tabung dan rajin2 la klik di sini

Sara Ali

Tuesday, March 29, 2011

Lagak mengalahkan artis je.

Awak ni sombongkan?

urm,,,

ah'ha, ramai yang cakap saya macam tu, bila first time jumpa saya.

Ramai yang cakap saya ni susah nak senyum. Orang tanya sepatah,jawab pun sepatah. 

Duduk sebelah pon tak nak tegur. Buat hal sendiri-sendiri je.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = 

Aduh, ye ker saya macam tu. Teruknya saya. Sampai macam tu sekali first perception orang kat  saya. Untuk pengetahuaan korang. Saya akui, saya susah nak senyum tapi sebenarnya saya tak sombong tau. Saya cuma segan je. Senang cakap saya nie seorang yang agak pemalu. Jadi agak payah untuk saya tegur orang dulu. Kira boleh kira dengan jari lah kalau saya yang mulakan perbulan.  Tapi bila orang dah tegur saya dan berbual dengan saya. Mulut saya akan jadi macam "popcorn". Tak henti-henti bercakap. hahaha.

tengok tu, masih tak nak senyum bukan? hehe


Dan kebanyakkan orang yang dah kenal saya, dorang akan cakap macam ni " mula-mula kita kenal kamukan, kamu ni sombong gila, berlagak habis, orang tanya sepatah jawab sepatah,  langsung tak senyum, nyampah je" tapi bila dah kenal kamu " memang lain, suka gelak, banyak cakap, dan macam-macam lagi la. "

hehe, so korang macam mana pulak? Sama macam saya ker? Share lah sikit kalau sudi. huhu



Sunday, March 27, 2011

Jauh berbeza Bukan? Agak kecewa.

 Maaf, tiada kata2. Hanya gambar yang mampu saya tunjukkan. Agak kecewa sebab saya tidak mampu buat seperti blogger lain. Dowang pandai edit. Saya tak faham macam mana dowang edit. Hasilnya memang cantik. Tapi saya???...






P/s:

Perasaan sedih. Bukan Sedih dengan blog sahaja tapi sedih dengan persekitaran n macam2 la.

Maafkan saya. Saya malu.

Assalamualaikum ^_^

Rindunya nak update blog. Macam nak menangis je. Bukan apa, sebab nak design blog gaya lain. Tapi lain pulak jadinya. Dah la malas la nak pikir. Macam serabut jer jadinya. Bila dah free saya betulkan balik ye. Nak private kan macam sayang. Dah terbiar pulak. Sedih2. Saya harap kawan-kawan semua tak sakit mata tau.



Mohon maaf dipinta. Rindu anda semua.  =)


p/s: 

bertukar dari pink putih kepada hitam merah putih . Tapi hasilnya  FAIL!!!!
Lagi cantik background yang dulu. 

Tuesday, March 22, 2011

Update Blog Laju2!

Assalamualaikum ^_^

Hari ini mais nak update blog laju-laju. Kalah roket tau. haha.



Mais tak tahu lah. Agak terkilan juga la untuk melepaskan apa yang mais inginkan. Tapi bila memikirkan balik. Mais tak boleh mementing diri mais sahaja. Jadi, nak tak nak. Mais kena lepaskan keinginan mais. Mungkin ia bukan rezeki untuk mais tapi rezeki dia. 

Pergi jauh-jauh lah perasaan macam nie. Tolong la. Semua keputusan dah buat. Jadi terima dengan hati yang terbuka mais. Fokus pada exam malam nie. Financial management II menanti di meja exam. hehe.

Kepada rakan -rakan mais di sini. Jangan lupa doakan mais ye semoga berjaya. Amin.

p/s: 
Senyum selalu.

Sunday, March 20, 2011

Salah ke nak buat muka comel?

Assalamualaikum..

Hari ini mood saya Riang Ria. Walaupun saya bangun lambat untuk pergi kelas hari ni. Memang agak lambat juga la. Nasib baik lecture kelas Takaful saya ok je. Tapi jangan salah, saya bukan ambil kesempatan tau. Cuma tak sengaja cikit je. Kira boleh di maafkan bukan? hehe. 

