tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Monday, May 9, 2011

3 May 2011 Menjadi Sejarah.

Assalamualikum...

Meh sini, mentang-mentang la dalam tempoh seminggu aku melantak sakan. Si blogger seorang ini siap bagi komen macam ini pulak :


Terima kasih kepada Encik Azreen kita ini. Sebab sebelum kamu cakap macam tu, saya dah pergi cari timbang awal-awal lagi Memang naik pon, sekilo tu beb. haha. Malu-malu.

Oleh kerana dah naik, cepat-cepat aku lari satu banggunan sambil kibar bendera Malaysia. Bangga kerana naik sekilo. haha, ok, aku tipu je, sebenarnya aku dan member aku yang lagi 3 orang telah plan satu aktiviti. Bukan satu k, tapi 3 aktiviti dalam satu hari. Kasi bedal semua. Aku jamin, boleh turun berkilo-kilo, tak rugi rasanya aku makan banyak-banyak. haha.

Semua ini bertarikh 3 May 2011, bapaq lama. Meh cepat usha-usha aktiviti aku. Sure turun berkilo-kilo ini. Dengan penuh bangga aku cakap. Kalau kau orang rasa nak ikut macam aku dan rakan-rakan aku buat ini boleh la. Bestttt...


Akhirnya, kami sampai juga di litar go-kart. Keriangan tak terhingga setelah penat berjalan.Gara-gara cik Peyka bawa kami laluan yang penuh mencabar lagi berliku.hihi. Barulah terasa mencabar kawan ? Macam kehidupan juga, pastinya ada halangan. Tak senang nak jadi senang kawan.


Ini lah muka keriangan pelajar akhir. Sepanjang dua tahun setengah, baru kali pertama cik Shidot bermain go-kart di sini. Akhirnya tercapai juga impian kamu kan, sebelum meninggalkan bumi Sintok yang tercinta ini.


Pemilik nom 2? pemilik ker? Yang itu pinjam je ye, hehe. Jangan ada hati nak bawa balik rumah kawan. Tak pasal-pasal kena tambah satu sem lagi. Tapi ok juga, boleh teman aku sem depan. Haha. Harap maklum ya, Cik Z merupakan pelajar akhir juga.


Tongkat dagu je kak? Jangan macam tu. Oleh kerana cik peyka ini dah main sebelum kami main. Secara tidak langsung, dia jadi  camera girl kami pada hari itu. Wahhh, best2. terima kasih ye Cik peyka. Semester depan dah tak boleh macam ini, maklumlah kamu kan pelajar akhir. hehe.


Nampaknya ramai rakan-rakan aku akan habiskan pengajian mereka sem ini. Tinggal aku seorang diri. Ceh.ceh. sedih la pula. Haa. Kau orang ada tertanya tak, kenapa aku tak ada gambar masa main go-kart? Mesti tak tanya? Tapi jangan ingat aku tak main, aku main tau. Saje nak letak pic ini. Baru kena dengan cerita. huhu. Tak ada kaitan kot.


oke, lepas itu kami terus lari ke gym. Jangan terkejut. Kami masih mempunyai tenaga. Tapi malangnya, hampir separuh dari peralatan dekat sini aku tak reti guna. Haha..


Lepas dah bermandi peluh di gym, kami nak buat aktiviti yang keluar peluh sambil bersantai. Di mana tu? Sauna la. Mana lagi. 15 minit duduk dalam kotak panas. Tak tahan aku cakap. Tak sampai 15 minit lagi, aku dah keluar dulu. Kenapa? Kalau nak tahu, di akhir nanti aku bagi tahu kenapa.


Yang tak tahan nya, elok sahaja mandi-mandi. Singgah cafe niat nak beli air, akhirnya ini lah yang jadi kat kami. Makan ... makan dan terus makan. Cucur, cekodok dan goreng pisang. Tengok dah terliur. Siap bedal 3 jenis.


Dan seterusnya, makan nasi.  Sedap, cukup rasa. Tapi yang ini bukan aku punya tau. Mana aku punya? Yang kat bawah ini. baru betul.


Laksa!!!!!! sungguh tergoda plus aku ini memang hantu laksa. Dah tak dapat dipisahkan. Baunya cukup menggoda. Rasa memang mengancam. Puas rasanya.


Apa macam, ada kurus sikit tak? Kecoh la. Baru satu hari dah rasa kurus macam Jesica Alba . Mimpi lah. Oke, sebelum aku lupa, ini dia jawapan soalan tadi. Apa jadi dekat aku.

Belum 15 minit lagi aku dah keluar dari 'kotak panas' sebab aku dah rasa lain macam. Aku dah dapat agak apa yang akan jadi. Aku terus baring dan selimutkan badan. Muka aku pucat. Kepala berat. Penglihatan mula kabur. Aku tahu aku akan bertambah teruk, kalau aku tak buat macam itu. Mungkin aku tak akan sedarkan diri.Seperti selalu. 

Bila aku cerita dekat mak aku. Seperti biasa aku akan kena. Hehe. peace. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. 

P/S
Terima kasih kawan-kawan. Hari yang terbaik.

2 comments:

MiSzy DiaN said...

wahhh..
lapar bila tgk laksa tue..
nak jugaaaa...

alexa yussida said...

wah semngt tuh jogging..hehe

go kart kat msia ade ape ape syarat x?rasa nak main jgak..kat russia syaratnye kena 165cm above..tinggi..hampeh tol..tak dapat la ..sobsob..