tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri 2011.

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia. Terutamanya kepada semua pembaca blog "SARA ALI". Walaupun adakalanya blog ini wujud sekejap-sekejap, tapi saya masih mengikuti perkembangan blogger2 lain. Cukup menarik kisah mereka. Apa-apa pon, dikesempatan ini saya Sara Ali ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap, terkasar bahasa secara sengaja atau tidak segaja. Diharap kalian semua dapat memaafkan seikhlas hati. Yang penting jangan simpan dalam hati ye. Kira kita 0-0 ok?

ok, ada pengumuman cikit kat sini.

Dengan penuh rasa hormatnya aku nak umumkan bahawa "aku kerja di pagi 1 syawal ". Sedih bukan? 7 pagi dah kena ada di sana. Tak sempat nak makan ketupat, rendang, dan lemang pula tu. Terpaksa pula melayan bermacam-macam jenis perangai orang. Yang jenis sabar, yang kurang sabar dan yang tak sabar langsung pon ada juga walaupon di pagi hari raya. Itu lah sikap manusia, yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Macam diri aku ini juga. Apa-apa pon, alhamdulillah aku berjaya harungi segalanya sampai raya ke-2. Syukur Alhamdulillah. 

Dan yang paling best plus plus sayang lebih kat dorang semua, aku dapat duit raya dari customer. yeye, dapat duit raya. Time tu belum dapat duit raya dari family, dah dapat dari customer pula. Orang cakap rezeki jangan ditolak, nanti susah masuk rezeki lagi. Terima kasih banyak-banyak. Rupanya2 masih ada yang prihatin pada insan -insan seperti saya yang terpaksa kerja. Cewahh... ayat baik tu. Bukan tu je, yang datang bawak lemang, ketupat, rendang daging pon ada juga. Terasa juga suasana raya aku di situ. Melayan customer sambil pegang lemang cicah rendang daging... uuuhhhh sedap sehingga menjilat jari. hehe, tapi dalam mimpi je la aku nak buat macam tu.Hakikatnya aku terpaksa lari kesana sini untuk menjamah sepotong lemang. tu baru sepotong bukan 10 potong. 

Tak kisahla, apa pon aku bersyukur kerana aku masih bernafas sehingga kehari ini. Merayakan hari raya bersama insan-insan yang aku sayang.


seperti biasa, setiap entry mesti terselit pic yang kadang-kadang ok dan kadang-kadang macam tak ok. Tapi yang nie special cikit sebab anak buah aku si aiman ini ada pesanan cikit.

" Hai kawan-kawan, selamat hari raya aiman ucapkan.  Jangan lupa datang rumah aiman tau. Nanti boleh dapat duit raya dari ayah ngn ummie, Suka tak? datang jangan tak datang . bye2 kawan2. "


No comments: