih dikenali sebagai 'angah', kira aku yang paling kekal kot panggil angah. Yang lain semuanya panggil 'dayah'. Saje gatal nak wujudkan macam orang ni kita panggil Along, Angah dan aku ucu. Tapi semua tak menjadi plus aku tak biasa, lagi pun aku lebih biasakan nama 'sara' bila bercakap dengan member2. hehe.

Nor, simple kan? Caya tak nama dia 'nor' sahaja.Tak percaya bukan. Sebab nama dia 'nor _ _  _ _ '. Maaflah aku pun tak tahu nama sebenar dia apa. Hehehe. "Maaf ye Nor. Sara terlupa nak interview kamu lebih " [sedangkan dah kenal dari sem 1 lagi tu, dush kat diri sendiri ]

Haaa,,,kalau kau korang nak tahu. Ini lah roommate aku kat UUM, dari sem 1 sampai lah aku sem 5. Cantik kan? Pandai dia mengayakan selendang. Betul tak? Kalau kau orang nak tahu dia ni seorang yang rajin, cuma aku ni je yang malas nak belajar. lalalala~ Ya Allah, lupa pula nak kenalkan nama roommate. Aku panggil 'ema', nak kenal lebih usaha sendiri. haha.

Yang nie pun nama dia 'Su' tapi suhaili. Kawan baik kepada roommate aku. Comelkan dia. Kecik je. Jeles betul aku dengan dia. hehe. 'Nak lemak cikit tak? hahaha...'

Yang terakhir, Azza panggilan dia. Dan malam tu, kenderaan untuk pergi ke DTSO semuanya atas khidmat  kereta dia. Terima kasih kerana tak terhingga, kalau tak sudah pastinya kami basah kuyup dalam dewan tu. 'Pandai azza bawak kereta', cantik pula tu ',hehehe.

Tamat sudah. Aku tak nak membebel banyak-banyak. Penat sudah!

p/s

Terima Kasih kerana telah mewarnai kehidupan ku ini, Di harapkan persahabatan kita tak berakhir. Insya Allah.

Friday, April 22, 2011

Kempen Derma Darah

Bila sebut sahaja kempen derma darah. Aku adalah orang yang pertama cabut lari. Serius, aku bukan sombong. Malah aku bukan kedekut. Sebab ia bukan kuih keria tapi ia darah. 

Darah dengan kuih keria adalah satu benda yang berbeza tau. Apa kaitan dengan kuih keria? Nak tahu klik SINI



Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku dari dulu sampai sekarang memang tak boleh tengok darah dalam kuantiti yang banyak. Mula rasa nak pitam. Kepala dah mula rasa pening. Mata rasa nak tutup. Kaki mengeletar semacam. Hilang semua tenaga. Ia menjadi salah satu sebab kenapa aku tak jadi doktor.

Oleh  sebab itu, bila aku nampak sahaja darah. Aku cepat-cepat bla. Tapi darah yang real tau dan aku tengok secara live. Kalau tengok dekat TV, aku boleh terasa cikit. Tapi hanya tahan dalam beberapa minit sahaja. Lepas tu aku cepat-cepat duduk sebab takut pengsan.

Ye, aku boleh pengsan. Tapi bukan pengsan tipu-tipu ok. Seingat aku dulu, masa aku sekolah rendah dan menengah. Aku kerap pengsan. Sedar-sedar aku di papah ataupun sedang baring dekat katil.

Haha. Kesian kepada  mereka yang terpaksa angkat aku yang berat ini. Apa-apa pun jasa kamu semua, aku kenang dan terima kasih  sebab tidak biarkan aku tersadai tanpa arah. hehe.


Motif N3:

Terdapat kempen menderma darah di kolej aku. Kepada sesiapa yang berminat boleh la datang ke :

DEWAN CENDERAWASIH, DPP EON, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH.


Wednesday, April 20, 2011

Kerana kuih keria aku jadi seorang yang kedekut.


Nak dibuatkan cerita, sebenarnya aku baru balik dari kelas, aku singgah cafe sekejap. Niat dihati nak jengguk2 je. Tapi si angah tiba2 cakap " sara, kuih kesukaan kamu ada ni ". Siap tunjuk-tunjuk lagi tu.

Aku apa lagi, terus rasa malu. 

Dalam malu2 tu, dalam hati siap berbisik tu " ala, si mamat nie sibuk je. Aku nak beli kuih ni, dia pon nak beli. Dah la tinggal berapa je. Kang aku tak dapat beli pula" .

Elok je dia letak penyepit tu, cepat2 aku ambil. Devil gila aku.

= = = = = = = = = = = = =

Fuhh !!!..

Kira selamat angah tak tahu. Sebab aku hanya bermonolog dalam diri.Sure dia tak dapat baca apa yang aku fikirkan.

Tiba2 teringat masa aku sem 1 atau sem dua. Aku tak berapa ingat la, masa tu kak zah ada buat kuih keria. Seringgit 4. So aku tibai dua ringgit la. Jadi aku ada 8 ketul kuih keria. Rasa puas bukan kepalang aku. Angah pula beli kuih apa ntah, aku pun lupa.

Lepas dah beli-beli, aku lepak kat cafe. Tiba-tiba member angah datang. Sedang kitaorang menikmati juadah petang gitu. Dengan serta merta angah pelawa dowang makan. Siap dengan kuih2 aku pun dia pelawa. Apa lagi cepat betul tangan dowang ambil kuih aku. Satu demi satu. Agak berapi juga la sebab "itu kuih kesukaan aku la".



 Akhirnya licin. Elok je aku banggun. 

 " angah, kenapa angah pelawa kuih sara tu? itu kuih kesukaan sara. Berapi je sara tengok dowang ambil kuih tu. Sara tak puas la. Lagi pun dah lama sara cari kuih tu "dengan muka masam mengalahkan cuka.

"laa, angah ingat kamu ok je sebab tu angah pelawa dowang. sorry la. Tak tahu pula kamu tak bagi " muka angah ketika itu agak terkejut dengan statement aku.

"kalau kuih lain tak apa la, tapi itu kuih keria! "

Nampak, kejam gila tambah kedekut tahap melampau. Sehingga sekarang kisah itu menjadi bahan setiap kali ternampak kuih keria. Ia menjadi kisah antara aku, angah dan kuih keria. Legend betul. haha 

p/s: 

Mesti korang tak baca kan?
Sebab N3 panjang berjelar2.

ish, jangan begitu dong...

Jadi 'perakk' seketika bila Ahmad Idham depan mata.


"Peraakk" yang aku cakapkan tu bukan aku mention about Negeri Perak Darul Ridhuan tau. Korang jangan salah faham pula, tak ada nyer aku nak kutuk atau mempermainkan negeri kelahiran aku sendiri.

Tapi "peraakk" yang aku nak mention kat sini ada lah Jakun. Korang tahu tak apa itu jakun? Ala spesis macam orang tak pernah jumpa artis. Teruja lebih. Ala, suka hati korang la, korang nak translate kan perakk tu spesis apa. Janji korang dapat gambaran k.

Dengan action nyer aku nak cakap yang aku tadi join talk yang dianjurkan oleh DPP aku sendiri. Tak lain tak bukan DPP EON la.  Siap dua talk tu dalam sehari. Yang paling aku suka talk by pengarah terkenal kita sekarang ni, iaitu Encik Ahmad Idham. Memang sempoi aku cakap sama lu. Sporting habis. Talk dia pun sempoi and cool. 

Aku tak nak cakap banyak. Korang tak percaya kan? Ini lah gambar Ahmad Idham yang aku tangkap sendiri. huhuu


Berbalik pada Ahmad Idham punya cerita. Dengan sedia maklumnya, aku dah tahu latar belakang Encik Ahmad Idham dan serba sedikit kerjaya bila kita cuba untuk menceburi bidang glamor ini. Cara dia handle permasalahan dan macam mana dia cuba untuk create something new in his film dan banyak lagi.



Muka penuh bangga. Rasa macam nak bagi penampar laju-laju je. haha. Tu baru jumpa Ahmad Idham. Dah muka macam itu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Ish2.



oke, ini lah member2 ku yang join talk tue. Semoga apa yang dicerotakan oleh Encik Ahmad Idham menjadi guard line kepada kita.

Setiap kejayaan yang kita inginkan, tidak semestinya kita perlu terus berada di atas. Mungin kita perlu melalui beberapa peringkat.Tapi Jangan lah kita berfikir yang kita perlu berada di comfort zone selama-lamanya tanpa ada perubahan. Sekali melangkah teruslah melangkah tanpa henti. Perlulah kita ingat, janganlah kita jadi seperti carrot and eggs tapi biarkan diri kita seperti coffee bean. Itu yang TERRBAIK.


