tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Thursday, May 19, 2011

Bicara Hati: Sayu bila di tinggalkan.

Assalamualaikum.

Aku ingat hari ini aku tak nak update apa-apa cerita. Memikirkan exam yang bakal aku duduki esok pagi. Oleh kerana aku dapat message dari seorang sahabat petang tadi . Kenapa tidak aku coretkan di dalam blog ini? Supaya saat ini akan aku ingat sampai bila-bila.

Aku baca massage pemberiannya, terus aku jadi sayu. Terasa sedih. Cepat sangat masa berlalu. Aku terdiam seketika, menghitung hari untuk bersama. Masih ada waktukah untuk bersama?  Hanya tinggal berapa jam dan hari sahaja lagi. Oleh kerana kesibukan masing-masing telah menyekat untuk kita bersama. 

" kawan-kawan, esok petang kita makan sama-sama ye, dalam kul 6 petang ok? saya belanja, tak kisah kau orang nak makan apa-apa pun kat nongka tu, jumpa esok " 

Bukan kerana aku bakal dibelanja ataupun apa, tapi dengan kehadiran message tersebut telah menyedarkan aku bahawa " bila aku akan bertemu dengan mereka lagi? "  .  " Masih ada peluang lagi ke untuk kita bersama?"

Ahh, terasa sayu dalam hati ini. Kenapa mesti setiap pertemuan itu ada perpisahan? Kadang-kadang aku seolah-olah benci pada setiap pertemuan kerana aku pasti ia akan ada perpisahan di penghujungnya. Kerna aku sayang pada mereka,walaupun kami pernah berselisih faham satu sama lain tapi mereka tetap sahabat aku.

Akhirnya aku berjaya mencari gambar yang tak ada seorang pun tertinggal. 


p/s:


Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi teman, sahabat, dan rakan sara selama ini. Secara tak langsung menjadi penyeri saat sara dalam kesedihan. Maafkan segala kesilapan yang pernah sara lakukan kepada kalian.  Sesungguhnya sara memang sayangkan kalian.

Disini ada beberapa kisah mengenai kami.
  1. 30 april 2011-bbq time
  2. Jadi perakk seketika bila ahmad idham depan mata
  3. Cerita 26 april 2011 yang patut di kenang selamanya
  4. 3 may 2011 menjadi sejarah.
  5. Akhirnya kaki ku berada di Penang
  6. Agak teruja dengan gambar ini.
Sayangnya, hanya ini sahaja kisah yang sempat aku coretkan. Kebanyakan kisah kami, aku telah semadikan ke dalam blog yang satu lagi. Malangya aku dah tak aktifkan sampai terlupa password.


5 comments:

Cik Shidot said...

sedangkan adik beradik, sedarah sedaging pon akan bergaduh dan berselisihan faham..inikan pula kita yang hanya sebagai sahabat..itu perkara biasa yang x bole lari sara..ape2 pon. kamu tetap sahabat sy selamanya..bia apa pon yg terjadi, x pernah pon terlintas utk berputus sahabat..senyum! :)

alexayussida said...

dear..fon ilang?

saba ye syg..dlu fon yus pon ilan kena pickpocket,sedih sgt2 sbb baru beli tp Allah bagi rezeki lagi bagus lpstu..mana tahu u dpt iphone4 ke lpsni:)

buat yg terbaik exam esk..bertabah:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Nah.
Kalau ada kesempatan, pasti akan ketemu lagi :)

Sesopie said...

Whaa.. Sedihnya nak berpisah dengan kawan..

Anyway,goodluck exam!

zulhusnie mahadi said...

semestinya setiap pertemuan ada perpisahan...

namun bukan setiap perpisahan itu 'selamat tinggal', mungkin ianya 'jumpa lagi'

^_^