Macam biasa, habis sahaja kelas. Saya akan lepak dekat bilik tv. On9 sambil tengok tv dan breakfast. BW memang tak lupa. Saya dah janji akan terjah anda semua yang dah terjah saya. Maaf kalau saya lambat balas terjahan saya ni. 

Hari ini. Saya dah atur jadual saya. Salah satu daripada aktiviti saya, pergi kedai gambar untuk tangkap gambar. Urm, agak kemalasan juga la nak pergi. Al maklum lah, saya  nie agak malu sikit kalau nak bergambar dengan orang yang tak kenal. Payah bebenor. Tapi bukan saya bergambar dengan dia kan? Dia cuma tangkap gambar saya je. Payah betul lah saya nie. Agak kebencian cikit lah dengan sikap saya ni, dush!!!


p/s: 

 Jom teman saya boleh? Ramai-ramai lagi best bukan? hehe.

Saturday, March 19, 2011

Mula terasa pening.

Sedang tengah memikirkan mengenai FB semalam. Telefon berbunyi. Memang sedia maklum yang Mr. Penyu  punya msg. Tapi saya biarkan seketika. Sakit hati dengan FB takut terlepas kat Mr.penyu. Tak pasal-pasal dia pula jadi mangsa tumbuk saya.



Rupa-rupanya bukan Mr.penyu. Tapi owner kedai tempat saya keja. Dia nak mintak tolong dekat saya keja hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 4.00 pm - 8.00 pm. Ya Allah, maknanya saya keja 4 hari dengan dia. Biar betul. Tapi saya cakap mcm nie " 



Tak tahu nak cakap apa. Nasib baik mak saya nasihatkan saya. Terima itu sebagai satu cabaran. Asalkan study jangan di abaikan. Bila terasa tak mampu. Cepat-cepat tukar jadual. [selama nie aku ada jadual sendiri ker? ] hehe. Terima kasih mak, sayang mak sangat-sangat. Doakan sara ye. 


p/s: 
BW tetap akan berjalan!!! Blog tidak akan dilupakan.

Jaga-jaga dengan FB. De something yang tak kena!

Sedinya. Kenapa dengan FB saya? Sedap-sedap dok chat dengan member. Tiba-tiba Fb saya tak leh bukak. Lepas tu dia suruh saya login balik. So saya pon log in la. Tekan punya tekan password. Still tak boleh bukak! 

Kenapa nie? Tak faham la. Ada kena mengena dengan msg chat tadi ke? Ada tiga orang send msg chat kat saya pasal FB. Tapi saya buat "pandai" je. Tak baca langsung. Tengok sebelah mata je. Siap suruh tekan link lagi. Tapi saya tak nak. Sebab takut dowang hantar link hantu. Tekan punya tekan. Tup..tup...muka hantu yang keluar. Sebab tu lah saya tak layan. Geram nya!!! Kenapa dengan FB saya? Sapa tahu?? Tolong la saya .


Saya tak tahan bila saya tengok .......!!!


Kenapa awak goda saya? Awak tahu, saya cepat cair bila tengok awak. Awak saja je kan? Awak nie memang la. Saya benci awak. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Saya tak suka. Saya benci. Saya benci. Saya benci. Saya tak nak tengok awak lagi. Sebab setiap kali saya tengok awak. Awak mesti menggoda saya. Bila saya cair. Mula lah. Saya tak dapat nak control semua. Saya akan cepat-cepat tangkap awak. Saya tak kisah, orang nak pandang saya macam mana. Asal kan saya dapat awak.




Hahaha... Sekarang saya cukup-cukup tergoda dengan CUPCAKE. Bentuk dia kecil. Comel je. Banyak color pula tu. Yang paling geram tu, banyak perhiasan comel-comel kat tepi-tepi. Arghhh...Bertapa comelnya nya kamu CUPCAKE. Bila agaknya saya boleh makan ? Saya dah tak tahan nie!!! Harap-harap malam ni saya boleh mimpikan cupcake comel-comel dan makan puas-puas. hehe.

p/s: 
mood cupcake

Wednesday, March 16, 2011

Segmen : Apa kata kamu tentang cinta ?

