tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, May 3, 2011

Cerita 26 April 2011 yang patut di kenang selamanya.

Assalamualaikum semua.

ok, aku tak nak banyak cerita. Minggu, minggu, minggu yang lepas punya cerita. Semua benda ni terjadi pada 26 April 2011 di Dewan Tan Sri Osman UUM, dimana berlangsungnya 'EON Grand Dinner 2011' bersama Naib Canselor UUM beserta seluruh penghuni  'Dewan Penginapan Pelajar Eon' . Tema yang dibawa adalah 'Moden Classic' dan lebih tertumpu pada warna biru,putih dan hitam dan bla....bla.....bla.....

"ahhhh...membebel jer la ko ni, pe kata kau orang layan gambar-gambar aku bersama teman yang comel lagi cute, sekian. "  Zassss

Yang cantik tinggi lampai tu aku panggil dia 'z' n kadang-kadang nak nampak cun sikit aku panggil dia 'ct z'. Ok tak?. Ok kan? lain dari lain tu. 

Si gadis yang manis lagi sopan tu pulak, aku panggil dia 'su'. Su apa? Yang tu kau orang kena cari sendirilah. Nak nombor telefon pun kau orang kena usaha sendiri. Aku tak nak tolong. Dan kebetulan su ada masa dinner sebab dia nak hantar report. Al-maklumlah pelajar praktikal. 

Haa, nie status kakak. Aku panggil Kak Tim. Seorang yang sangat-sangatlah kecik. Betul-betul buat aku jeles sebab aku tak sekecik dia pun.'Kak, akak tak nak ambik lemak sara sikit ker? '.hahaha~

Banyak-banyak kawan, yang ini paling sempoi plus rock. Dia tak main lah manja-manja ni. Tak pasal-pasal 'kau jangan nak ngada-ngada, tak pasal-pasal kena penyepak aku'. Babaq gila ganas. Tapi best tau dapat member macam ni. Sempoi habis. Caya lah 'Feeka'.

Yang ini pun berstatus 'Akak'. Saje nak mengedikkan diri. Banyak jasa Kak Aisyah pada kami. Kalau bukan kerana Kak Aisyah, memang kami tak akan keluar dari UUM lah tanpa khidmat Akak. 'Terima Kasih Akak sebab sudi melayan kerenah kami dan membawa kami bersiar. Sayang Akak.' Wahhh,segmen sedih la pula.

Si manis berbaju putih ni, nama dia Shida. Aku selalu balik KL dengan dia. Senang cerita satu bas dengan dia and 'z' lah. Dia ini boleh  katakan suka bergambar, dan tangkap gambar orang pun boleh tahan juga lah. Al maklumlah orang suka bergambar, maka sudah semestinya tahu part2 yang menarik untuk dijadikan kenangan. Betul tak?

Lebih dikenali sebagai 'angah', kira aku yang paling kekal kot panggil angah. Yang lain semuanya panggil 'dayah'. Saje gatal nak wujudkan macam orang ni kita panggil Along, Angah dan aku ucu. Tapi semua tak menjadi plus aku tak biasa, lagi pun aku lebih biasakan nama 'sara' bila bercakap dengan member2. hehe.

Nor, simple kan? Caya tak nama dia 'nor' sahaja.Tak percaya bukan. Sebab nama dia 'nor _ _  _ _ '. Maaflah aku pun tak tahu nama sebenar dia apa. Hehehe. "Maaf ye Nor. Sara terlupa nak interview kamu lebih " [sedangkan dah kenal dari sem 1 lagi tu, dush kat diri sendiri ]

Haaa,,,kalau kau korang nak tahu. Ini lah roommate aku kat UUM, dari sem 1 sampai lah aku sem 5. Cantik kan? Pandai dia mengayakan selendang. Betul tak? Kalau kau orang nak tahu dia ni seorang yang rajin, cuma aku ni je yang malas nak belajar. lalalala~ Ya Allah, lupa pula nak kenalkan nama roommate. Aku panggil 'ema', nak kenal lebih usaha sendiri. haha.

Yang nie pun nama dia 'Su' tapi suhaili. Kawan baik kepada roommate aku. Comelkan dia. Kecik je. Jeles betul aku dengan dia. hehe. 'Nak lemak cikit tak? hahaha...'

Yang terakhir, Azza panggilan dia. Dan malam tu, kenderaan untuk pergi ke DTSO semuanya atas khidmat  kereta dia. Terima kasih kerana tak terhingga, kalau tak sudah pastinya kami basah kuyup dalam dewan tu. 'Pandai azza bawak kereta', cantik pula tu ',hehehe.

Tamat sudah. Aku tak nak membebel banyak-banyak. Penat sudah!

p/s

Terima Kasih kerana telah mewarnai kehidupan ku ini, Di harapkan persahabatan kita tak berakhir. Insya Allah.

3 comments:

Cik Shidot said...

nie yg makin sedih nak 'pegi' nie. T_T
thanks sara 4 dis entry. enjoy sangat bace! :)

Unknown said...

Habis semua yang rapat dengan dia kena promote~~

Macam raya pun ada juga

:p

;)

alexayussida said...

happening and mata u besar :)