Wsalam.

Friday, April 15, 2011

Tulang retak 1000 gara-gara mengemas.



Berat rasa mata untuk melihat suasana pagi. Boleh tak tak nak banggun? Nak tidor sampai ke petang. Penat lah. Sakit satu badan.

Tapi nak buat macam mana. Pagi-pagi lagi massage masuk bertalu-talu. Ringtone dah lah tak boleh bla. Lagu "yunk" pula tu. Geli la pula rasanya. Maka aku gagahkan jua mata ini demi mu 'business'. Bak kata Encik Bf aku tu.
Kemalasan aku hari ini semua gara-gara program pada pukul 3.00 petang nanti. Program "Indahnya Kolejku". So kalau dah ada perkataan 'indahnya', kami warga blok perlu bergotong - royong satu blok. Dan aku ditugaskan di bilik tv. Seronok bukan kepalang. Al maklumlah, dari sem 1sampai sem 4, asyik cuci toilet je. Tak kiralah, toilet baru atau toilet lama. Dah kena cop 'muka tandas'.

Tapi itu semua indah dari khabar sahaja. Kemas bilik tv bukan senang yang aku sangkakan. Tapi keja2 ku menjadi mudah disebabkan rakan seangkatan kaki bilik tv. Haha, tq so much la korang. Korang memang sporting habis la. Siap ada yang jatuh tu. Nasib baik lah tak ada apa2. 

ok, kat sini aku nak gedik bagi perjalanan aku sampai "tulang retak seribu".
8.00 pg  - 3.30 petang   " aku ada kelas "
3.30 ptg - 4.30 petang  " kumpul tenaga" [ tidor ]
5.00 ptg - 8.30 malam  " aku kerja part time "
- angin gila aku sebab aku kena selongkar barang, macam orang sebelum aku tak buat kerja je. Sedangkan aku tengok dok bersembang jer. Kotor gila kedai. Aku bila bab2 kotor nie memang menyampah habis
9.00 malam - 10.30 malam   " gotong royong blok "
10.30 malam - 11.30 malam " rotong - royong bilik "
11.30 malam - 12.00 t/mlm  " berurusan dengan MT "
12.00 malam                           " basuh kain & mandi "
1.00 pagi                                 " lepak tengok tv cerita hantu "
2.30 pagi                                 " Buat assignment "
3.30 pagi                               " tidor "



p/s :

First time guna post blockquote

ok tak? ok tak?.

riak gila. haha.



Tuesday, April 12, 2011

Hati hancur berkecai kerana mu.

6.30 pagi

terettt... terettt.. turuutttt.. lalalala~

Bunyi dah la tak sedap. Memekak pulak pagi-pagi buta ni. Kacau betul aku tengah tidur. Tapi macam pernah aku dengar je bunyi tu. Rupa-rupanya bunyi alarm fon aku. Cepat-cepat aku cari handfon. Aku raba-raba bawah bantal. Masih tak jumpa. Kat hujung kaki. Still tak ada juga. Kat hujung katil. Tak ada juga. Bunyi makin lama makin kuat pula.  Cepat-cepat aku berdiri atas katil. Takut menganggu roomate aku. 

Laaa,,,kat atas meja study rupanya. Apa lagi. Sepantas kilat aku capai dalam kegelapan. tab..tab...tab....senyap juga akhirnya ko.

5 miscall. 4 message. 

Pelik? sapa pula yang rajin call aku time aku tidur ni. Nasib badan la. Semalam aku tidor awal. Kol 12 mlm aku dah tidor. haha, kesian kat korang kan. Korang lambat 30 minit je. hehe.

Jahat gila aku.


6.59 pagi

Calling calling buah hati. Al maklumlah nak pujuk buah hati konon. Dah buat salah pandai2 tanggung la. Tak kan asyik dia je yang pujuk aku. 



[ muncung huduh]

Dengan muka yang tebal dan suara macho aku, aku mula operasi pujuk memujuk. haha

Wekk, geli pula tekak aku bila cakap macam tu. Sebenarnya aku tipu. Tak ada acara pujuk memujuk pun. Cakap macam biasa je. Macam orang normal.


10.00 pagi

Aku : Fiqa, petang nie kita g main go-kart erk? 

