tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Wednesday, May 11, 2011

Bicara Cinta : Ku tetap mencintai mu.


Terasa sunyi bila bersendirian di dalam bilik. Mata sudah mula nampak keletihan. Kepala semakin berat. Berat dengan segala abjad yang bertaburan dan akhirnya membentuk satu perkataan dan secara tidak langsung memberi maksud tertentu.

Cukup indah bukan?

Secara tidak langsung kaki melangkah ke bilik tv. Mencari kesoronokan bersama teman. Akhirnya mata tertumpu pada sebuah kisah cinta. Sweet and simple. Nampak menarik tapi kesedihan terpancar di raut wajah mereka. Terasa sayu.

Salah faham, cemburu, merajuk dan bergaduh sudah menjadi asam garam orang bercinta. Boleh dikatakan, makanan mereka setiap hari. Suka dan duka silih berganti. Hari ini gembira, esok gaduh, esok lagi baik balik, dan lepas tu gaduh. Memang tak ada kesudahan. Ibarat roda yang berputar tanpa henti.

* * * * * * * * * * 

Cinta itu di kurniakan oleh Allah S.W.T. dan ia adalah abadi. Kesucian cinta akan tercemar jika tidak diterjemahkan dan dipraktikalkan secara betul. Cinta boleh di  tafsirkan kepada beberapa jenis dan sebahagian besar darinya dalah berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Maka terpulang kepada anda untuk mentafsir 'cinta' dari sudut yang bagaimana.


Kemanakah akan ku bawa cinta sejati ini.
Ia akan kekal dalam hati ini untuk selamanya.
Diri mu adalah insan terbaik diciptakan untuk ku.
Terima kasih mak.
Terima kasih untuk segalanya.



p/s:
Syukur Alhamdulillah,
Mak semakin sihat.


1 comment:

Miza Yusof said...

selamat hari ibu untuk ibu sara dan semua ibu-ibu di seluruh dunia. sedapnya kek :)