tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Thursday, September 22, 2011

Bila diri ini umpama ombak.



" Hati mana tidak terbuka bila di ketuk.  Hati mana tidak tumbuh bila di baja.

Hati mana tidak sakit bila di sakiti.  Hati mana tidak terluka bila di lukai."

p/s:
Yang mana paling sakit?
Sakit di tinggalkan atau sakit bila terus ditipu?
(tiada kata yang lebih sesuai untuk difahami )



Tuesday, September 20, 2011

Hadiah teristimewa daripada MYSPACE.

Ok macam ni, tadi saya saja-saja buka MYSPACE...
Tersangatlah terkejut bahawa tup tup saya nampak gambar lama saya.hehe.
Tersangat lah malu walaupun gambar saya sendiri...
Akhirnya tersenyum jua saya...
Terubat kesedihan saya...
Terima Kasih MYSPACE...



Kalau korang nak tahu.
Pic ni masa saya sem 1 tahun 2008. 
Mula-mula masuk U.
hehe.


Haa. yang mana satu saya?
Sudah semestinya yang purple tu. hehe
Masa ni sem 2, Dinner block dekat U.
Ayu kan kawan-kawan saya.


Nak jadi penyambut tetamu.
Tapi tak dapat sebab jadi urusetia bahagian lain.
So pegang je la cenderahati ni.
Sedih!!!


Yang ni sem berapa saya x pasti.
Rasanya macam sem 3.
Masa ni tengah jamuan raya.
urm,,,
Kalau korang perasan.
Saya nampak sedikit muram kan time tu. 
Memang tengah bersedih pon. 
Tapi masih mampu tersenyum.
Manis kan yang berbaju biru tu.
(perasan!!!)


ok, yang nie memang saya tak ingat langsung sem berapa.
Tapi yang pastinya.
Inilah kali pertama saya pakai baju warna pink secara keseluruhan.
Ya Allah, mula-mula tu saya terasalah malu sesangat2.
Akhirnya saya dah jatuh hati dengan pink disebabkan seseorang.
So sweet!!!


Tamat sudah,
Saja je nak ambil masa 3 minit korang masuk dalam tabung uji saya.hehe.
Dan baru saya perasan yang rupanya DOLU-DOLU saya suka ambil gambar senyum nampak GIGI kan?
Dah macam iklan Colgate pulak,  

Tapi heran,
kenapa sekarang saya tak suka yer?


p/s
Terima kasih MYSPACE sebab buat saya tersenyum,
Dari air mata bertakung terus tak jadi tumpah ke baldi,
Semua tu kerana gambar lama saya.
(Sebenarnya banyak lagi, tapi biarkan lah rahsia.haha)

Sunday, September 18, 2011

Bicara Hati : Bermain dengan hati.

Assalamualaikum.


Bila hati sudah berbelah bahagi. Sekelip mata hilang segala kebahagian yang dikecapi, hanya kedukaan yang dilalui. Kita sedia maklum bahawa hati sememangnya satu. Mana mungkin menjadi dua mahupun tiga. Namun haruslah kita tahu bahawa dua hati boleh menjadi satu. 

first time tengok macam menggelikan, tapi bila lama2 tengok macam cute je. hehe


"Di antara mereka yang kita sukai dan kagumi, kita tidak dapat menemukan suatu kesamaan, tetapi di antara mereka yang kita kasihi, kita dapat menemuinya "


Bak kata pepatah juga "mulut lelaki di hati dan hati wanita di mulut". Wanita memang diakui mudah meluahkan apa yang dirasainya, berbanding lelaki. Lelaki lebih selesa mengumpul segala isi hati sehingga menghasilkan ledakan yang menakutkan. Mungkin ini cara lelaki melihat masalah dan membuat pertimbangan.

