tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, May 10, 2011

Bicara Sara Ali : Mengongkong atau dikongkong.


Celik sahaja mata, benda pertama yang dicari adalah handphone. Tujuan utama nak tengok jam. Sama ada diri ini perlu meneruskan alam mimpi atau patut berada di alam realiti. Tujuan ke dua, mana tahu kalau si dia ada call atau send text. Malangnya tujuan ke dua tak pernah wujud. 

Selepas siap-siap. Masih tiada panggilan mahupun text yang masuk. Akhirnya, diri ini mengambil keputusan tekan ''unlock" fon. Tekan item ' call ' di sebelah kiri. Nampak nama si dia and terus tekan 'call'.

* * * Loading * * *

P : Awak kat mana tu?..bla...bla....bla...


L : bla... bla.... bla....

Bertubi-tubi soalan dari si aweks, bak peluru berpandu. Demi kekasih tercinta dilayankan jua, namun akhirnya terkeluar 

"awak, urm, jangan lah kongkong saya"

Tiba-tiba suara si awek berubah menjadi Rani Mukherjee. 

"what? "
"Kongkong ?"
"Urm, saya kongkong awak ker? "
"eh, tak ada lah."
"Pandai-pandai je awak cakap saya suka kongkong awak."

* * * * * * * * * *

Cepat-cepat aku on laptop dan terus search kt google "apa maksud mengongkong ?". Tapi sampai sekarang aku masih tak dapat maksud secara sebenar di sebalik perkataan mengongkong. Namun tak semudah itu aku akan lupakan. Akhirnya aku bertanya pada seseorang dan ini jawapan dia.

"ah'ha kamu boleh lah dikatakan suka mengongkong juga. Kita ada dengar yang kamu suka tanya kat Bf kamu soalan macam ini"

"awak kat mana?"
"awak buat apa?"
"Petang ini kita msg ye"
"dah sampai cakap la ye"

euwww. Adakah soalan-soalan itu tergolong dalam erti kata "mengongkong"?.

* * * * * * * * * * 

Oleh kerana aku tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Sedia maklum aku memberi pendapat sedemikian,apa yang aku faham di sini. Mengongkong adalah menetapkan sesuatu perbuatan, keputusan, ataupun tingkah laku seseorang di antara ia perlu dilakukan ataupun tidak tanpa mengambil kira pandangan si penerima. Bahasa yang mudah "kau memang tak boleh nak tukar bila dia dah kala "a", maka kau kena ikut "a". "a" tak boleh jadi "b" ,"c", atau "d" and etc.

Pada aku, soalan "awak kat mana?" bukan satu "soalan" yang dikatakan mengongkong. Ia lebih kepada ambil berat atau pun sebagai satu maklumat yang biasa. Manakala penggunaan ayat "petang ini kita msg ye" depend on macam mana kita nak lahirkan maksud itu. Ia bukan satu arahan, boleh dikatakan ia sebagai bahasa slaga. Bahasa yang biasa kita gunakan.

* * * * * * * * * *

Pada aku, situasi dan ayat sebegini baru di kategorikan sebagai mengongkong.

"awak jangan pandai-pandai nak pergi ke tempat tu melainkan awak dengan saya. Tak kiralah awak nak pergi dengan kawan atau siapa-siapa, tetap tak boleh melainkan dengan saya. Faham"

"Awak jangan pandai-pandai buat keputusan tanpa tanya saya dulu".


"Tak payahlah, jangan ngada-ngada nak buat benda yang bukan-bukan"


Namun begitu, kita perlu ingat. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Sama ada kita perlu terima ataupun tidak, itu terpulang kepada diri kita sendiri. Masih tertanya-tanya ini: 

"kalau jari kaki yang sebelah ibu jari tu lebih tinggi dari ibu jari. Dia queen control ker?"


Hurey.... saya bebas.

Harap-harap kau orang faham apa yang aku tanya ini. 

No comments: