tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Monday, April 11, 2011

Renungan bersama: Persiapkan diri mu

Assalamualaikum...

Berat rasanya, tapi secara rasminya. Mulai hari ini dan saat ini, blog Sara Ali hanya untuk Sara Ali. Tiada kisah lain selain Sara Ali. Dan Sara Ali juga tidak terikat dengan mana-mana perjanjian secara langsung ataupun secara tidak langsung. Full stop!!!

ok, 

Mungkin ia satu kesilapan. Dan satu pengajaran kepada aku. Perkara yang lepas, biar ia pergi. Apa yang bakal aku lalui, aku perlu bersedia. Aku tidak mahu sama sekali berulang kembali. Biarlah ia menjadi sejarah dalam kehidupan aku masa lalu. Cukuplah setakat ini.

Malu?

Sumpah aku katakan, aku malu. Aku malu pada diri aku sendiri. Malu pada keluarga. Malu pada rakan-rakan. Malu pada masyarakat. Dan yang paling aku malu, pada yang Maha pencipta. Begitu jauh aku dengan-Nya. 




Sekadar renungan bersama. Marilah kita sama-sama persiapkan diri dari masa ke semasa. Amin.

Wsalam.

No comments: