tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Bicara Rakan : Saat-saat indah buat mu sahabat.

Syukur alhamdulillah...Selepas berperang berminggu-minggu di medan exam. Akhirnya saya bebas!!! Percaya tak? Percaya tak ? Kalau tak percaya,anda kena percaya juga. 

Okey, dengar sini. Ada pengumuman.

Dengan segala hormatnya esok saya akan pulang ke kampung halaman (Kajang). Cuti 3 bulan itu. Lama tau. Wah, seronok rasanya hati ini. Honeymoon~

"Nak buat apa ya cuti ini?"

Tanam jagung?

Tanam anggur?

Tanam kacang?

Hehe, Maaflah. Yang itu, saya terpaksa rahsiakan dulu. Tak best la kalau cerita awal-awal bukan? Okey, saya bukan nak cerita "apa yang saya akan buat time cuti ini ". Tapi mengenai aktiviti di pagi 27 May 2011. Semua itu ada kaitan dengan N3 yang sebelum ini. Masih ingat ke? Baguslah kalau masih ingat. Kalau ingat-ingat lupa sila klik N3 kat bawah ini. tq

Saya tak nak banyak cakap, jom saksikan aktiviti kami berdua.


Berakhir sudah perjuangan ku disini.
(agaknya itu kot si gadis manis tu cakap dalam hati. hehe )
impak yang lebih jelas. tekan right klik pada gambar.


Peace.
(sapa mahu jadi model tak berbayar saya untuk sem depan? )
 Terus belajar dan belajar.
impak yang lebih jelas. tekan right klik pada gambar.


Gambar atas dan gambar bawah.
Sama atau lain?
(Sama? Lain?)
MOtif



Siapa teringin menunggang kuda, sila datang UUM.
Semuanya ada di sini.
( Takut nak pegang kuda, bergambar dekat kandang kuda pun jadi lah )


Sedap bukan?
Terliur?
Sila lah terliur kerana ia cukup sedap.


Akhirnya ada gambar kami berdua. Oleh kerana tak ada orang yang sudi membantu kami. ( semua orang dah balik kampung ) dengan sedaya upaya kami dan inilah hasilnya. 

What is a Friend?

Don't forget to smile !!!

p/s:
Banyak lagi sebenarnya tempat yang kami lawat, tapi biasa lah takut blog jadi berat.
- jelajah mereka-meraka yang telah terjah  blog ini time saya exam hari tu..
- TQ so much.


Thursday, May 19, 2011

Bicara Hati: Sayu bila di tinggalkan.

Assalamualaikum.

Aku ingat hari ini aku tak nak update apa-apa cerita. Memikirkan exam yang bakal aku duduki esok pagi. Oleh kerana aku dapat message dari seorang sahabat petang tadi . Kenapa tidak aku coretkan di dalam blog ini? Supaya saat ini akan aku ingat sampai bila-bila.

Aku baca massage pemberiannya, terus aku jadi sayu. Terasa sedih. Cepat sangat masa berlalu. Aku terdiam seketika, menghitung hari untuk bersama. Masih ada waktukah untuk bersama?  Hanya tinggal berapa jam dan hari sahaja lagi. Oleh kerana kesibukan masing-masing telah menyekat untuk kita bersama. 

" kawan-kawan, esok petang kita makan sama-sama ye, dalam kul 6 petang ok? saya belanja, tak kisah kau orang nak makan apa-apa pun kat nongka tu, jumpa esok " 

Bukan kerana aku bakal dibelanja ataupun apa, tapi dengan kehadiran message tersebut telah menyedarkan aku bahawa " bila aku akan bertemu dengan mereka lagi? "  .  " Masih ada peluang lagi ke untuk kita bersama?"

Ahh, terasa sayu dalam hati ini. Kenapa mesti setiap pertemuan itu ada perpisahan? Kadang-kadang aku seolah-olah benci pada setiap pertemuan kerana aku pasti ia akan ada perpisahan di penghujungnya. Kerna aku sayang pada mereka,walaupun kami pernah berselisih faham satu sama lain tapi mereka tetap sahabat aku.

