Fuhhh...
Haa, jangan ingat Awal Ashaari je boleh buat Fuhh. Aku pun boleh tau. Tapi fuhh aku plus dengan jampi serapah. Habisla kau orang kena ubat guna-guna dengan aku. Yang pastinya siapa sebut perkataan itu memang sah kena jampi dengan aku. haha. 1000 kali like.
Okey, hari ini aku tak ada kerja. Baru dua paper aku lepas terasa macam semua paper aku dah lepas. Hehe. Maka dengan serta merta aku buat kerja yang bukan-bukan iatu segmen menyelongkar beg orang. huhu.
Tipu je, sebab aku selongkar folder lama dalam laptop aku ini. Terkenang kisah-kisah lama. Sob, sob, sob, sedih tak terkata dan serta merta aku menjerit.
"Aku nak jadi budak kecik balikkkkkkkkkkkkkkkkk "
Teringat masa aku kecik dulu-dulu, main guling-guling dalam sawah. Main kejar-kejar dengan abang dan kakak. Main kejar-kejar dengan ayam. Panjat pokok. Mandi sungai. Makan tebu, crup...crup...crup. Wah, rindu saat itu. Tak perlu rasanya nak fikir pasal itu pasal ini. Main je memanjang dari pagi sampai petang. Dah malam apa lagi tidor la.
Seronok bukan jadi kanak-kanak riang ini?
Menangis bila kena marah atau kena pukul.
Selebihnya 'kita enjoy'.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat abang sulung saya iaitu Mohammad Nazori Bin Mohd Ali. Semoga rohnya ditempatkan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
P/S
Sampai bilakah aku harus menanti?
Sampai bilakah aku harus menangis?
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu?
Sampai bilakah cinta kita harus bergini?
6 comments:
kalau la masa boleh di putarkan kembali ke masa lampau :)
Al-Fatihah..
:)
al fatihah.
kalau jadi budak kecik memang best. tkda masalah besar pun. masalah dorang bila lapar, menangis. hehe
dulu zaman kanak2 ribena, memang seronok! :)
Sampai bilakah aku harus menanti?
Sampai bilakah aku harus menangis?
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu?
Sampai bilakah cinta kita harus bergini?
ragam rasa itu perlu untuk menguatkan semangat.
take care.. happy reading ur blog!:)
zaman kanak-kanak memang paling enjoy
no problema
Post a Comment