tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Wednesday, May 4, 2011

30 April 2011 : BBQ TIME

Assalamualaikum.

Rajin betul aku up-date blog sekarang ni, setelah sekian lama bercuti. Padahal.... haha, tak ada kaitan kot rasanya. Ok, kali ini aku nak cerita perkara yang lepas juga. Opps...dah basi ker? Belum lagi kot. Kalau kau orang rasa tak nak tahu, cepat tekan [x] kat atas tu. Jangan risau aku tak makan kau orang punya. hehe.

Kalau kau orang baik la kan, aku nak tanya. Kau orang ada baca tak n3 sebelum ini? Dush. x baca erk? Nak kena ni! Pi cepat tekan ITEM older post sekarang!. Haha.. Okey la, aku cuma nak kata yang 'dalam tempoh seminggu kerja aku hanya melantak sahaja '. 26/4  aku dah menyemakkan diri join dinner manakala 30/4 aku mengembangkan diri dengan bbq time bersama kawan-kawan aku yang awesome. huhu.

Meh sini aku nak bagi kau orang terliur cikit. 


Apa? Kau orang cakap tak terliur pon!, xpe2. aku kaci yang lagi terliur.


Meh, kau orang cakap biasa2 je kan. Tak apa! Aku kasi yang buat kau orang jeles dengan aku.


Aku yakin, yang ni kau orang mesti terliur kan? Tapi jangan harap lah, yang tu aku punya semua. Haha. Gila tamak. Ah...mesti lah aku tamak sebab aku tolong dia orang masak k. Tapi bukan aku yang masak. hihi.. Ala, kira ok lah kalau tolong golek2 kan dan suluh lampu time masak. Tolong juga kan? hehe.


Terliur lagi ker? udah2 la, semua aku dah melantak. Haha. Haa, dengan bangganya aku nak cakap yang ini pun aku panggang juga. Kalau kau orang nak makan, sila lah ambik sebab aku tak berapa suka sangat makan benda alah ini. Hehe. Sila lah jemput makan. Jangan segan-segan. haha. Tengah baik hati ini.


Maka ini lah mereka-mereka yang telah join 'melantak sampai pengsan'. haha. Setakat ini tak adalah yang pengsan, semuanya senyum kekenyangan. [plus aku yang pandai masak ini, perasan!!! ]. haha. Oleh kerana ahli tak cukup kat situ, aku gatal-gatal tangan nak tambah lagi gambar. Biar korang sakit mata plus jeles dengan aku. Tak ada kaitan kot.


Masa ini kami baru nak hidupkan bara. Serius aku cakap aku tak reti langsung, tapi nasib baik lah dia orang ajar aku. Kira dapatlah satu ilmu macam mana nak hidupkan bara. Kalau tak, tunggu 10 tahun pun betul pasti kau orang dapat makan. haha. Lepas ini boleh la buat kat rumah pula, "maka abang aku tu jangan nak sibuk, kaci can kat adik mu ni panggang pula, acik dia je! "


Mereka berdua merupakan salah seorang orang kuat yang menjayakan malam tu plus merempit. Al maklumlah, hanya mereka sahaja wanita yang reti bawak motor. Kalau nak suruh aku, tak pasal-pasal kena tahan dengan Unit Keselamatan. Baik aku buat kerja lain.


Haa. ini lah kerja aku. Senang je kerja aku. Pegang bekas yang berisi ayam. Huhuhu. Senang kan?


Tamat sudah, sesi 'melantak sampai pengsan'. Aku pasti setiap daripada mereka mempunyai kenangan yang berbeza walaupun melakukan aktiviti yang sama. Aku harap persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Ia sememangnya indah bagi ku sebab perut kenyang.!! haha.

p/s 
Terima kasih kerana melakar sejarah bersamaku.

4 comments:

Unknown said...

Selepas ni kena cari timbang jawabnya..

;)

alexayussida said...

perghhh

saja je kan tayang fud punyerr pics...hehe..ni bikin panass ni :p

sonoknye hang out :)

ILA HonEyBuNNy said...

wwawawa..memang terliur habis la..

dah la tengahari neh....lapar tau..nak g makan la..ehheh

FazMelati said...

Sara =)) Paling terliurrr tengok ayam tu... nak makan ngan soss!