tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, March 29, 2011

Lagak mengalahkan artis je.

Awak ni sombongkan?

urm,,,

ah'ha, ramai yang cakap saya macam tu, bila first time jumpa saya.

Ramai yang cakap saya ni susah nak senyum. Orang tanya sepatah,jawab pun sepatah. 

Duduk sebelah pon tak nak tegur. Buat hal sendiri-sendiri je.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Aduh, ye ker saya macam tu. Teruknya saya. Sampai macam tu sekali first perception orang kat  saya. Untuk pengetahuaan korang. Saya akui, saya susah nak senyum tapi sebenarnya saya tak sombong tau. Saya cuma segan je. Senang cakap saya nie seorang yang agak pemalu. Jadi agak payah untuk saya tegur orang dulu. Kira boleh kira dengan jari lah kalau saya yang mulakan perbulan.  Tapi bila orang dah tegur saya dan berbual dengan saya. Mulut saya akan jadi macam "popcorn". Tak henti-henti bercakap. hahaha.

tengok tu, masih tak nak senyum bukan? hehe


Dan kebanyakkan orang yang dah kenal saya, dorang akan cakap macam ni " mula-mula kita kenal kamukan, kamu ni sombong gila, berlagak habis, orang tanya sepatah jawab sepatah,  langsung tak senyum, nyampah je" tapi bila dah kenal kamu " memang lain, suka gelak, banyak cakap, dan macam-macam lagi la. "

hehe, so korang macam mana pulak? Sama macam saya ker? Share lah sikit kalau sudi. huhu



2 comments:

MamaEma said...

samalah dengan akak nie..huhuhu

Sara Ali said...

eh,,akk pon sama,,,
=)

huhuhu