Aku tak tahu kenapa, dalam kepala aku asyik g0-kart je. Tiba-tiba pula tu. Macam la aku ni reti main g0-kart. Alhamdulillah, lepas berkompromi dengan rakan sendiri. Dia setuju. Kira deal la. 

Masa      : 5.30 petang
Tempat   : g0-kart UUM
Pakaian  : Sukan

Yeye. dapat main g0-kart. Selang berapa jam. Aku baru teringat yang kasut sukan aku dah hancur berkecai. Tidakkkk.... sedihnya terpaksa cancel plan untuk main g0-kart petang nie. sedih. sedih. sedih.


Kenapa la ko rosak masa ni? Kenapa tak nak rosak lepas aku habis belajar? Tengok dah berkecai hati aku ko buat. Malam nanti mesti termimpi-mimpi naik g0-kart. Kalau korang nak tahu, kasut ni rosak masa aku join game DPP aku sendiri. Seronok habis. Sebab dah terlampau seronok, ini lah jadinya. hahaha.




3.00 petang

Sedang berusaha untuk mencari kasut.
Urm, ada sapa2 yang baik hati tak nak bagi saya pinjam kasut dia? lalala~

Tuesday, March 15, 2011

Asyik-asyik aku,,, Asyik- asyik aku, , , Tak ada orang lain ke ?

" Dayah, kamu dah tengok draf final exam ? "  kata kawan aku dekat kawan aku yang sorang lain yang duduk depan aku dan sebelah aku masa aku baca note untuk exam petang tadi . [korang faham ke apa yang aku cakapkan nie. Ala buat-buat faham je la erk.]

Berbunga hati aku bila dengar Draf dah keluar. Tapi masih belagak baca note tu. Macam lah bagi tumpuan 100%. Sebenarnya dah merewang sambil perasan "sem ini aku boleh la balik awal". hehe. Mula lah, bila dengar draf dah keluar. Terkeluar nama-nama subjek yang dowang ambil untuk sem ni. Nasib baik dowang sebut subjek yang pernah ak dengar. Kalau tak mula lah aku buat muka pelik. hehe.



Tapi itu semua hanya mimpi. Dengan kata lain "jangan perasan la der ko nak balik awal ". Sakitnya hati. Rasa nak menjerit je. Tiap-tiap sem mesti muka aku je yang balik lambat. Dari sem 1 sampai lah sem 5 ni ha. Langsung tak bagi peluang kat aku nak tarik beg depan member-member aku yang lain. Asyik-asyik aku je yang tengok dowang tarik beg depan aku. Bengang gila. 

Yang tak boleh bla, dah la hari yang last. Malam pulak tu. Eee, rasa nak gigit je meja ni. Tidor sowang lagi. Kompem kat blok dah boleh kira dengan jari kaki. Tension betul.  Aku nie pula pengecut orang nya. Arrrggghhh......Tension, Tension. Tension. Nak berharap apa lagi. Walaupun baru draf pertama, tapi aku yakin. Tidak akan ada sebarang perubahan. Caya lah cakap aku. Draf tu tetap akan kekal sampai bila-bila. Aku benci. Aku benci. Aku benci pada diri mu. Huh!!!


p/s :

Malam ini ada meeting dengan pengetua di bilik meeting DPP. Malas rasanya nak pergi, tapi wajib la pulak. So kena rajin-rajinkan lah kaki ini untuk melangkah ke sana. haha. 

Saturday, February 19, 2011

Agak teruja dengan gambar ini.

Harap maklum...

Saya nak update blog! tapi saya tak ada idea nak update apa. Agak geram pon ada jugak. Kosong. Macam tin kosong dalam kepala nie. Jadi hari ini saya nak blogwaking lah. Agak lama juga saya tak berjalan-jalan dalam dunia maya ni. hehe..

Haa sebelum saya berjalan-jalan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada reader or blogger yang telah follow this blog and comment my n3 too. Terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab saya lambat membalas kunjungan anda semua. Yang penting tinggalkan jejak. Insya Allah, saya akan singgah.

Ok, sebelum itu. Jom kita belek-belek gambar yang tak seberapa ini. Maaflah kalo tak cantik. Saya pun masih belajar macam mana nak edit pic. Enjoy tau kawan-kawan. Untuk maklumat readers, gambar ini di ambil ketika kami mengikuti perbarisan SUKUUM. Dan yang paling best Kami telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUKUUM dan ......alamak satu lagi anugerah apa nyer? Lupa lah pulak.Maaf nyer. huhuhu.... 


