tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Friday, December 31, 2010

Wacha, cepat cepat sebelom jam berdetik.

Salam reader, 

Mesti korang semua tahukan yang tahun 2010 akan berakhir. Betol tak? Sapa yang tak tahu tue pergi utan lah. Duduk kat sana diam2. Orang semua dah sibuk pasang niat, azam dan segala macam pasanglah. Dia pulak masih duduk tahap tue je. 

Uit, bunyi macam marah je. Mais marah ker? Memang mais marah. Mais marah kat diri mais sendiri. Biar mais sedar yang mais perlukan banyak perubahan untuk mencapai impian mais. Jangan berada ditahap yang sama tanpa ada sebarang perubahan. Dan mais juga percaya, korang semua pon tak ingin berada di tahap yang sama sampai bila-bila. Betol tak? Pastinya kita inginkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Betol kan?

Tahun 2010, sememangnya banyak suka dan duka yang telah mais lalui. Bangun jatuh mais semuanya berada di tahun ini iaitu tahun 2010. Biarlah ia menjadi kenangan yang akan mengajar mais erti kehidupan yang sebenarnya.


Ya, peristiwa ini betol2 memberi pengajaran kepada mais. Ketika ini, hati mais betul2 telah dikecewakan oleh orang yang mais sayang selama ini. Tapi perhubungan kami tidak panjang, dan berakhir macam tu je. Namun , mais reda. Semuanya telah tertulis dan mais pasrah.


Di saat mais sedang kecewa, masih ada insan yang mendampingi mais dan terus memberi sokongan tanpa henti selain rakan rapat mais. Walaupon pada mulanya banyak perbalahan di antara kami disebabkan perbezaan tapi alhamdulillah, sikap kematangan yang ditunjukkan telah membuatkan mais terbuka hati dan memberi ruang kepada nya untuk mendekati mais.


Hari berganti hari, kecerian keluarga mais bertambah apabila abang mais melangsungkan perkahwinan bersama insan tersayang.  Alhamdulillah bilangan keluarga mais bertambah seorang dan bakal bertambah pada tahun baru nanti. Insya Allah, sebab kak ipar mais tengah berbadan dua sekarang. Syukur.


Muhammad Aiman Danial yang dilahirkan pada bulan 7 telah membuatkan keluarga mais bertambah ceria dan kecoh terutama kedua ibu bapa mais yang menyambut kehadiran cucu yang kedua. Manakala, Nurul Asfa Athirah yang sedia maklum merupakan cucu sulung bagi keluarga mais. Segala tingkahlakunya memang menghiburkan kami sekeluarga.  Mais harap ukhwah keluarga mais akan terus berpanjangan dan tiada sebarang permasalah . Insya Allah.


Syukur alhamdulillah, hanya itu yang mampu mais ucapkan. Mais berharap tahun akan datang segala yang mais impikan menjadi kenyataan dan segala pencapaian mais dapat ditingkatkan. Insya Allah. Dan untuk mengetahuan korang semua, esok pagi2 mais akan bertolak ke PD untuk bercuti bersama keluarga mais. Korang jangan gelak tau, mais sebenarnya tak pernah jejakkan kaki kat PD. Tapi family mais dah banyak kali dah pergi sana, cuma mais sorang je belom. hehee...peace.

p/s: Selamat tahun baru kawan2 semua.
p/s: Segala gambar yang ada didalam ini adalah milik mais. Walaupon terdapat URL yng berbeza ia sebenarnya dari blog mais yang terdahulu yang sekarang mais tidak mengaktifkanya.


No comments: