tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Monday, June 27, 2011

Bicara Sara Ali : Kerja tanpa henti.

Assalamualaikum...

Hurm, tiba-tiba jadi tak reti nak buat intro. Blurr seketika. haha.
Itu tandanya memang dah lama tak update blog dan jelajah blog orang. 
Terbukti.

urm, sebenarnya rindu nak tahu cerita menarik dari kau orang semua. Al maklumlah, kau orang kan hebat-hebat semua. Pejam mata dah siap satu entry. Betul tak?

Tak macam saya, sementara tunggu siap kain di mesin baik cuba-cuba update blog. Mana lah tahu dapat siapkan 10 entry. Perasan.

Cuti 3 bulan ini, saya agak sibuk. Mengalahkan menteri tahu tak? Pergi kerja dari pukul 10 pagi, habis kerja pukul 10 malam. Tak masuk lagi masa sembang-sembang tu, makan deangan jalanya. Tahu-tahu dah pukul 12 malam. Berapa jam je tidur. Letih.

Sampai je tempat keja esok, terpaksa pasang telinga dengar orang membebel. Ya Allah, pagi-pagi lagi dah dengar sound yang menarik. Sabar.

Itu lah rutin harian ku sebagai temporary promoter @ Parkson Kajang...
Di bawah brand apa? 
Kena cari sendiri. 


Sekian.

Makan....Makan....Makan....

Pecah rekod.
Anda perlu percaya.
Walaupun aku cukup allergic dengan makanan laut.
Tapi aku berjaya menelan, mengunyah, dan mengigit segala macam makanan laut di Steamboat Antarabangsa, Bandar Baru Bangi. 


Perlulah anda percaya bahawa aku makan tanpa henti dan tanpa had.
Segala macam yang terhidang aku bedal. 
Macam mana tu.
Hanya RM25 untuk satu kepala orang dewasa dan berapa belas ntah untuk budak kecik.
Segala pembaziran 100g akan di kenakan bayaran RM10.00.
Maka anda tak perlu tamak untuk masak banyak-banyak.
Tak pasal-pasal di cop "berlalu pembaziran di sini". hahaha



Tq pada semua....
Specially to my kakak and my abang ipar.
=)

Sunday, June 5, 2011

Bicara Sara Ali : Happy Birthday sayang!

Agak lama aku merenung handphone di tangan. Masih memikirkan, perlu atau tidak aku menghantar msg kepadanya. Sekadar bertanya khabar. Cukup pada diriku. Banyak perkara telah berlaku diantara kami. Hampir berlarutan sebulan lebih. Akhirnya, aku gagahkan jari jemari ini untuk menekan huruf  berkenaan.

Aku:  Awak...
Dia:  Yup...
Aku:  Bla..bla..bla...
Dia :  Nak jumpa ke? hari rabu k.
Aku:  Betul ker?
Dia:  Rabu pagi, midvalley, pukul 11.
Aku:  ok. (dah macam ayam kena patuk.Tanpa perlu fikir panjang. Aku terus setuju.)

Macam tak percaya pun ada. Hari Rabu bukan 1 June ker. 1 June kan birthday dia. Dia ajak aku keluar la.

********************

Pada hari kejadian:

Agak gementar aku ketika itu, maklumlah orang dah buat salah. Malu memang bergunung-gunung. Walaupun si dia pandai memainkan suasana tapi kekekokan aku masih ada. Tidak banyak cakap di antara kami. Hanya pandangan dan senyuman ungkapan daripada ku.

Dia pandai baca apa yang aku fikirkan saat itu. Apa yang si dia katakan, sememangnya benar. Baru aku tahu, selama ini memang sukar untuk dia faham aku bila tidak berada di hadapannya. Namun dia faham segalanya bila aku berada di hadapannya. Ahh. bertambah-tambah aku tak faham. Apa masalahnya?

Sebab aku lebih selesa berdiam diri apabila bersama orang tersayang. Aku seolah-olah hilang seribu kata. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. "Adakah esok aku akan melihat kegembiraan masih terpancar di mata setiap insan yang aku sayang? "

Awak kata, hari ini (1 june) saya nampak gembira sangat. Tapi tiada jawapan daripada saya bukan? Hanya sekadar senyuman. Sebenarnya inilah jawapan disebalik senyuman itu.

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab saya dah jumpa apa yang sebelum ini menjadi tanda soal. 

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab untuk pertama kali saya sambut birthday awak.

Ya, memang saya gembira. Gembira yang teramat sangat sebab awak sudi memaafkan segala kesalahan saya.

Ya, ya dan ya, dan ya. 

********************


Tonton wayang, makan-makan, sembang-sembang dan jalan-jalan memang dah jadi perkara biasa kami lakukan setiap kali keluar. Dan perkara wajib adalah GADUH. Macam mana pun kami, mesti ada sedikit pergaduhan. Dah tak boleh lari. Macam arnab dengan kucing. hehehe.

Percaya atau tidak, aku tak bagi sebarang hadiah pun. Aku bertemu dengan tangan kosong. Tiada sebarang preparation atau plan yang mengejutkan.Namun dia buat aku terkejut. Seolah-olah hari itu birthday aku pula. Kelakarlah awak ini. Bertambah-tambah terharu bila awak mengatakan :

"awaklah hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Awak adalah hadiah saya pada hari ini sayang "

Terima kasih awak. 

Yang ini makanan aku~ Asam laksa.
maafla ye, bagi aku yang ini kurang sedap. 
hehehe


Tapi yang ini memang super duper sedap.
Sayangnya Si dia punya makanan.
Tapi saya sapu juga, makanan awak, makanan saya.
Makanan saya, makanan saya.
hehehe


Ingatkan nak tengok cerita hantu. Tapi oleh kerana si dia dah pilih kung fu panda 2. 
Layankan je la, tapi memang setiap kali tengok wayang  memang dia je yang pilih cerita.
hehehe..

Apa-apa pun. Happy Birthday sayang!