Itu saya. Saya memang suka bergambar dan ambil gambar orang.


Mereka adalah kawan-kawan saya yang terlibat dengan perbarisan SUKUUM. Tahniah untuk EON.


Kamilah juara!!! Maju EON untuk UUM.


Yang ini kawan saya. Saya tak tahulah. Banyak-banyak gambar. Saya suka gambar ini. Cantik Feeka.

Dan yang terakhir. Maskot DPP EON bersama Pengetua.


Akhir kata dari pengetua. eh, bukan-bukan. Akhir kata dari saya " tak sabar rasanya nak BBQ bersama pengetua " .......Kami tungguuuuu .....

Saturday, January 22, 2011

Rindu yang teramat.

Assalamulaikum...

Rindunya kat korang semua. Terharu sangat2, akhirnya dapat jugak mais buka blog mais ni. Hampir seminggu rasanya mais tak update blog. Blogwalking jangan cakap lah. Hanya beberapa orang je mais sempat singgah. Dan yang paling penting mais dah sihat sepenuhnya. Tapi sepenuh ker? Tak juga lah sebab batuk mais tak hilang lagi. Masih ada cikit2. Esok lusa hilang la tu. Insya Allah. 

 Ha! balik pasal blog. Korang nak tahu tak kenapa mais tak dapat buka blog mais.  Nak tahu kenapa?

  • mais cuba nak masuk account blog nie guna wireless kampus tapi asyik error je. Naik tension mais. Siap ada orang tu kena marah dengan mais. Tak pasal2 kan. Cian dia, tak ada kaitan pon dengan dia, tapi dia pula yang kena marah. hahaha.

  • mais bz dengan minggu add drop. maklumlah dah masuk sem baru kan. Jadi kena susun jadual biar cantik tapi hasilnya masih sama. Tambah buruk adalah. Setiap hari mais ada class. hehe.

Ah! apa lagi. Bila dah dapat masuk kat tempat puaka nie [ gelaran blog mais masa mais tak dpt tembus ke sini ]  memang banyak yang mais nak share dengan korang semua. Tapi mais rasa, dua hari pon tak habis kot. hehe.

Sibuk betolkan tudung. Al maklumlah sem baru. Tapi baju lama. hahaa..

Tengok...tengok...tengok tu, korang nampak tak? Disebabkan dah sebulan mais cuti sem. Mais nak pakai tudung pon dah tak reti.  Tudung tu memang mais akui la. Memang payah sangat nak dibentuk bila mais pakai spek. Dia tak nak muncung la kat atas tu. Asyik leper je. Dah macam bola je mais tengok . Al maklumlah , tudung tu memang mais pakai untuk pergi kuliah jer. Jadi kalo mais cuti sem 3 bulan. Kira baju2 tu dan tudung tu memang tak akan disentuh selama 3 bulan. hahaha...


Itulah page pengemuda DPP EON UUM. Semakin ramai yang like Page nie. Makin femes lah.

Sapa tu? korang kenal tak? Kalo korang nie kaki nasyid mesti korang kenal siapa dia ni. Sebab "Pengemuda" mais yang baru nie salah seorang ahli kumpulan nasyid. So korang teka lah sendiri. hehe.  

Sekarang nie, mais nak bergosip pulak. Sejak pengemuda yang baru nie. Meriah semacam jer penghuni DPP mais. Al maklumlah selepas roadshow bersama felo semua sibuk nak like PAGE pengetua DPP EON UUM. Ye la korang. First time kot DPP kami dapat felo yang masih bujang. So dari PENGETUA ditukar kepada PENGEMUDA.  Kreatif betul pengemuda kami tu. Yang paling best tu, de 88 projek dan program yang perlu kami bz2kan diri untuk sem nie. Cayalah. Mesti hebatkan. Sebelum2 nie pon banyak juga aktiviti yang kitaorang kena buat cuma sem nie lain cikit. PENGEMUDA katakan! hehehe

ok, dah habis dah. Setakat itu je lah cerita mais. Harap korang semua enjoy. Akhir kata dari mais "Sayangi lah diri anda dan DPP EON ". hahaha..

p/s: Terima kasih kepada shida sebab sudi bagi pinjam berokband. Kalo tak berbulan2 lah tak update blog. Esok lusa leh pinjam lagi. hahaha...