Akhirnya aku berjaya mencari gambar yang tak ada seorang pun tertinggal. 


p/s:


Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi teman, sahabat, dan rakan sara selama ini. Secara tak langsung menjadi penyeri saat sara dalam kesedihan. Maafkan segala kesilapan yang pernah sara lakukan kepada kalian.  Sesungguhnya sara memang sayangkan kalian.

Disini ada beberapa kisah mengenai kami.
  1. 30 april 2011-bbq time
  2. Jadi perakk seketika bila ahmad idham depan mata
  3. Cerita 26 april 2011 yang patut di kenang selamanya
  4. 3 may 2011 menjadi sejarah.
  5. Akhirnya kaki ku berada di Penang
  6. Agak teruja dengan gambar ini.
Sayangnya, hanya ini sahaja kisah yang sempat aku coretkan. Kebanyakan kisah kami, aku telah semadikan ke dalam blog yang satu lagi. Malangya aku dah tak aktifkan sampai terlupa password.


Monday, May 9, 2011

3 May 2011 Menjadi Sejarah.

Assalamualikum...

Meh sini, mentang-mentang la dalam tempoh seminggu aku melantak sakan. Si blogger seorang ini siap bagi komen macam ini pulak :


Terima kasih kepada Encik Azreen kita ini. Sebab sebelum kamu cakap macam tu, saya dah pergi cari timbang awal-awal lagi Memang naik pon, sekilo tu beb. haha. Malu-malu.

Oleh kerana dah naik, cepat-cepat aku lari satu banggunan sambil kibar bendera Malaysia. Bangga kerana naik sekilo. haha, ok, aku tipu je, sebenarnya aku dan member aku yang lagi 3 orang telah plan satu aktiviti. Bukan satu k, tapi 3 aktiviti dalam satu hari. Kasi bedal semua. Aku jamin, boleh turun berkilo-kilo, tak rugi rasanya aku makan banyak-banyak. haha.

Semua ini bertarikh 3 May 2011, bapaq lama. Meh cepat usha-usha aktiviti aku. Sure turun berkilo-kilo ini. Dengan penuh bangga aku cakap. Kalau kau orang rasa nak ikut macam aku dan rakan-rakan aku buat ini boleh la. Bestttt...


Akhirnya, kami sampai juga di litar go-kart. Keriangan tak terhingga setelah penat berjalan.Gara-gara cik Peyka bawa kami laluan yang penuh mencabar lagi berliku.hihi. Barulah terasa mencabar kawan ? Macam kehidupan juga, pastinya ada halangan. Tak senang nak jadi senang kawan.


Ini lah muka keriangan pelajar akhir. Sepanjang dua tahun setengah, baru kali pertama cik Shidot bermain go-kart di sini. Akhirnya tercapai juga impian kamu kan, sebelum meninggalkan bumi Sintok yang tercinta ini.


Pemilik nom 2? pemilik ker? Yang itu pinjam je ye, hehe. Jangan ada hati nak bawa balik rumah kawan. Tak pasal-pasal kena tambah satu sem lagi. Tapi ok juga, boleh teman aku sem depan. Haha. Harap maklum ya, Cik Z merupakan pelajar akhir juga.


Tongkat dagu je kak? Jangan macam tu. Oleh kerana cik peyka ini dah main sebelum kami main. Secara tidak langsung, dia jadi  camera girl kami pada hari itu. Wahhh, best2. terima kasih ye Cik peyka. Semester depan dah tak boleh macam ini, maklumlah kamu kan pelajar akhir. hehe.


