tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Wednesday, March 16, 2011

Segmen : Apa kata kamu tentang cinta ?

Harap maklum kepada semua. Segmen ini akan berakhir pada hari ini iaitu bersamaan dengan 16 Mac 2011. Oleh kerana saya telah di tag dan perlu melaksanakan hasrat kawan saya untuk join segmen ini, dengan sepantas kilat saya cuba mengungkap "apa kata saya tentang cinta ? " dalam segmen " apa kata kamu tentang cinta ? " tag ----- > Falia n Fathiah Hamim


nak join klik je kat banner ni!!!

Percaya atau tidak? Sebenarnya cinta, sayang dan suka adalah satu perasaan yang  cukup berbeza. Dan saya yakin anda semua pasti pernah merasakan ketiga-tiga perasaan itu bukan. Begitu juga saya, saya pernah merasakan perasaan cinta, sayang dan suka pada masa yang sama. Tapi bukan itu yang ingin saya katakan dalam segmen ini.


Saya ingin mengajak anda semua menyelami  kisah ini.


" urm,, saya dah cuba. Tapi tak boleh. Saya cuba sampai setahun lebih. Masih tak boleh. Maafkan saya awak. "

Apa yang anda faham? Apa yang anda rasa apabila seseorang yang anda cinta dan sayang mengeluarkan kata-kata sedemikian? Pasti berderai air mata bukan? Seseorang yang diharapkan mampu untuk membahagiakan dan melengkapkan kehidupan ini. Rupa-rupa ia hanyalah satu percubaan. Sedangkan percubaan ini wujudnya cinta sebelah pihak.


Pernah anda dengar ayat sebegini/ lebih kurang?


"Saya tahu awak kecewa, tapi tak salah untuk awak cuba mencintai saya?  Saya sukakan awak, dan saya juga sayangkan awak. Berilah peluang kepada saya untuk mengenali awak. Tapi awak jangan salah faham, saya tidak memaksa awak untuk mencintai saya. Saya cuma harapkan awak untuk memberi peluang kepada saya."


Apa perkaitan kedua-dua ayat tersebut?


Adakah anda faham? Mungkin dari kisah tersebut. Kita boleh kaitkan dengan kata-kata ini "Tak kenal maka tak cinta " .Betul tak? Tapi adakah cinta akan berputik dengan setiap perkenalan? Sudah semestinya tidak bukan? Ini kerana "Cinta sukar untuk ditafsirkan kerna cinta itu akan berputik kembang dan mekar dengan sendirinya" .


Mungkin juga dari "tak kenal maka tak cinta" yang menyebabkan wujudnya "percubaan dalam bercinta". Berpura-pura untuk menyanyangi dan berpura-pura menyatakan cinta. Berpura-pura menyatakan " i luv u" sedangkan tiada sedikit perasaan yang timbul saat melafaskannya. Cuma berharap dengan kata-kata itu wujudnya cinta dalam hati. Tapi bukan itu dikatakan satu paksaan? Iaitu cuba melakukan sesuatu untuk mewujudkan perasaan yang diharapkan. 


Akhirnya "Cinta di ibaratkan seperti bola. Jauh dikejar. Dekat ditendang " .



Cinta bukan hanya sekadar kata-kata. Walaupun ia sememangnya perlu ada. Kata-kata adalah pakaian cinta.  Makna perilaku dan sikap yang bergerak atas nama cinta itu yang utama. Hanya waktu yang dapat membuktikan wujudnya cinta sejati kerana banyak ujian yang perlu dilalui.

Cinta itu memang keramat kerana ia sangat misteri. Kadang-kadang ia membuat kita sendiri bingung dengan pukulan cinta. Ia mampu menyebabkan kita khayal. Ia juga berhantu yang selalu hadir dan menghantui diri kita. Walaupun ianya indah, namun cinta menuntut segunung pengertian yang berbeza. Ada kalanya cinta sangat kejam bagi seorang yang setia tapi dipermainkan. Cinta boleh di ibaratakan seperti kertas putih bersih tanpa noda. Hanya tangan-tangan penuh nafsu yang telah menggores garis-garis noda sehingga musnahnya kesucian cinta.

Cinta, memang akan sentiasa menarik untuk di bahas dan memang tidak akan habis. Namun dengan cinta menyebabkan saya mengenali erti cinta. Cinta yang membuatkan saya menerima kisah  masa lampau kerana ia adalah sebahagian daripada keperibadian dan kisahny . Cinta yang membuat saya faham erti kehidupan. Dan dengan cinta juga mengajar saya erti kemaafan yang sebenar.



" terimalah kekasih anda dengan apa adanya dia, maka cinta suci akan bersemi pada hubungan anda dan kekasih anda"

"Jangan lah anda melihat dan menilai pada masa silamnya, lihat lah dan menilai lah masa anda mengenali dirinya" 


p/s : 

Cinta pada pandangan saya mungkin ia bukan pada pandangan anda kerana cinta melahirkan banyak pandangan.

10 comments:

al_hakim said...

nice..dasat..last minit pun masih hebat..masyeh sudi join..=)

me suya said...

mood cinta

Sara Ali said...

al-hakim,
cuba memberi yang terbaik,
hehe...

sbnarnya tgh jiwa kacau,,hehehe

Sara Ali said...

me suya: suka kan nya???

Hasrul Rizwan said...

kata gua ---> Grown up laa!

Sara Ali said...

gorn....wah...dasat toii,,
hehhee

Puan Nurussalwa said...

cinta x kejam.. org yg kononnya bercinta tu yang membuat cinta nampak kejam..

:)

nice 1 sis..
all the best.

noa said...

Aku Cinta Padamuuuuuu (erk ;P)

ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah

Sara Ali said...

cik nurussalwa:
yup cnta itu tidak kejam,,
cinta itu sebenrya cukup indah,
tpi kita sendiri yg buat cinta itu kejam...

tq awk,, =)

Sara Ali said...

nora :
wah2,,,,sukanya,,,hehehe