Assalamualaikum.
Mungkin aku tak setanding dengan dirinya dan mungkin juga aku tidak layak untuk duduk sebaris dengannya. Setiap manusia memang berbeza, beza tingkah laku, paras rupa dan juga beza jalan kehidupanya. Mungkin sukar untuk cari yang sama, mungkin juga senang untuk cari yang sama. Persoalannya, mungkin?
Asfa: Itu kawan ibu ker?
Aku : bukan, cuma kenalan.
Asfa : Kenapa dia comel sangat ibu?
Aku : Mana?
Asfa: Ini.
Tengok, kanak-kanak seusia 4 tahun pun tahu bezakan yang mana comel dan yang mana comot. Hebat bukan? Bertubi-tubi soalan dari mulut si cilik. Seolah aku hilang kata bagi setiap persoalannya. Soalan yang mudah, bukan standard SPM pon. Tapi masih kaku lidah ini untuk berkata-kata.
Aku: Asfa comel?
Dia: Memang lah.
Aku : Ye ke.
Dia : Asfa kecik lagi. mesti lah comel.
Aku : Logik.
Mendengar kepetahan anak buah ku, memang buat ku tersenyum. Ada sahaja jawapannya. Sejauh mana aku putar belitkan soalan. Itu je jawapanya. Bila kalah, my favorite word " Oyyeehhh" pengakhir kata. Word yang aku ciplak dari si cilik.
Anda tertanya, siapa pemilik "comel" yang dikatakan oleh anak buah ku itu.
gambar yang saya ambik dari blognya. credit to FL
Anda kenal bukan? Fatin Liyana , blogger yang terkenal, Seorang doktor. Kiranya bukan aku sahaja yang meminati fatin liyana, malah anak buah aku pun turut minat.
Semua itu anugerah, anugerah yang tak terhingga dari Illahi. Kita sebagai hambanya perlu bersyukur dengan pemberian-NYA.
1 comment:
fatin liyana mmg cantekk !
Post a Comment