tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Friday, March 1, 2013

Tidak kenal erti lelah.

Seperti biasa. Aku dikelilingi pelbagai ragam manusia , berpusu-pusu pulang ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti. Kata orang lihat ragam manusia boleh terukir senyuman.  Barang kali benar kata mereka. Seusai roti coklat kunyahan terakhir, jam randik mula berkelip menandakan ketibaan kereta api.

Ntah kenapa keluhan yang aku lepaskan. Dibebani kerja itu tidak aku nafikan. Namun kerja tak seberapa seperti tidak sepadan dengan keluhan. Itu yang aku pasti. Mungkin jua keluhan ini dari tekanan dan desakan. Ligat mengatur strategik menyelamatkan diri rupanya minda ini.

Wujud desakan boleh memberi tekanan. Nampak bahaya takut kesannya tinggi pada diri. Tidak pernah kenal erti penatkah mereka? Mengajukan soalan yang sama pada diri yang sama. Kadang-kadang aku kurang mengerti. Antara ambil berat atau ambil tahu. Tidak pasti apakah ayat yang selayaknya buat mereka.

Berfikiran positive itu yang kerap rakan ku katakan. Ya barangkali mereka ambil berat. Seusia sebegini masih menyendiri. Kalau mereka tahu apa yang aku alami dan apa yang aku rasai. Mesti tiada soalan lagi dari mereka. Barangkali ia terjadi siapa yang tahu.


Akan terasa kemanisannya jika dirasa.


Nota Kaki:
Tidak mudah untuk berdepan apa yang dihadapan jika tidak bersedia.



Saturday, February 23, 2013

Hati manusia umpama bola dilontar.


Awak. Kita bukan berada di gelanggang permainan. Yang boleh dilontar kesana kemari. Dipukul sekuat hati lalu dibiar jatuh ke bumi.

Benar. Hidup umpama pertaruhan tapi bukan permainan. Banyak percaturan yang perlu dipertimbangkan. Soal hati soal kehidupan.

Sekiranya diberi peluang. Ingin sekali mata ini lari dari memandang. Telinga ini dipekakkan dari mendengar. Mulut ini berhenti dari berkata-kata. Tangan diikat dari mencari. Kaki berhenti dari melintasi. Hanya ingin hati yang bersuara. Tapi apakan daya. Itu anugerah Allah tinggi nilainya.

Awak mungkin tidak sedar. Semua ini prihal awak. Mungkin kerna lagak ku. Mungkin juga kerna lakonan ku. Harap dapat menutup perasaan ku. Terasa sungguh beban di hati. Terpaksa pujuk diri. Seboleh saja hati ini dicuci. Tidak terukir nama mu lagi.





P/s: sedang berusaha membuang rasa ini untuk memberi ruang pada yang selayaknya. Sekian.



Monday, February 11, 2013

Awak pertemuan Saya pengenalan.


Ya, langkah pertama dalam perhubungan adalah pengenalan. Macam kita baca novel,bahagian dedikasi prolog memang tidak dinafikan,perlu percaya sesetengah daripada kita akan melangkau bahagian tersebut. Salah langkah kita akan terpingga-pingga. Cerita menjadi sumbang. Harus diakui bahagian membosankan itu menerangkan segala apa yang bakal terjadi seterusnya.

Nama pun pengenalan. Mesti tidak dirancang. Lalu sebelah jalan. Berselisih terlanggar boleh jadi itu pertemuan. Warna kehidupan. Sukar untuk diduga kawan.

Satu acuan pelbagai bahan.

Hakikat.Perjalanan dengan awak baru sahaja bermula. Tapi percaya ataupun tidak. Apa yang dirasai seakan sudah lama. Bagaikan terasa sudah lama bersama. Sebenarnya singkat  tapi banyak yang kita pelajari. Tentang kegemaran. Tentang sikap yang tidak sama. Asyik berbalah. Tidak pernah rasa lelah. Pelik bukan.


Sebenarnya awak indah.
Indah dengan pertemuan.



p/s: Biar faham pada tersurat jangan tersirat.