tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Sunday, June 5, 2011

Bicara Sara Ali : Happy Birthday sayang!

Agak lama aku merenung handphone di tangan. Masih memikirkan, perlu atau tidak aku menghantar msg kepadanya. Sekadar bertanya khabar. Cukup pada diriku. Banyak perkara telah berlaku diantara kami. Hampir berlarutan sebulan lebih. Akhirnya, aku gagahkan jari jemari ini untuk menekan huruf  berkenaan.

Aku:  Awak...
Dia:  Yup...
Aku:  Bla..bla..bla...
Dia :  Nak jumpa ke? hari rabu k.
Aku:  Betul ker?
Dia:  Rabu pagi, midvalley, pukul 11.
Aku:  ok. (dah macam ayam kena patuk.Tanpa perlu fikir panjang. Aku terus setuju.)

Macam tak percaya pun ada. Hari Rabu bukan 1 June ker. 1 June kan birthday dia. Dia ajak aku keluar la.

********************

Pada hari kejadian:

Agak gementar aku ketika itu, maklumlah orang dah buat salah. Malu memang bergunung-gunung. Walaupun si dia pandai memainkan suasana tapi kekekokan aku masih ada. Tidak banyak cakap di antara kami. Hanya pandangan dan senyuman ungkapan daripada ku.

Dia pandai baca apa yang aku fikirkan saat itu. Apa yang si dia katakan, sememangnya benar. Baru aku tahu, selama ini memang sukar untuk dia faham aku bila tidak berada di hadapannya. Namun dia faham segalanya bila aku berada di hadapannya. Ahh. bertambah-tambah aku tak faham. Apa masalahnya?

Sebab aku lebih selesa berdiam diri apabila bersama orang tersayang. Aku seolah-olah hilang seribu kata. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. "Adakah esok aku akan melihat kegembiraan masih terpancar di mata setiap insan yang aku sayang? "

Awak kata, hari ini (1 june) saya nampak gembira sangat. Tapi tiada jawapan daripada saya bukan? Hanya sekadar senyuman. Sebenarnya inilah jawapan disebalik senyuman itu.

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab saya dah jumpa apa yang sebelum ini menjadi tanda soal. 

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab untuk pertama kali saya sambut birthday awak.

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab awak sudi memaafkan segala kesalahan saya.

Ya, ya dan ya, dan ya. 

********************


Tonton wayang, makan-makan, sembang-sembang dan jalan-jalan memang dah jadi perkara biasa kami lakukan setiap kali keluar. Dan perkara wajib adalah GADUH. Macam mana pun kami, mesti ada sedikit pergaduhan. Dah tak boleh lari. Macam arnab dengan kucing. hehehe.

Percaya atau tidak, aku tak bagi sebarang hadiah pun. Aku bertemu dengan tangan kosong. Tiada sebarang preparation atau plan yang mengejutkan.Namun dia buat aku terkejut. Seolah-olah hari itu birthday aku pula. Kelakarlah awak ini. Bertambah-tambah terharu bila awak mengatakan :

"awaklah hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Awak adalah hadiah saya pada hari ini sayang "

Terima kasih awak. 

Yang ini makanan aku~ Asam laksa.
maafla ye, bagi aku yang ini kurang sedap. 
hehehe


Tapi yang ini memang super duper sedap.
Sayangnya Si dia punya makanan.
Tapi saya sapu juga, makanan awak, makanan saya.
Makanan saya, makanan saya.
hehehe


Ingatkan nak tengok cerita hantu. Tapi oleh kerana si dia dah pilih kung fu panda 2. 
Layankan je la, tapi memang setiap kali tengok wayang  memang dia je yang pilih cerita.
hehehe..

Apa-apa pun. Happy Birthday sayang!

2 comments:

SofieyAzwa said...

Wahh.. happynya sara

Sara said...

’(*v*)’..//”