tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Saturday, February 23, 2013

Hati manusia umpama bola dilontar.


Awak. Kita bukan berada di gelanggang permainan. Yang boleh dilontar kesana kemari. Dipukul sekuat hati lalu dibiar jatuh ke bumi.

Benar. Hidup umpama pertaruhan tapi bukan permainan. Banyak percaturan yang perlu dipertimbangkan. Soal hati soal kehidupan.

Sekiranya diberi peluang. Ingin sekali mata ini lari dari memandang. Telinga ini dipekakkan dari mendengar. Mulut ini berhenti dari berkata-kata. Tangan diikat dari mencari. Kaki berhenti dari melintasi. Hanya ingin hati yang bersuara. Tapi apakan daya. Itu anugerah Allah tinggi nilainya.

Awak mungkin tidak sedar. Semua ini prihal awak. Mungkin kerna lagak ku. Mungkin juga kerna lakonan ku. Harap dapat menutup perasaan ku. Terasa sungguh beban di hati. Terpaksa pujuk diri. Seboleh saja hati ini dicuci. Tidak terukir nama mu lagi.





P/s: sedang berusaha membuang rasa ini untuk memberi ruang pada yang selayaknya. Sekian.



Monday, February 11, 2013

Awak pertemuan Saya pengenalan.


Ya, langkah pertama dalam perhubungan adalah pengenalan. Macam kita baca novel,bahagian dedikasi prolog memang tidak dinafikan,perlu percaya sesetengah daripada kita akan melangkau bahagian tersebut. Salah langkah kita akan terpingga-pingga. Cerita menjadi sumbang. Harus diakui bahagian membosankan itu menerangkan segala apa yang bakal terjadi seterusnya.

Nama pun pengenalan. Mesti tidak dirancang. Lalu sebelah jalan. Berselisih terlanggar boleh jadi itu pertemuan. Warna kehidupan. Sukar untuk diduga kawan.

Satu acuan pelbagai bahan.

Hakikat.Perjalanan dengan awak baru sahaja bermula. Tapi percaya ataupun tidak. Apa yang dirasai seakan sudah lama. Bagaikan terasa sudah lama bersama. Sebenarnya singkat  tapi banyak yang kita pelajari. Tentang kegemaran. Tentang sikap yang tidak sama. Asyik berbalah. Tidak pernah rasa lelah. Pelik bukan.


Sebenarnya awak indah.
Indah dengan pertemuan.



p/s: Biar faham pada tersurat jangan tersirat.