Bila sebut sahaja kempen derma darah. Aku adalah orang yang pertama cabut lari. Serius, aku bukan sombong. Malah aku bukan kedekut. Sebab ia bukan kuih keria tapi ia darah.
Darah dengan kuih keria adalah satu benda yang berbeza tau. Apa kaitan dengan kuih keria? Nak tahu klik SINI
Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku dari dulu sampai sekarang memang tak boleh tengok darah dalam kuantiti yang banyak. Mula rasa nak pitam. Kepala dah mula rasa pening. Mata rasa nak tutup. Kaki mengeletar semacam. Hilang semua tenaga. Ia menjadi salah satu sebab kenapa aku tak jadi doktor.
Oleh sebab itu, bila aku nampak sahaja darah. Aku cepat-cepat bla. Tapi darah yang real tau dan aku tengok secara live. Kalau tengok dekat TV, aku boleh terasa cikit. Tapi hanya tahan dalam beberapa minit sahaja. Lepas tu aku cepat-cepat duduk sebab takut pengsan.
Ye, aku boleh pengsan. Tapi bukan pengsan tipu-tipu ok. Seingat aku dulu, masa aku sekolah rendah dan menengah. Aku kerap pengsan. Sedar-sedar aku di papah ataupun sedang baring dekat katil.
Haha. Kesian kepada mereka yang terpaksa angkat aku yang berat ini. Apa-apa pun jasa kamu semua, aku kenang dan terima kasih sebab tidak biarkan aku tersadai tanpa arah. hehe.
Motif N3:
Terdapat kempen menderma darah di kolej aku. Kepada sesiapa yang berminat boleh la datang ke :
DEWAN CENDERAWASIH, DPP EON, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH.
3 comments:
Sofiey xnah derma darah.. X cukup berat.. Hehehhe
hah?
pengsan...memang betul2 takot neh...
ila pun takot darah sebenarnya...;-)heheh
dulu penah ikut ayah pergi hspital.
konon2 berani la nak tgk wad kcemasan..
tp kejap je msk, pasal kt dlm ada orang kena kapak... ^_^
Post a Comment