tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Monday, February 28, 2011

Akhirnya kaki ku berada di Penang.

Akhirnya..
Kini pasti ...
Ku Merasai...
Cinta dan suci....

Ah'haaa....sapa tahu aku tengah nyanyi lagu apa nie? Angkat perut masing-masing. 

Haha...sengal ubi betul aku nie. Tak apa, korang x payah nak angkat perut sebab perut aku tengah penuh makanan PENANG nie. Sedap aku cakap. Tapi macam biasa lah, aku tak berapa suka makan masakan mamak. Oleh sebab dah jalan-jalan kat penang. Aku sumbat je sambil tutup mata sebelah. Janji kenyang. Parah untuk ulang aling ke bank tu aku kena tanggung sendiri lah. Nak buat macam mana kan. Cari kedai melayu kt town, bapak susah. Sedih2.

Aku nak membebel panjang-panjang. Sumpah aku tak ada idea. Korang tengok pon tahu kan. Aku dah lama tak update blog nie. Terkubur tanpa bertuan. Macam mana tu? Sementara aku ada benda nak membebel ni. Aku membebel la. So aku harap korang enjoy la dengan pic yang aku sajikan kt meja makan korang. Suka tak? Kalo tak suka silalah beri komen k kawan-kawan sekalian. Ewahhhh!!!


Macam biasalah. Mesti lah pic aku dulu yang aku nak letak. Haha..Aku memang suka tangkap gambar dan bergambar. Tapi sekarang aku dah kurang cikit untuk bergambar sebab aku lebih suka ambik gambar orang. Aku cuma nak pelbagaikan cara untuk ambil gambar. Maklumlah aku nie tak reti. Guna camera pon biasa2. DSLR tak nampu nak beli lagi. hehe... 

Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat member-member aku nie. Cian kowang kena marah dengan aku. Nak ambik pose yang menarik. Aku suruh dowang buat nie n buat tu. Tapi tak semua lah sebab dowang pon pandai posing taw. hehe.



Ok! banyak-banyak gambar. Aku paling suka yang ini. Masa ini kat Botani Garden. Best la juga walaupun masa tu aku rasa cukup-cukup panas. best2...


Olah kerana kami ini terlampau rajin. So kami bersepakat untuk menaiki kereta api mengelilingi taman. Malu oi aku cakap. Mana tak nya, orang muda naik kereta api. Yang lebih berusia berjalan kaki keliling taman. Haa, macam mana tu?..hehe


Lepas penat merayau dan mandi-manda di hotel. Belah petang pula kami singgah di Batu Feringgi. Apa lagi, main air la. Agak teruja aku ketika itu. Tenang je walaupun ketika itu cuaca agak terik. Tapi ia tidak menghalang kami untuk berposing.


Siapa kah gadis ini? Cukup misteri bukan? Melihat sahaja gaya posing gadis ini. Terbukti cuaca cukup terik. Jadi aku nasihatkan kat korang. Kalau nak jalan-jalan ke tepi pantai. Baik periksa dulu cuaca k. Kalau tak, macam ini lah jadinya. huhu..


Semakin hampir! Apa yang semakin hampirnya? Macam biasa lah, isi perut dengan menu mee udang di Pulau Aman. Kenapa Pulau Aman? Kenapa bukan pulau lain? Sebenarnya aku pun tak tahu. Mereka berdua ini asyik sebut-sebut je Pulau Aman, terutamanya sebelah kiri tu. " Alaa,,,,Pulau Aman yang cerita 1000x cinta tu pernah buat pengambaran dekat situ. Lagi pun Mee Udang dia pun sedap. Kita nak try " . ( struktur ayat telah di olah untuk menampakkan impact yang lebih berkesan ) haa.. itu lah cerita nya. Kenapa Pulau Aman yang menjadi pilihan. 


Ini lah rupa Mee Udang. Sedap seh aku cakap. Tapi sayang nya aku share dengan kawan aku yang sorang lagi. Maklum lah perut aku dah penuh dengan air dan makanan. Dah tak muat nak sumbat mana lagi. Jadi aku cadangkan kalau korang nak makan mee udang. Korang jangan makan apa-apa dulu k. Dan satu lagi sediakan air yang secukup-cukupnya kerana korang akan cepat rasa dahaga.


Perut kenyang. Hati senang. Apa lagi balik UUM la. Jadi kepada anda yang tak tahu nak jalan-jalan ke mana dan secara kebetulan tak pernah datang penang. Tunggu apa lagi, jadikan Penang salah satu destinasi pilihan anda untuk melancong. Ewahhh....sempat promote nampak. Semuanya under Budget. Syukur Alhamdulillah. 

Kepada rakan-rakan yang turut serta ke Penang. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan mohon maaf sekira terdapat kesilapan sepanjang tempoh perancangan ke Penang. Semuanya akan menjadi kenangan kita bersama. 

1 comment:

Miss Shima said...

ambOi sara sakan yerp kamOO,,ngeee...mna buah hati dri penang?lalalal,,,,xmkn kdai mamak erk?sama la kita,,,tapi mee udang kuala sepetang lagi best,,,tp kat prak la,,,ihhihihihi