Nampaknya ramai rakan-rakan aku akan habiskan pengajian mereka sem ini. Tinggal aku seorang diri. Ceh.ceh. sedih la pula. Haa. Kau orang ada tertanya tak, kenapa aku tak ada gambar masa main go-kart? Mesti tak tanya? Tapi jangan ingat aku tak main, aku main tau. Saje nak letak pic ini. Baru kena dengan cerita. huhu. Tak ada kaitan kot.


oke, lepas itu kami terus lari ke gym. Jangan terkejut. Kami masih mempunyai tenaga. Tapi malangnya, hampir separuh dari peralatan dekat sini aku tak reti guna. Haha..


Lepas dah bermandi peluh di gym, kami nak buat aktiviti yang keluar peluh sambil bersantai. Di mana tu? Sauna la. Mana lagi. 15 minit duduk dalam kotak panas. Tak tahan aku cakap. Tak sampai 15 minit lagi, aku dah keluar dulu. Kenapa? Kalau nak tahu, di akhir nanti aku bagi tahu kenapa.


Yang tak tahan nya, elok sahaja mandi-mandi. Singgah cafe niat nak beli air, akhirnya ini lah yang jadi kat kami. Makan ... makan dan terus makan. Cucur, cekodok dan goreng pisang. Tengok dah terliur. Siap bedal 3 jenis.


Dan seterusnya, makan nasi.  Sedap, cukup rasa. Tapi yang ini bukan aku punya tau. Mana aku punya? Yang kat bawah ini. baru betul.


Laksa!!!!!! sungguh tergoda plus aku ini memang hantu laksa. Dah tak dapat dipisahkan. Baunya cukup menggoda. Rasa memang mengancam. Puas rasanya.


Apa macam, ada kurus sikit tak? Kecoh la. Baru satu hari dah rasa kurus macam Jesica Alba . Mimpi lah. Oke, sebelum aku lupa, ini dia jawapan soalan tadi. Apa jadi dekat aku.

Belum 15 minit lagi aku dah keluar dari 'kotak panas' sebab aku dah rasa lain macam. Aku dah dapat agak apa yang akan jadi. Aku terus baring dan selimutkan badan. Muka aku pucat. Kepala berat. Penglihatan mula kabur. Aku tahu aku akan bertambah teruk, kalau aku tak buat macam itu. Mungkin aku tak akan sedarkan diri.Seperti selalu. 

Bila aku cerita dekat mak aku. Seperti biasa aku akan kena. Hehe. peace. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. 

P/S
Terima kasih kawan-kawan. Hari yang terbaik.

Wednesday, May 4, 2011

30 April 2011 : BBQ TIME

Assalamualaikum.

Rajin betul aku up-date blog sekarang ni, setelah sekian lama bercuti. Padahal.... haha, tak ada kaitan kot rasanya. Ok, kali ini aku nak cerita perkara yang lepas juga. Opps...dah basi ker? Belum lagi kot. Kalau kau orang rasa tak nak tahu, cepat tekan [x] kat atas tu. Jangan risau aku tak makan kau orang punya. hehe.

Kalau kau orang baik la kan, aku nak tanya. Kau orang ada baca tak n3 sebelum ini? Dush. x baca erk? Nak kena ni! Pi cepat tekan ITEM older post sekarang!. Haha.. Okey la, aku cuma nak kata yang 'dalam tempoh seminggu kerja aku hanya melantak sahaja '. 26/4  aku dah menyemakkan diri join dinner manakala 30/4 aku mengembangkan diri dengan bbq time bersama kawan-kawan aku yang awesome. huhu.

Meh sini aku nak bagi kau orang terliur cikit. 


Apa? Kau orang cakap tak terliur pon!, xpe2. aku kaci yang lagi terliur.


Meh, kau orang cakap biasa2 je kan. Tak apa! Aku kasi yang buat kau orang jeles dengan aku.


Aku yakin, yang ni kau orang mesti terliur kan? Tapi jangan harap lah, yang tu aku punya semua. Haha. Gila tamak. Ah...mesti lah aku tamak sebab aku tolong dia orang masak k. Tapi bukan aku yang masak. hihi.. Ala, kira ok lah kalau tolong golek2 kan dan suluh lampu time masak. Tolong juga kan? hehe.