Hati juga dikaitkan dengan cinta. Jika kita perasan Tuhan memberikan kita 2 tangan,2 kaki, 2 telinga dan sepasang mata, tetapi kenapa Tuhan memberikan hati kita cuma satu? Adakah kita perlu mencari pasanganya. Bila kita sudah jumpa pasangannya. Adakah si dia di ciptakan untuk kita ?

p/s:
To being in one relationship is maybe very easy. It just between two parties. Boy and girl. U and me. But the problem is how to sustain the love throughout. I'm sure, everyone wants a happy love story am i right? Hoping for the same too. Happy ending,  so..... just wait and see la.

Bicara Sara Ali : Happy birthday !!!

Assalamualaikum.

Tanak syakap anyak-anyak. 


tantik tak? penat tau sara buat. haha...tipu jer.

walaupon copy n paste tapi tetap nak cakap special untuk kakak ku yg satu.




Saturday, September 17, 2011

Sakit gigi umpama mimpi ngeri.




" sakit gigi umpama mimpi ngeri "

Haa... itu yang sedang saya alami. Sakitnya memang begitu nikmat. Betul-betul menguji kesabaran ku. Yang saya heran, bila saya jumpa dentist sakitnya tak la seteruk ini, tapi bila sampai je kat hostel. Masha Allah, sakitnya bukan kepalang. Habis ditarik segala urat sendi ku. Doc cakap kesan daripada gigi baru. Tapi yang saya herannya gigi bongsu belah kiri dah tumbuh habis. Cuma belah kanan je yang nampak seciput je. Tak mo keluar habis kot. Yang pelik, sakitnya belah kiri bukan belah kanan.  Saya memang bertambah-tambah heran sebab umur saya dah berapa? Orang cakap kalau umur macam saya ini gigi bongsu tak keluar habis di kira AWEK MUDA tau. wahh. kembang seketika. haha.

Dan untuk pertama kali juga lah saya berjaya makan ubat yang cukup menggancam bau dan rasanya sehingga habis walaupun sehingga kini gigi saya masih berdenyut. Bangga bukan?  give me one clap pls. hehe



Bukan itu sahaja. Korang pernah dengar tak, demam malam. Haa.. benda tu pun jadi kat saya. Bila tiba sahaja waktu maghrib, badan mula panas, kepala start jadi berat, muka dan bibir menjadi kemerahan. Bak kata adik saya muka terbakar "merah menyala". Nakal betul adik saya ini. oke, macam ni sebenarnya, ikutkan sehari sebelum sayabalik Kedah, saya dah sihat dari demam. Walaupun sehari kira sihat la jugakkan. Tapi bila sampai je Kedah, sehingga sekarang demam ku tak surut2. Yang peliknya malam dia bukan kemain, macam faham-faham je belah pagi class saya memang penuh. i like it!

Walaupape pon saya bersyukur. Saya masih mampu berjalan kesana-sini dengan sendirinya. Harap-harap esok lusa segala dugaan ini akan berakhir. Insya Allah.

p/s:
Doakan saya cepat sembuh dari demam dan sakit gigi ye. Amin.
Thank u very much for the prayer for me. Im' really appreciate it.
love u all, no word to describe  my thanks.

Friday, September 16, 2011

"Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Assalamualikum.

Selamat hari raya. hehe. Hai dah hilang mood raya ker?  Raya kan sebulan. Atau korang semua terpaksa berperang dengan exam. Atau korang terpaksa bersiap-siap untuk masuk sem baru. Tak pe sabar ye adik-adik sekalian. Semua itu masa depan kita juga. Betul tak?

Ok, entry kali ini sangat la simple dan bermakna pada ku. Just nak share something dengan korang semua. Benda ini pon aku dapat dari one of my friends kat FB tu. Cukup menarik. Mungkin ada setengah dari pada anda semua pernah dengar. Yup, kita selalu akan dengar ayat ni bila kita pergi ke majlis akad nikah. Wahh, tiba-tiba terasa teruja. hehe.

" Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Bunyinya macam senang bukan? tapi erti sebenarnya dia :

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tnggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau aku tidak didik mereka, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."

Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan apabila "si dia binti si ayah dia" di tukarkan nama ku sendiri. Mungkin ia satu perasaan yang lega mahupun sedih. Ntah aku pun tak tahu apa perasaan ketika itu. Senang cerita sebab aku tak pernah alaminya. Kalau sebut main-main tu adalah, tapi tak rasa apa-apa pon. Terasa nak gelak ada la lepas tu. hehe. Main-main pulak aku ini.


Mana aku kecik- kecik dulu, suka main kawen-kawen dengan kawan aku. Duduk dekat atas kerusi. Berangan sorang-sorang. Main renjis-renjis. Lawak-lawak. Tapi bila dah besar cikit, ingat perangai tu dah hilang. Rupa-rupanya terlebih imagine pula. Nak weeding macam princess, siap naik kereta kuda bagai. Haha. Berangan tak sudah-sudah aku ini. Sedangkan time tu perangai aku sebijik macam laki, terselit mana teringin nak jadi princess tu pun aku tak tahu. hukhuk!!!



Bila tiba seusia ini, perangai kebudak-budakan ku tak pernah hilang. Tapi bila tiba aku berfikir secara matang. Terasa begitu jahilnya diri ini. Terdetik di hati ini, mampukah aku memiliki insan yang sebenar-benarnya untuk diriku, yang bakal mengimamkan setiap solat ku dan bakal membimbing ku ke jalan yang benar. 

Wallah-hu-alam.

p/s:
Insya Allah, aku akan temui jua insan yang bakal mengimamkan setiap solatku suatu hari nanti. Insya Allah, aku hanya mampu berdoa agar ditemukan dengan si dia.

Thursday, September 8, 2011

Bicara Sara Ali : Kecewa kerana baju raya.


Assalamualikum.

"Haruslah anda percaya bahawa aku masih tidak ada baju raya"

Ayat terlalu sekema. Biarkan je la adik-adik. Asalkan adik-adik percaya atau tidak? Itu terpulang. Sehingga ke saat ini aku masih keluar mencari baju raya. Ala malunya untuk mengaku. Sedangkan hari ini dah masuk raya keberapa? 

Bila orang tanya aku, tema color apa? Selamba aku jawab, baju raya pon tak beli lagi. Ternganga terus mulut dorang dan dengan selambanya mereka kata aku "tak ada semangat raya langsung"

Oh, tidak. Bukan aku tak de semangat raya. Cuma baju yang aku nak tak ada. Masih tak berkenan, bila dah berkenan, saiz pula tak ada. Bila mintak saiz S, kata dah habis. Dia bagi saiz SS or XS. no..no..i mana muat ok. Lepas tu dia bagi saiz M, oh tidak, nampak aku seperti pokok krismis. Besar dibawah. Baju pesak gantung katakan.  

Maka aku kecewa dan sedih.


Kalau korang perasan baju yang aku pakai ini. Sila senyap2 ye. baju aku je yang baru, baju anak2 buah aku semuanya yang lama2. Sedapkan aty je tu. haha.

ok, bye2.

p/s: 
sapa tahu nak beli baju color coklat yg plain or bunga2 kecik pon tak pe, yang penting saiz S ada tau, sila bagi tahu pada sy, 

Wednesday, September 7, 2011

Bicara Sara Ali : Kenapa dia comel sangat ibu?


Assalamualaikum.
Mungkin aku tak setanding dengan dirinya dan mungkin juga aku tidak layak untuk duduk sebaris dengannya. Setiap manusia memang berbeza, beza tingkah laku, paras rupa dan juga beza jalan kehidupanya. Mungkin sukar untuk cari yang sama, mungkin juga senang untuk cari yang sama. Persoalannya, mungkin?

Asfa: Itu kawan ibu ker?
Aku : bukan, cuma kenalan.
Asfa : Kenapa dia comel sangat ibu?
Aku : Mana?
Asfa: Ini.