Harap maklum kepada semua. Segmen ini akan berakhir pada hari ini iaitu bersamaan dengan 16 Mac 2011. Oleh kerana saya telah di tag dan perlu melaksanakan hasrat kawan saya untuk join segmen ini, dengan sepantas kilat saya cuba mengungkap "apa kata saya tentang cinta ? " dalam segmen " apa kata kamu tentang cinta ? " tag ----- > Falia n Fathiah Hamim


nak join klik je kat banner ni!!!

Percaya atau tidak? Sebenarnya cinta, sayang dan suka adalah satu perasaan yang  cukup berbeza. Dan saya yakin anda semua pasti pernah merasakan ketiga-tiga perasaan itu bukan. Begitu juga saya, saya pernah merasakan perasaan cinta, sayang dan suka pada masa yang sama. Tapi bukan itu yang ingin saya katakan dalam segmen ini.


Saya ingin mengajak anda semua menyelami  kisah ini.


" urm,, saya dah cuba. Tapi tak boleh. Saya cuba sampai setahun lebih. Masih tak boleh. Maafkan saya awak. "

Apa yang anda faham? Apa yang anda rasa apabila seseorang yang anda cinta dan sayang mengeluarkan kata-kata sedemikian? Pasti berderai air mata bukan? Seseorang yang diharapkan mampu untuk membahagiakan dan melengkapkan kehidupan ini. Rupa-rupa ia hanyalah satu percubaan. Sedangkan percubaan ini wujudnya cinta sebelah pihak.


Pernah anda dengar ayat sebegini/ lebih kurang?


"Saya tahu awak kecewa, tapi tak salah untuk awak cuba mencintai saya?  Saya sukakan awak, dan saya juga sayangkan awak. Berilah peluang kepada saya untuk mengenali awak. Tapi awak jangan salah faham, saya tidak memaksa awak untuk mencintai saya. Saya cuma harapkan awak untuk memberi peluang kepada saya."


Apa perkaitan kedua-dua ayat tersebut?


Adakah anda faham? Mungkin dari kisah tersebut. Kita boleh kaitkan dengan kata-kata ini "Tak kenal maka tak cinta " .Betul tak? Tapi adakah cinta akan berputik dengan setiap perkenalan? Sudah semestinya tidak bukan? Ini kerana "Cinta sukar untuk ditafsirkan kerna cinta itu akan berputik kembang dan mekar dengan sendirinya" .


Mungkin juga dari "tak kenal maka tak cinta" yang menyebabkan wujudnya "percubaan dalam bercinta". Berpura-pura untuk menyanyangi dan berpura-pura menyatakan cinta. Berpura-pura menyatakan " i luv u" sedangkan tiada sedikit perasaan yang timbul saat melafaskannya. Cuma berharap dengan kata-kata itu wujudnya cinta dalam hati. Tapi bukan itu dikatakan satu paksaan? Iaitu cuba melakukan sesuatu untuk mewujudkan perasaan yang diharapkan. 


Akhirnya "Cinta di ibaratkan seperti bola. Jauh dikejar. Dekat ditendang " .



Cinta bukan hanya sekadar kata-kata. Walaupun ia sememangnya perlu ada. Kata-kata adalah pakaian cinta.  Makna perilaku dan sikap yang bergerak atas nama cinta itu yang utama. Hanya waktu yang dapat membuktikan wujudnya cinta sejati kerana banyak ujian yang perlu dilalui.

Cinta itu memang keramat kerana ia sangat misteri. Kadang-kadang ia membuat kita sendiri bingung dengan pukulan cinta. Ia mampu menyebabkan kita khayal. Ia juga berhantu yang selalu hadir dan menghantui diri kita. Walaupun ianya indah, namun cinta menuntut segunung pengertian yang berbeza. Ada kalanya cinta sangat kejam bagi seorang yang setia tapi dipermainkan. Cinta boleh di ibaratakan seperti kertas putih bersih tanpa noda. Hanya tangan-tangan penuh nafsu yang telah menggores garis-garis noda sehingga musnahnya kesucian cinta.

Cinta, memang akan sentiasa menarik untuk di bahas dan memang tidak akan habis. Namun dengan cinta menyebabkan saya mengenali erti cinta. Cinta yang membuatkan saya menerima kisah  masa lampau kerana ia adalah sebahagian daripada keperibadian dan kisahny . Cinta yang membuat saya faham erti kehidupan. Dan dengan cinta juga mengajar saya erti kemaafan yang sebenar.