Terliur lagi ker? udah2 la, semua aku dah melantak. Haha. Haa, dengan bangganya aku nak cakap yang ini pun aku panggang juga. Kalau kau orang nak makan, sila lah ambik sebab aku tak berapa suka sangat makan benda alah ini. Hehe. Sila lah jemput makan. Jangan segan-segan. haha. Tengah baik hati ini.


Maka ini lah mereka-mereka yang telah join 'melantak sampai pengsan'. haha. Setakat ini tak adalah yang pengsan, semuanya senyum kekenyangan. [plus aku yang pandai masak ini, perasan!!! ]. haha. Oleh kerana ahli tak cukup kat situ, aku gatal-gatal tangan nak tambah lagi gambar. Biar korang sakit mata plus jeles dengan aku. Tak ada kaitan kot.


Masa ini kami baru nak hidupkan bara. Serius aku cakap aku tak reti langsung, tapi nasib baik lah dia orang ajar aku. Kira dapatlah satu ilmu macam mana nak hidupkan bara. Kalau tak, tunggu 10 tahun pun betul pasti kau orang dapat makan. haha. Lepas ini boleh la buat kat rumah pula, "maka abang aku tu jangan nak sibuk, kaci can kat adik mu ni panggang pula, acik dia je! "


Mereka berdua merupakan salah seorang orang kuat yang menjayakan malam tu plus merempit. Al maklumlah, hanya mereka sahaja wanita yang reti bawak motor. Kalau nak suruh aku, tak pasal-pasal kena tahan dengan Unit Keselamatan. Baik aku buat kerja lain.


Haa. ini lah kerja aku. Senang je kerja aku. Pegang bekas yang berisi ayam. Huhuhu. Senang kan?


Tamat sudah, sesi 'melantak sampai pengsan'. Aku pasti setiap daripada mereka mempunyai kenangan yang berbeza walaupun melakukan aktiviti yang sama. Aku harap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Ia sememangnya indah bagi ku sebab perut kenyang.!! haha.

p/s 
Terima kasih kerana melakar sejarah bersamaku.

Thursday, April 21, 2011

Sapa kata aku tak jeles?

Siapa sudi bawa saya jumpa  DOLPHIN? 

Memang aku kaki cemburu. Tahap cemburu aku setinggi gunung everest. Percaya tak? Mesti tak percaya kan?

Dan aku yakin, orang memang susah nak  tahu bila masa aku cemburu. haha.Boleh percaya ker? Fikir sendirilah.

Nak kata aku ni plastik, tak. Aku bukan plastik sebab aku yakin 100% yang aku ni manusia tulen. No plastic2 k. Tak main la. Muda lagi kot. Dah tua pon aku tak ingin la. haha.

Tapi kan korang, aku selalu juga sebut perkataan 'jeles' nie kat sesetengah orang. Maka dengan 100% aku yakin yang aku memang tengah jeles kat orang tu. So masa tu, korang tak payah nak tambah2kan kejelesan aku kat  korang. Buwek sakit hati aku je.

Apa yang aku merepek ni? 

Untuk pengetahuan korang . Motif n3 kali ini ialah :

 " aku nak cakap yang aku sedang jeles kat member2 lama aku. Dorang dapat berkumpul satu sama lain. Yang aku ni, duduk je satu negara. Tapi nak jumpa member2 lama. Haram. Payah bebenor. Ada sahaja yang menghalang aku. Lepas SPM sampai la ni, xpernah jumpa secara rasmi. Yang tak rasmi pun ada 2 3 orang. Tu pun jumpa, tak sampai 5 minit dah kena bla... "

Serius aku cakap yang aku rindukan masa aku high school dulu.

Wahhh,,, nak sekotak tisu!!!