tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Friday, September 16, 2011

"Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Assalamualikum.

Selamat hari raya. hehe. Hai dah hilang mood raya ker?  Raya kan sebulan. Atau korang semua terpaksa berperang dengan exam. Atau korang terpaksa bersiap-siap untuk masuk sem baru. Tak pe sabar ye adik-adik sekalian. Semua itu masa depan kita juga. Betul tak?

Ok, entry kali ini sangat la simple dan bermakna pada ku. Just nak share something dengan korang semua. Benda ini pon aku dapat dari one of my friends kat FB tu. Cukup menarik. Mungkin ada setengah dari pada anda semua pernah dengar. Yup, kita selalu akan dengar ayat ni bila kita pergi ke majlis akad nikah. Wahh, tiba-tiba terasa teruja. hehe.

" Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Bunyinya macam senang bukan? tapi erti sebenarnya dia :

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tnggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau aku tidak didik mereka, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."

Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan apabila "si dia binti si ayah dia" di tukarkan nama ku sendiri. Mungkin ia satu perasaan yang lega mahupun sedih. Ntah aku pun tak tahu apa perasaan ketika itu. Senang cerita sebab aku tak pernah alaminya. Kalau sebut main-main tu adalah, tapi tak rasa apa-apa pon. Terasa nak gelak ada la lepas tu. hehe. Main-main pulak aku ini.


Mana aku kecik- kecik dulu, suka main kawen-kawen dengan kawan aku. Duduk dekat atas kerusi. Berangan sorang-sorang. Main renjis-renjis. Lawak-lawak. Tapi bila dah besar cikit, ingat perangai tu dah hilang. Rupa-rupanya terlebih imagine pula. Nak weeding macam princess, siap naik kereta kuda bagai. Haha. Berangan tak sudah-sudah aku ini. Sedangkan time tu perangai aku sebijik macam laki, terselit mana teringin nak jadi princess tu pun aku tak tahu. hukhuk!!!



Bila tiba seusia ini, perangai kebudak-budakan ku tak pernah hilang. Tapi bila tiba aku berfikir secara matang. Terasa begitu jahilnya diri ini. Terdetik di hati ini, mampukah aku memiliki insan yang sebenar-benarnya untuk diriku, yang bakal mengimamkan setiap solat ku dan bakal membimbing ku ke jalan yang benar. 

Wallah-hu-alam.

p/s:
Insya Allah, aku akan temui jua insan yang bakal mengimamkan setiap solatku suatu hari nanti. Insya Allah, aku hanya mampu berdoa agar ditemukan dengan si dia.

4 comments:

kura said...

kalau bergitu la mksudnya. tetiba hilang niat nk kawen 4. eh! heheh

JIJI YU said...

aku dah bersedia untuk itu

alexa yussida said...

pernah baca juga yg kwn share kat fb..sgt2 terasa macam peh susah jugak jd laki tuh..

insyaAllah awk akan berjumpa dgn si dia yg boleh mnjadi pembimbing kepdaNya :)hoping 4 the same thing too

Sara Ali said...

@kura : dh psg niat rupanya sebelm ni..
hehehe

@jiji yu : good

@ alexa: Insya Allah.....hopefully...