tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, August 4, 2012

Si Single, Si Tunang, Si Bini dan Si Ibu.

 Assalamualaikum.


Antara perasan ataupun tidak. Kadangkala, diri kita akan dikaitkan mengikut situasi majoriti. Bila kita dikelilingi satu keadaan namun hanya diri kita sahaja berada dalam keganjilan. Mesti tak senang duduk. Semestinya pernah terlintas di fikiran yang kita ingin terjerumus dalam situasi majoriti. Kerna tidak mahu dilabelkan sebagai golongan ganjil. Tiba-tiba terukir senyuman.

Tak perlu cerita terlampau jauh. Situasi itu akan muncul bila tibanya hari raya. Kerna masa itu kita berkumpul berjumpa sanak saudara. Opah nenak tok wan tok kecik dan seangkatannya. Macam biasa. Soalan bocor yang pastinya sudah kita sediakan jawapan. Pada anak dara mahupun anak teruna yang abang mahupun kakak di atas sudah selamat di ijab kabulkan. Maka kita yang berada di bawah situasi itu akan diaju soalan bagaikan peluru. dari satu pegawai ke satu pegawai. Dari satu tempat ke satu tempat. Agak lemas terasa seperti artis tak terlabel.



Mungkin soalan itu agak sensitive pada mereka yang sudah meningkat dari satu tangga ke satu tangga. Pada aku, soalan itu masih dianggap boleh dipertimbangkan. Pernikahan, satu alam yang aku rasa cukup berbeza. Selama ini buka sahaja mata, tak perlu fikir jauh cari tuala mandi siap-siap apa yang patut, ada makanan kita makan, tak ada makanan apa susah kedai ada. Ikut selera perut dan tekak sendiri. Tak perlu pikir rasa perut orang mahupun tekak orang. Senang bukan?

Ha, yang aku peliknya. Perlu ke keadaan macam ini wujud ye. Bukan apa. Kadang-kadang aku heran bila aku diajukan soalan begini. 

" Wei, ko tak rasa pelik ke?"

" Kawan kita dah jadi bini orang, tunang orang, mak orang. Yang kita ini bila nak jadi orang-orang?"

"Haa? Relax sudah. Masa itu akan datang juga. Ko pejam celik je. Tup...Tup... Ko jadi nenek orang."

Comelnya Irma. Bini Orang dan Suami Orang.

Aku pula ada tanggapan sendiri. Janganlah bila hanya kerana kawan2 kamu mahupun sedara mara kamu telah bertunang. Maka kamu ingin bertunang.. Janganlah hanya kerana teman2 kamu sudah bernikah maka kamu ingin bernikah. ( Main takap muat je tanpa selidik dan akhirnya berlaku penceraian )

Pada aku, pernikahan bukanlah satu perkara yang aku rasakan boleh try and error macam dalam subjek Matematik Tambahan. Bukan itu sahaja, janganlah anggap pernikahan ini sebagai satu ujian amali mahupun praktikal. Walaupun aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya di alam perkahwinan tapi aku rasa ia satu tanggungjawab yang cukup besar. Siapkan diri, bukan main redah. 



"Allah sudah aturkan segalanya pada setiap hambanya. Akan tiba masanya bila masa itu tiba. Tak perlu terasa terlalu rendah diri kerana kita tergolong dalam kelompok ganjil. Anggaplah bahawa pasangan kita sedang mempersiapkan diri menjadi golongan yang terbaik buat diri kita kelak." 


Sekian.


Friday, August 3, 2012

Sakit Menjadi Penawar Dosa.



Orang kata, bila berada di bulan ramadhan ini, bila datangnya dugaan. Allah sebenarnya rindu pada kita. Kerna apa? Allah rindu mendengar suara kita menyebut nama mu Ya Allah. Allah rindu pada kita saat kita menadah tangan dan meminta pertolong daripada nya. Dan yang paling penting, Allah sebenarnya kasih dan sayang pada kita. Kerna itulah Allah memberi peringatan pada kita bahawa kita ini sudah jauh daripada-Nya.



Berapa beruntungnya kita, kerana apa? Kerna kita masih di berikan kesempatan oleh Allah untuk kembali padanya sebelum kita tersasar jauh.

Sayu, bila mengenangkan semua ini. Maka sama-samalah kita mengunakan kesempatan yang diberi ini apatah lagi di bulan mulia. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi. Walaupun diri ini masih cetek lagi ilmu di dalam dada. Namun tidak salah untuk kita berkongsi bersama rakan-rakan sekalian.

Yang baik itu kita kongsi bersama. 

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”– Hadis riwayat Ibn Majah


Sekian.


Saturday, July 28, 2012

Walaupun kecik tapi besar rasanya.

Assalamualaikum.


Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 11.00 malam. Masih sama suasananya. Riuh dengan suara kanak-kanak yang tak henti-henti bermain. Ke hulur ke hilir. Langsung tidak menghiraukan rasa marah di hati ini. Gelagat anak kecil. Itu lah Nurul Asfa Athirah dan Muhammad Aiman Danial. Terlintas di kepala ini. Bagaimana agaknya aku  seusia mereka?


Aku masih ligat mencari idea. Duduk di ruang legar bertemankan bunyi-bunyian suara dari tv. Bagaimana ingin mengarang apa yang terlintas di kepala ini. Namun aku bersyukur. Semua ini ada hikmah. Aku pasti persoalan ini akan timbul " apakah kebaikkan dari peristiwa ini?".

Bila diri ini melihat keatas. Sungguh cantik ciptaan mu. Berlatarkan langit hitam menyerlah kilauan bintang. Entah mengapa diri ini ingin pergi jauh. Sejauh aku dengan bintang. Hakikatnya, sejauh mana tidak ku tahu. Mungkin kerna hati. Hati yang kadang kala boleh merasa kesakitan. Dan kadang kala hati ini boleh menjadi bunga. Bunga yang mekar di pagi hari.

Kadang kala aku sendiri keliru dengan kedudukan aku. Sekali lagi aku bersyukur. Kerna aku masih diberi peluang untuk bernyawa di bulan mulia ini, untuk mencari kebenaran. Kebenaran yang aku rasa mampu memgembalikan kehidupan ku. Kehidupan yang selama ini aku harapkan dan aku inginkan.


Terima kasih sudi membaca coretan yang tak berapa ini.
Selamat Berpuasa semua.