tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, November 26, 2011

Tolong jangan pilih dia untuk jadi seperti mu.

Nobody is perfect. Semua orang dah sedia maklum. Dari yang tua sampai ke muda. Dan yang aku sendiri tak faham. Kenapa kita nak mecari kesempurnaan secara terlampau pada orang lain. Tapi bukannya pada diri kita.  Aku tak cakap, mencari kesempurnaan itu salah dan tidak di benarkan. Cuma perlu kena pada tepatnya. Tidak semua orang mampu untuk mendapatkan kesempurnaan itu. 

Senang citer la. Kalau memang kita dah dilahirkan dengan kulit yang agak gelap dari kecil. Mandi susu ke. Guna sabun lulur ker. Ketak losyen setong ke. Tapi masih tidak berhasil. Sudah suratan. Takkan lah sampai kita nak buat plastic surgery kot. Memudaratkan diri sendiri bukan.

Ya,memang aku dalam keadaan yang cukup beremosi sekarang!


A: Aku nak tanya boleh?
B: Kau dah tanya pun.
A: Aku serius ni.
B: Maaf. Tanya lah aku sedia mendengar.
A: Aku gelap?
B: Maksud kau.
A: Kulit aku.
B: Kenapa?
A: Dia suka yang putih.
B: Haa...
[ dialog telah dipendekkan ]

Hello, masa kau mintak couple dengan dia dulu. Kau rabun warna kah atau kau memang rabun. Cukup aku tak faham. Alasan hampir ditinggalkan sebab warna kulit. Engkau ingat engkau putih sangat ker. Tolong la. Jadilah manusia normal. Yang engkau usha awek kawan-kawan engkau cerah bak bulan tu kenapa? Kau baru perasan perempuan yang putih melepak ni CANTIK atau engaku segan. Cantik tu satu subjektif la. Tak semestinya putih tu cantik. Adoiii. (bahasa yang digunakan memang kasar tapi hanya bermonolog pada diri sendiri)

B: Aku tak faham.
A: Apa yang kau tak faham.
B: Patut aku berubah.
A: Sebab diri dia.
B: Aku sayang dia.
A: Sayang bukan untuk ditayang.
B: Aku suka.
A: Tinggalkan dia.
[ dialog telah dipendekkan ]


Aku sebagai kawan cuba yang terbaik. Tidak pernah niat di hati ini membiarkan kau bersedih. Aku rasa apa yang engkau rasa. Kita sama. Kita cuba yang terbaik untuk dirinya. Tapi adakah dia cuba yang terbaik untuk diri kita? Adakah dia cuba yang terbaik untuk dirinya? Sukar untuk jawab segala persoalan engkau. Kerna persoalan aku tidak pernah terjawab.

Semua itu mengarut kawan. 
Mana ada seorang insan yang melafaskan kata 'cinta dan sayang' mengajak kearah keburukan. Engkau sudah cukup sempurna di mata ku. Biarlah engkau dikatakan kolot pada pandangan matanya. Tapi janganlah engkau kelihatan 'kolot' di  pandangan pencipta. 

Lupakan dia kawan. 
Akan lahirnya seorang insan sebaik mu kelak. Dia bukan untuk dirimu. Aku yakin. Aku tahu engkau mampu. Dia tidak ikhlas menerimamu. 

Nota kaki:
Aku boleh terima bila engkau masih bersama dia kerna engkau sudah cerah seperti dia. Ia membuktikan engkau benar-benar mencintainya.
Tapi aku tidak akan pernah terima sama sekali bila engkau berubah kerna dia, semata-mata untuk tidak kelihatan kolot dimatanya.


Pertanyaan:
Soalan yang perlu dijawab oleh anda:

  1. Seksi, kurus dan putih memang dalam senarai pilihan hati setiap insan yang bergelar lelaki. Benar kah?
  2. Wahai lelaki, yang mana satu anda mahu dikatakan oleh kawan-kawan anda. 
    • Wow. hot nya awek ko.
    • Pandai engkau cari awek.


Nota kaki SARA ALI:
Aku tak kata aku ini perfect. Kalau aku perfect aku tidak adakan rasa apa yang mereka rasa. Itu cuma pendapat aku.Mungkin bahasa aku terlalu kasar. Kerna aku sudah penat. Penat dengan kesedihan. Kalau memang itu yang engkau nak, tolong jangan pilih kawan aku untuk jadi seperti engkau. Aku boleh terima jika engkau pilih kawan aku untuk jadi sepertinya.
  


8 comments:

kura said...

baiklah kak sara. nasihat nasihat.. wuu.

Ros said...

Salam ziarah...

Juliet_iRa~" said...

sadis btol lelaki mcm tu..

lelaki yang pdang rupa = memang teruk!

kalau muka macho, hensem sgt2 takpelah juga..

byk la ira tgk kan skang ni..lelaki y sgt pemilih dan memilih rupa ppuan adalah lelaki y tidak mmpunyai rupa..

kalo xsuka, dlu ml2 mengayat tu buat apa?

emo2..hehee

sorry tp rsnya ni y byk berlaku skang...

grrrrrrrrrrrrr...;p

Rashid said...

Sepatutnya bila dah suka dia .. terimalah seadanya. Dan kita .. jadilah diri kita seadanya ..

Cik TeN10 said...

kalau si dia ikhlas pasti dia akan terima seadanya..

CikGu Ma said...

bukan senang membentuk hati yg ikhlas..kerana fitrah mata manusia yg suka memandang kecantikan...
saya follow =)

jom baca =_~
sambutan sekadar adat atau penghayatan???

CikShidot said...

macam tahu je siapa yg kamu maksudkan sara. heheheh. btw, nanti free2 singgahlah 'rumah' baru saya oke :)

http://ingatbelogsaya.blogspot.com

mohammad said...

hitam itu menawan..