" terimalah kekasih anda dengan apa adanya dia, maka cinta suci akan bersemi pada hubungan anda dan kekasih anda"

"Jangan lah anda melihat dan menilai pada masa silamnya, lihat lah dan menilai lah masa anda mengenali dirinya" 


p/s : 

Cinta pada pandangan saya mungkin ia bukan pada pandangan anda kerana cinta melahirkan banyak pandangan.

Tuesday, March 15, 2011

Asyik-asyik aku,,, Asyik- asyik aku, , , Tak ada orang lain ke ?

" Dayah, kamu dah tengok draf final exam ? "  kata kawan aku dekat kawan aku yang sorang lain yang duduk depan aku dan sebelah aku masa aku baca note untuk exam petang tadi . [korang faham ke apa yang aku cakapkan nie. Ala buat-buat faham je la erk.]

Berbunga hati aku bila dengar Draf dah keluar. Tapi masih belagak baca note tu. Macam lah bagi tumpuan 100%. Sebenarnya dah merewang sambil perasan "sem ini aku boleh la balik awal". hehe. Mula lah, bila dengar draf dah keluar. Terkeluar nama-nama subjek yang dowang ambil untuk sem ni. Nasib baik dowang sebut subjek yang pernah ak dengar. Kalau tak mula lah aku buat muka pelik. hehe.



Tapi itu semua hanya mimpi. Dengan kata lain "jangan perasan la der ko nak balik awal ". Sakitnya hati. Rasa nak menjerit je. Tiap-tiap sem mesti muka aku je yang balik lambat. Dari sem 1 sampai lah sem 5 ni ha. Langsung tak bagi peluang kat aku nak tarik beg depan member-member aku yang lain. Asyik-asyik aku je yang tengok dowang tarik beg depan aku. Bengang gila. 

Yang tak boleh bla, dah la hari yang last. Malam pulak tu. Eee, rasa nak gigit je meja ni. Tidor sowang lagi. Kompem kat blok dah boleh kira dengan jari kaki. Tension betul.  Aku nie pula pengecut orang nya. Arrrggghhh......Tension, Tension. Tension. Nak berharap apa lagi. Walaupun baru draf pertama, tapi aku yakin. Tidak akan ada sebarang perubahan. Caya lah cakap aku. Draf tu tetap akan kekal sampai bila-bila. Aku benci. Aku benci. Aku benci pada diri mu. Huh!!!


p/s :

Malam ini ada meeting dengan pengetua di bilik meeting DPP. Malas rasanya nak pergi, tapi wajib la pulak. So kena rajin-rajinkan lah kaki ini untuk melangkah ke sana. haha. 

Sunday, March 13, 2011

Makan dalam dengan anugerah bintang popular 2011 bagi bulan Mac !!!

Siapa pernah dengar "makan dalam" ? Mesti pernah dengar kan? Betul tak.. betul tak ? Ok, kepada sesiapa yang tidak tahu makan dalam tu apa. Aku nak bagi tahu kat korang yang makan dalam ini tidak tergolong dalam panas dalam atau sakit dalam tau. Jangan salah tafsir sudah. haha. Tapi  kenapa aku cakap macam tu? 


Ini pic yang aku cuba nak lukis, tapi tak jadi. haha


Meh sini , aku nak bisik cikit. Pakwe aku a.k.a Mr. penyu tu, dengan beraninya  mengeluarkan statement " Julia Zigler tu cantik ". Dalam bahasa sopan, Julia Zigler adalah tergolong dalam kelompok perempuan yang cantik. Berani mati, aku cakap sama lu. Memang panas la telinga masa tu. Tapi ego punya pasal, belagak cool je. haha.

Bukan itu sahaja, siap boleh dikategorikan perempuan -perempuan ini dalam kelompok mana satu . Ala dah macam Anugerah Bintang Popular tu. 