Tengok, kanak-kanak seusia 4 tahun pun tahu bezakan yang mana comel dan yang mana comot. Hebat bukan?  Bertubi-tubi soalan dari mulut si cilik. Seolah aku hilang kata bagi setiap persoalannya. Soalan yang mudah, bukan standard SPM pon. Tapi masih kaku lidah ini untuk berkata-kata. 

Aku: Asfa comel?
Dia: Memang lah.
Aku : Ye ke.
Dia : Asfa kecik lagi. mesti lah comel.
Aku : Logik.

Mendengar kepetahan anak buah ku, memang buat ku tersenyum. Ada sahaja jawapannya. Sejauh mana aku putar belitkan soalan. Itu je jawapanya. Bila kalah, my favorite word " Oyyeehhh" pengakhir kata. Word yang aku ciplak dari si cilik.

Anda tertanya, siapa pemilik "comel" yang dikatakan oleh anak buah ku itu. 

gambar yang saya ambik dari blognya.  credit to FL

Anda kenal bukan? Fatin Liyana , blogger yang terkenal, Seorang doktor. Kiranya bukan aku sahaja yang meminati fatin liyana, malah anak buah aku pun turut minat.

Semua itu anugerah, anugerah yang tak terhingga dari Illahi. Kita sebagai hambanya perlu bersyukur dengan pemberian-NYA.


Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri 2011.

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia. Terutamanya kepada semua pembaca blog "SARA ALI". Walaupun adakalanya blog ini wujud sekejap-sekejap, tapi saya masih mengikuti perkembangan blogger2 lain. Cukup menarik kisah mereka. Apa-apa pon, dikesempatan ini saya Sara Ali ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap, terkasar bahasa secara sengaja atau tidak segaja. Diharap kalian semua dapat memaafkan seikhlas hati. Yang penting jangan simpan dalam hati ye. Kira kita 0-0 ok?

ok, ada pengumuman cikit kat sini.

Dengan penuh rasa hormatnya aku nak umumkan bahawa "aku kerja di pagi 1 syawal ". Sedih bukan? 7 pagi dah kena ada di sana. Tak sempat nak makan ketupat, rendang, dan lemang pula tu. Terpaksa pula melayan bermacam-macam jenis perangai orang. Yang jenis sabar, yang kurang sabar dan yang tak sabar langsung pon ada juga walaupon di pagi hari raya. Itu lah sikap manusia, yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Macam diri aku ini juga. Apa-apa pon, alhamdulillah aku berjaya harungi segalanya sampai raya ke-2. Syukur Alhamdulillah. 

Dan yang paling best plus plus sayang lebih kat dorang semua, aku dapat duit raya dari customer. yeye, dapat duit raya. Time tu belum dapat duit raya dari family, dah dapat dari customer pula. Orang cakap rezeki jangan ditolak, nanti susah masuk rezeki lagi. Terima kasih banyak-banyak. Rupanya2 masih ada yang prihatin pada insan -insan seperti saya yang terpaksa kerja. Cewahh... ayat baik tu. Bukan tu je, yang datang bawak lemang, ketupat, rendang daging pon ada juga. Terasa juga suasana raya aku di situ. Melayan customer sambil pegang lemang cicah rendang daging... uuuhhhh sedap sehingga menjilat jari. hehe, tapi dalam mimpi je la aku nak buat macam tu.Hakikatnya aku terpaksa lari kesana sini untuk menjamah sepotong lemang. tu baru sepotong bukan 10 potong. 

Tak kisahla, apa pon aku bersyukur kerana aku masih bernafas sehingga kehari ini. Merayakan hari raya bersama insan-insan yang aku sayang.


seperti biasa, setiap entry mesti terselit pic yang kadang-kadang ok dan kadang-kadang macam tak ok. Tapi yang nie special cikit sebab anak buah aku si aiman ini ada pesanan cikit.

" Hai kawan-kawan, selamat hari raya aiman ucapkan.  Jangan lupa datang rumah aiman tau. Nanti boleh dapat duit raya dari ayah ngn ummie, Suka tak? datang jangan tak datang . bye2 kawan2. "