tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Sunday, April 24, 2011

Luahan :Sudah berputus asa kah diriku ini?


Hari ini semua benda yang saya buat serba tak kena. Kepala pening. Hilang fokus. Assignment bertimbun. Memang betul-betul terasa down. 

Bertambah-tambah tak tentu arah bila folder assignment saya hilang. Terduduk terus saya. Memang semuanya hilang. Nak menangis pun tak mampu. Kepala asyik memikirkan assignment yang perlu dihantar. Dalam tempoh masa yang singkat. Mampukah saya melaluinya dalam keadaan sekarang?

Sedangkan saya dah ambil masa hampir seminggu untuk menyiapkanya. Dan sekarang saya hanya perlu menyiapkan dalam tempoh tak sampai 2 hari. 

" Ya Allah,ku terima dugaan mu dengan hati terbuka dan engkau permudahkan segala urusanku serta engkau kuatkan hati ku ini dengan dugaan mu. Amin ya rabbal alamin. "

p/s :

Aku hanya manusia biasa,
Hanya pada mu tempat ku mengadu,
Pahit yang kini menyeksa ku,
Aku percaya tiada yang sia-sia
semuakan ada hikmahnya.
Aku perlu melangkah satu demi satu,
Akan ku temui jua,
Insya Allah.

2 comments:

:: noremy bte rahmat :: said...

ya Allah..
cian awak.doakan yg terbaik utk awak..
mmg dugaan..

p/s:bw & folo..mehla jenguk belog saya.Salam kenal! (^_^)

Azree said...

Sebak lak baca..
Stop here, just focus for the assg till complete~