"Berikut adalah nama-nama pemenang pelakon wanita terbaik mengikut kategori bagi anugerah perempuan :

  • Perempuan Cun : Nur Fazura
  • Perempuan Seksi : Ziana Zain, Aida Aris
  • Perempuan Comel : Nora Danish,
  • Perempuan Muka Baik : Maya Karin
  • Perempuan Cantik : Julia Zigler.
  • Perempuan Hot : Tiz Zakiyah 
Itu nama pemenang mengikut mata dia la. Tapi kalau ikut mata aku pula lain :

"Berikut adalah nama-nama pemenang pelakon wanita terbaik mengikut kategori bagi anugerah perempuan :

  • Perempuan Cun : Lisa Surihani
  • Perempuan Seksi : Julia Zigler
  • Perempuan Comel : Adik Mia  Sara Nasuha
  • Perempuan Muka Baik : Yuna
  • Perempuan Cantik : Heliza
  • Perempuan Hot  : Scha Al Yahya
Jauh beza kan??? wekkkk...

Tamat sudah anugerah hari ini. Siapa sokong dengan keputusan aku?   Apa -apa pun. Comel kan Adik Mia Sara ni, Geram sangat-sangat dengan dia. Kecik-kecik lagi dah pandai belakon. = )



Friday, March 11, 2011

Aku cukup emosi hari ini. Nokhtah!!!





"ok, fine.
Saya tak nak gaduh dengan awak k,
Esok saya ada exam,
Bye. "

Cepat-cepat  letak handphone dan terus campak fon ke arah katil. Sakitnya hati .Itu yang dirasakan saat ini. Air mata jangan cakaplah. Memang dah lama bertakung. Cuma ditahan sahaja. Sebab bila air mata mula jatuh. Memang emosi  tak akan stabil sampai bila-bila. Apatah lagi esok ada exam. Dan sudah semestinya akan  menganggu emosi. Betul tak ? Siapa yang suka? Tak ada yang suka bukan? Jadi jalan yang terbaik, capai laptop dan luahkan segalanya. Full stop! 

p/s:

Tidak ada manusia yang  sama sekali mahu kisah lampau terjadi saat ini. Jadi kepada hati ini, tabahkan lah setiap dugaan yang datang. Insya Allah, kebahagian itu akan tiba dan penderitaan ini akan berakhir. Amin.

Panahan oder Neslo.

Assalamualaikum kawan2.

Saya sebenarnya baru sahaja balik dari cafe. Al maklumlah makan tengah hari dengan kawan-kawan. Hari ini saya makan awal cikit. Kalau makan lambat nanti lauk mesti habis. Mana tak nya, budak-budak laki balik je dari solat jumaat terus serbu cafe. Habis licin lauk pauk kat atas meja tu.


Lagi pun, rasa malu dalam diri mesti setinggi gunung everest punya. Padang kiri nampak lelaki. Pandang depan nampak lelaki lagi, Pandang belakang, lelaki lagi. Nak nampak orang yang bertudung pun dah boleh kira dengan jari. Lepas tu dorang suka pandang orang semacam. Terutamanya bila dalam cafe tu hanya berapa kerat jer perempuan. Muka macam tak puas hati je. So kami decided makan awal. Biar kami  yang licinkan lauk pauk tu. Padan muka dowang. haha.


Lebih kurang macam ini lah nasi tomato dia. Cuma ayam je lain. 


Huh! ada hati nak habiskan lauk konon. Macam lah saya dapat habisan lauk tu semua. urm, macam biasa. Kalau makan ramai-ramai, kami akan ambik port yang paling depan. tapi tak la depan mana pun. Dan yang penting kami dapat pegang remote. Maknanya, channel apa yang kami nak tekan. Kami punya suka lah. Akhirnya cerita korea jadi pilihan. Tapi tajuk saya tak tahu lah. hehe


Sedang asyik menghadap tv. Tiba-tiba lalu budak satu blok dengan saya sambil pegang air. So apa lagi 

" awak, awak. yang itu air apa ye? " dengan muka tak malu saya mula bersuara.

" air neslo, nak rasa ke? ambil la. "  budak tu mempelawa.

"eh, tak apa lah, saje jer tnya. Nampak sedap " muka penuh excited .

Lepas basuh tangan saya cepat-cepat oder "  Neslo bungkus satu pakcik " .

" ok, siap " 

Neslo...Neslo...Neslo....

