tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, February 23, 2013

Hati manusia umpama bola dilontar.


Awak. Kita bukan berada di gelanggang permainan. Yang boleh dilontar kesana kemari. Dipukul sekuat hati lalu dibiar jatuh ke bumi.

Benar. Hidup umpama pertaruhan tapi bukan permainan. Banyak percaturan yang perlu dipertimbangkan. Soal hati soal kehidupan.

Sekiranya diberi peluang. Ingin sekali mata ini lari dari memandang. Telinga ini dipekakkan dari mendengar. Mulut ini berhenti dari berkata-kata. Tangan diikat dari mencari. Kaki berhenti dari melintasi. Hanya ingin hati yang bersuara. Tapi apakan daya. Itu anugerah Allah tinggi nilainya.

Awak mungkin tidak sedar. Semua ini prihal awak. Mungkin kerna lagak ku. Mungkin juga kerna lakonan ku. Harap dapat menutup perasaan ku. Terasa sungguh beban di hati. Terpaksa pujuk diri. Seboleh saja hati ini dicuci. Tidak terukir nama mu lagi.





P/s: sedang berusaha membuang rasa ini untuk memberi ruang pada yang selayaknya. Sekian.



Monday, February 11, 2013

Awak pertemuan Saya pengenalan.


Ya, langkah pertama dalam perhubungan adalah pengenalan. Macam kita baca novel,bahagian dedikasi prolog memang tidak dinafikan,perlu percaya sesetengah daripada kita akan melangkau bahagian tersebut. Salah langkah kita akan terpingga-pingga. Cerita menjadi sumbang. Harus diakui bahagian membosankan itu menerangkan segala apa yang bakal terjadi seterusnya.

Nama pun pengenalan. Mesti tidak dirancang. Lalu sebelah jalan. Berselisih terlanggar boleh jadi itu pertemuan. Warna kehidupan. Sukar untuk diduga kawan.

Satu acuan pelbagai bahan.

Hakikat.Perjalanan dengan awak baru sahaja bermula. Tapi percaya ataupun tidak. Apa yang dirasai seakan sudah lama. Bagaikan terasa sudah lama bersama. Sebenarnya singkat  tapi banyak yang kita pelajari. Tentang kegemaran. Tentang sikap yang tidak sama. Asyik berbalah. Tidak pernah rasa lelah. Pelik bukan.


Sebenarnya awak indah.
Indah dengan pertemuan.



p/s: Biar faham pada tersurat jangan tersirat.

Tuesday, November 6, 2012

Tiada Kata Hanya Bahasa


Tanpa perlu penerangan hanya gaya bahasa dan gerak geri mampu menjelaskan apa yang tersirat. Sedar tak sedar kita dikelilingi manusia yang mampu meneka dan mampu membaca dengan tepat. Terasa seperti menjadi bahan ujian. Diimbas kotak memori dan mula ditafsirkan. Sungguh mengerunkan apabila diri  diperhatikan dalam diam-diam dan mereka mampu membaca isi hati kita. Mungkin tekaan tidak setepat apa yang dirasa tapi ia masih mengusarkan. Agak aneh bagi sesetengah manusia. Tapi itulah kelebihan- unik di mata manusia.

Tidak dinafikan - tidak senang. Tiada kata hanya senyuman. Mungkin benar. Seseorang yang mungkin dulunya terlampau asing akan menjadi manusia paling rapat pada kita. Tidak dinafikan juga perkara sebaliknya. Kerna apa - kerna mereka diimbas dan mula ditafsirkan dalam bentuk kata. Tiada kata diam seribu bahasa. Hanya gaya mentafsir segalanya. Tiada sapa tiada senda. Hanya mata pengharapanya.


Kadangkala kita tidak perlu menunggu jawapan. Kerna gerak hati dan naluri kita itulah jawapan. Kerna kita percaya- rasa lelah akan terasa. Berapa lama. Ini bukan permainan. Ini manusia dalam alam nyata. Buka mata lihat dunia. Itulah manusia. Kadangkala sudah ada jawapan tapi tetap ingin menafikan.


Nota Kaki:
Mungkin jua perlu tutup sebelah mata untuk terus hadapi di alam nyata.