"Neslo kan " sambil bertukar tangan. Belum sempat duduk lagi, saya dah slurrrrpppp dulu. Terdiam seketika sambil menghulurkan air kepada kawan saya. " air ini, memang macam ni ker rasa dia ? " kawan saya mengiyakan. Tapi dalam hati saya mengatakan " tidakkkk, air tu tak sedap langsung. Rasa apa ntah " tapi yang peliknya kawan saya cakap " sedaplah, memang macam ini lah rasa dia" .


So, saya nekad lepas ini, sama sekali saya tidak akan oder air Neslo. Sampai bila-bila pun. Effect nya sampai sekarang ni, sakit je kepala saya. Al maklumlah saya memang tak minum nescafe. hehe, so kesan dia memang cepat. 

Kepala ku dah macam sarang apa ntah!!!

p/s: 

doakan saya cepat sembuh dari pening kepala sebab neslo tadi. esok malam saya ada exam. doakan saya ye. terima kasih kawan2.


Wednesday, March 9, 2011

Baru perasan rupanya yang ...!!!

Jam sekarang menujukkan 1.37 a.m . Ingat nak masuk tidur terus. Tapi sempat layan lagu "She was mine by AJ Rafael "  and " Marry You by Bruno Mars ". Sambil tu on9 sekejap nak tengok blog. Baru saya perasan, saya dah jarang sekali update blog. Apa nak jadi lah. Blog MAIS in De House senyap macam tu je.

Harap maklum. Sebenarnya sejak dari bulan 2 lagi saya dah cukup-cukup bz. Dan macam tak cukup tangan di buatnya. Nak kata saya ni cari masalah, tak ada lah jugak. Kenapa saya cakap macam tu? Sebenarnya saya ada buat part time. Memang cukup penat dibuatnya. Balik sahaja dari keje. Nampak katil terus baring. Tahu-tahu dah tidor sampai ke pagi. Ya Allah, apa nak jadi lah dengan aku ini. 

Saya mahu bebas terbang bersama mu. 

Sekarang pulak dah masuk musim exam. Kejer pon ada yang on n ada yang off. Haha. Boleh pulak macam tu kan? Mesti lah kena buat macam tu, Kang tak pasal-pasal belajar kemana. Menyesal tak sudah. Betul tak? Belajar tak habis lagi, sibuk pulak nak keje. hehe. dush! kt diri sendiri.

Harap-harap usaha saya ini tidak sia-sia. Kepada bloggers yang selalu singgah ke blog saya, saya ucapkan terima kasih dan doakan saya semoga sihat sentiasa k. Sayang kamu semua. Korang jangan lupa tinggalkan link kt bahagian bawah sekali. Saya akan singgah ke blog anda. Maaf lah kalau saya lambat balas singgahan anda. Maaf di pinta . 

p/s : 

esok pagi jam 8.00, saya ada exam takaful. doakan saya boleh jawab soklan dengan baik nya. Amin.

Monday, March 7, 2011

Contest Jangan Pandang Camera.


Alamak. saya telah di tag untuk join contest "Jangan Pandang Camera " oleh Cik Shidot. Urm, Nampak menarik. Jadi tak perlulah nak membebel panjang lebar. Dengan sepatas kilatnya saya meletak gambar ini . Opps, terlupa pulak. Kepada sesiapa nak join contest ini. Klik je kat banner tu. Sekian terima kasih .  Tapi korang jangan lupa pulak tengok gambar saya. Ok!

1
2
3
...

Cakk!!!



Memang tak pandang camera kan? Maklumlah lah, memang payah saya nak cari gambar yang tak pandang camera sebab saya memang suka pandang camera bila bergambar. Dan secara kebetulan hari tu saya pergi Genting dengan Mr. Penyu. Nampak tak gambar kat atas tu ? Inilah hasilnya bila kali pertama Mr.Penyu pegang kamera untuk snap pic saya. Oleh kerana saya nie tak biasa lagi bergambar depan Mr.Penyu [ malu la konon ]. Jadi inilah hasilnya [ berapa kali nak ulang lah ayat ni, sebenarnya tak tahu nak explain macam mana, haha ].

Tag 3 orang yang bertuah.  sapa ya? ok, hrp sudinya.